Tuesday, 25 October 2011

RAKAN SASTERAKU INNI INDARPURI




  • RAKAN SASTERAKU INNI INDARPURI
    SASTERAKU DUNIAKU SASTRAMU MINATKU

    Kita punyai minat yang sama
    Sasteraku Sastramu

    Kau di benua sana Indonesia
    Aku di benua sini Malaysia

    Karyamu dibaca oleh semua peminat sastra Indonesia
    Karyaku kusiarkan sendiri di alam maya tak tahu siapa pembacanya

    Karyamu sudah mendapat sambutan
    Karyaku nggak tahu di mana tahap pembacanya

    Kita memang berbeda
    Tapi minatmu minatku tetap sama
    Mengarang dan terus mengarang hingga kapan pun!
    Selagi izinNya kita kan terus mengarang

    Biarpun ku tak pernah mengenalimu
    Apa tah lagi membaca karyamu
    Tapi aku dapat rasakan karyamu hebat!
    Sebab itu mendapat sambutan di luar dugaan
    Tahniah! Rakan Sastraku di benua sana

    Biarpun perkenalan kita baru bermula
    Namun kudapat rasakan keakraban persahabatan

    Moga keakraban persahabatan ini memberi makna dalam
    dunia sasteraku sastramu

    Ku di sini sentiasa menyokong dunia sastramu
    Kerana, 'Sasteraku Duniaku Sastramu Minatku'


    Karya Rha NS
    24 Oktober 2011
    (Puisi Ini Diilhamkan Istimewa Untuk Rakan Sastraku Inni Indarpuri)
    · · · 20 hours ago near Kuala Lumpur


    • 2 people like this.

      • Haidi Yan As.Wr.Wb. walau terlambat, Haidi tetap membaca karya ibu Rabeah Mohd Ali [salam hormat selalu]
        about an hour ago ·

      • Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam Warahmaullahiwabarakah...Moga Rahmat Allah sentiasa bersamamu. Biarpun tsunami datang membadai...Haidi tetap menyokong bunda....buatkan bunda terharu dalam duka...bersyukur pada Allah dikurniakan seorang pejuang seni yang menghargai minat bunda...terima kasih Haidi.
        • Inni Indarpuri Assalamualaikum Rabeah Mohd Ali, terimakasih untuk puisi indahnya, semoga tali silaturahmi ini terus terjalin, sudah pula kubaca blogmu tadi pagi dan maaf baru malam ini ku dapat berkomentar. Melihat semangat bunda saya yakin bunda akan menjadi penyair yang hebat, terus berkarya doa kami selalu dari seberang untuk kesuksesan bunda....amin.
          2 hours ago ·
        • Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam nanda Inni Indarpuri...terima kasih atas sokongan nanda dan semua rakan dari seberang. Sokongan kalian buat hatiku terharu penuh kesyukuran. Moga Allah meredhai perjuanganmu perjuanganku.


          (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
          25 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;