Friday, 28 October 2011

KEJUJURAN MENYATUKAN HATI



BERERTINYA KEJUJURAN

Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,

Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.

Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.

Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.

Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.

Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.

Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.

Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.

Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.

Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .

Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.

Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.

Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.

Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.

Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.

Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.

Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.


Karya: Rha NS
20 Julai 2011
· · 7 hours ago

    • Rabeah Mohd Ali Bunga dan Mahabbah sahabat sejatiku,
      Hatimu pernah kulukai;
      Tapi kalian tetap setia padaku,
      Moga kejujuran abadi di hati diredhai.
      6 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Moga Allah redhai persahabatan ini,
      Kusyukuri DiKurniakan sahabat sebaik mu;
      Kita saling faham memahami.
      Kenanglah daku dalam doamu.
      6 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni KEJUJURAN... jiwa terasa tenang berada dalam dunia itu. Terpulang kepada setiap insan untuk berada dalam dunia mana... perlu diakui bahawa kebenaran pasti akan terungkai. :)
      5 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Kebenaran boleh menjadikan hati tenang setelah lautan hati membadai dalam tekanan....hehehe
      5 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Tekanan boleh diterbitkan oleh ketidakjujuran... teruskan sahaja hidup ini sesungguhnya itu sebahagian daripada lumrah hidup hehe...
      5 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali senyummu senyumku mengakhiri sebuah tekanan tanpa diduga...hihihi
      5 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Tekanan pelbagai penjuru memanah diri hehe...
      5 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Selagi sabar menghadapi tekanan dan sentiasa berusaha memulihkan tekanan Insya-Allah panahan tidak akan memanah diri malah panahan menjadi tepat pabila aku berjaya membuka pintu kunci cintamu...huhuhuuuuu dan hatimu terbuka untuk menerima kejujuran sebuah cinta suci hanyalah semata ingin mendapat redhaNya.
      19 minutes ago · · 1 person

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    29 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;