Saturday, 29 October 2011

PERSAHABATAN SENTIASA MEWANGI DI HATI

Salam...tolong jawab puisiku tajuk, "Bilang Sama Aku",jika kau tak sudi menjawabnya ....maaflah aku terpaksa undur diri dari bersahabat denganmu....
maaf jutaan kali....Puisi ada di wall ku hari ini....ku tunggu jawapan darimu.
· · See Friendship · October 17 at 6:58pm near Kuala Lumpur, Malaysia ·

    • Mat Kr ‎"Bilang Sama Aku" loh.., kok sampai jadi gitu sich.., gara2 enggak menjawab puisi ibuk terus persahabatan nya di unduran..! Bagaimana bisa aku pulak yang mau mengatakan "Aku Bilang Pikir Dulu" sama ada mau menjawab puisi ibuk atau enggak..?! ini hak aku, bisa juga bersuara seperti ibuk. Nah.., makanya adil kan buk...hehehe... Maaf ya, kalau kata2 aku ini bisa menyinggung perasaan ibuk. Apa yang penting di sini persahabatan nya berpanjangan gitu... Lagipun masa & waktu begitu cemburu untuk aku mengarang komen untuk itu. Bayangkan, kelmarin baru aja aku bukak FB kerana aku menghadiri kursus selama 9 hari. Semoga ibuk tenang aja ya.., Aku doakan semoga ibuk mendapat kesejahteraan dan sukses selalu hendaknya.. " pergi ke sawah di pagi hari, bawa bekal sayur keladi, jagalah persahabatan majukan diri, menjadi amalan kekal abadi. "
      October 19 at 1:54pm ·
    • Rabeah Mohd Ali KARYAKU DUNIAKU! SASTERAKU DUNIAKU!

      Duhai hati kenapa kau setega itu?
      Kau tak rasa bersalah ke pada
      semua teman-teman di alam mayamu?
      Adakah kau taksub dengan dunia kau?
      Hingga kau setega itu melepaskan mereka
      daripada menjadi teman alam mayamu...

      Duhai yang memiliki hatiku...
      Saat kau tanya soalan ini
      aku bagaikan disiat-siat dihiris sembilu pilu...
      Jiwaku meruntun merasa aku bersalah
      hingga saat ini aku terluka dan retak seribu
      tapi terlebih dahulu aku sudah meminta maaf
      kepada mereka semua kenapa aku harus mengundurkan
      diri daripada mereka
      Moga mereka semua maafkan aku dan Allah ampunkan aku

      Matlamat aku mahu berkawan dengan mereka kerana mahu:

      Bertukar-tukar pendapat dan idea
      Berkongsi pengalaman mereka
      Berkomunikasi di alam maya dalam ertika kata positif,
      mesra dan harmonis bertukar ilmu yang mereka ada tapi
      bukan tujuan untuk berbangga diri dan merendah-rendahkan
      sesiapa saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam
      suasana bijaksana dan mengundang Nur Hidayah Kasih dariNya

      Pabila kusiarkan karya-karyaku pada mereka...
      Cuma seorang dua saja yang memberi sokongan habis-habisan
      Yang lain senyap...
      Biarpun mereka sendiri orang sastera sama macam aku minat sastra
      tapi tidak sebagaimana yang kuharapkan untuk menyokong minat
      sasteraku ini

      Habis engkau mahu mereka memuji karyamu hebat sangat!
      Begitu yang kau mahu?
      Tidak terlintas pun aku mahu mereka memuji karya aku begitu...
      kerna aku sedar siapa aku...yang tidak sehebat sasterawan
      yang hebat-hebat aku cumalah peminat sastera picisan di jalanan
      yang tidak dipandang sebelah mata oleh sesiapa dan aku pun
      bukan hendak dipandang sesiapa yang aku mahu Allah Taala
      yang pandang kerja-kerja penulisanku...

      Aku menulis kerana:

      Kasih sayang pada Allah dan sekelian manusia ciptaan
      Allah Taala Tuhanku
      Tiada niat langsung untuk membangga diri atau hendak
      mempopularkan diri

      Kau tahu puluhan tahu aku menyepi diri kerana aku
      tidak suka orang mengenali siapa aku tapi untuk pengetahuan
      engkau bukan semudah ini aku memunculkan diriku di alam maya

      Kau cakap tak serupa bikinlah...

      Bukan saja kau menyiarkan ribuan karya-karya mu dan bergaya
      bagaikan permaisuri apa matlamatmu? Itu yang kau katakan
      bukan membangga diri?

      Aku siarkan karya-karyaku kerana Allah beri aku ilham tak
      akan lah aku nak lepaskan beitu saja rugilah aku kerana
      setahu aku setiap yang baik itu datangNya dari Allah
      moga karyaku ada nilaian di Sisi Allah

      Habis tu yang kau bergaya bagaikan permaisuri tu kenapa?
      Kau berangan nak jadi permaisuri ke? Cerminlah sikit diri kau tu...
      jangan nak berangan yang tak akan jadi nyata...Hahaha ada hati konon

      Masya-Allah aku tak terfikirpun ke situ...
      ada aku kata aku nak jadi permaisuri?
      Yang aku kata nak jadi Permaisuri Rimba Niagara.
      Adakah kau faham apa maksud Rimba Niagara?
      Rimba itu maksudnya hutan...maknanya Permaisuri Hutan. Adakah
      manusia yang tinggal di hutan?

      Tak ada yang ada di hutan haiwan...

      Ha...tahu pun engkau...takkanlah aku nak jadi permaisuri hutan
      kau kata aku hendak berbangga diri?

      Ye tak ye juga ye...tapi takkan lah kau bercita-cita hendak
      menjadi permaisuri hutan ye?

      Engkau ni pun satu...lurus tiang sangat...ini semua untuk
      menghidupkan watak dalam karyaku Putera Sang Kuriang...

      Sampai begitu sekali?

      Kalau aku tidak hargai karya aku siapa lagi! Kerana
      Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
      Dan untuk pengetahuan engkau aku sentiasa sedar siapa
      aku ini...seorang wanita yang telah lanjut usia dan
      yang kau lihat cantik itu cumalah sebagai topeng makeup
      dibuang makeup itu jadilah aku wanita hodoh ...
      jangan terpedaya dengan topeng makeup ye...

      Sekarang baru aku faham ...kenapa dan kenapa...

      Apa yang kau faham tentang kenapa? Boleh aku tahu...

      Kenapa kau lepaskan rakan facebookmu....
      Kenapa kau bergaya bagaikan permaisuri ...
      Kerana Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!

      Karya Rha NS
      19 Oktober 2011
      Like · · Unfollow Post · 4 hours ago near Kuala Lumpur
      October 19 at 2:31pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Menjaga persahabatan memajukan diri,
      Menjadi amalan kekal abadi;
      Bukan niatku untuk mengundur diri,
      Apakan daya karyaku tidak dihargai.
      October 19 at 3:58pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Bukan mahuku jadi begini,
      Menjauhkan diri dari persahabatan;
      Yang kucari persahabatan sejati,
      Saling memahami memberi sokongan.
      October 19 at 4:00pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Kalau kesibukan menjadi alasan,
      Ku fahami tidak berkecil hati;
      Tapi takkan sepanjang masa sibuk memanjang,
      Perdana Menteri pun luangakan masa demi menjaga hati.
      October 19 at 4:01pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Luangkan masa menjaga hati,
      Agar hidup saling berbakti;
      Mencurah idea saling berkomunikasi,
      Barulah persahabatan jadi serasi.
      October 19 at 4:04pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Tak kenal maka tak cinta,
      Dah kenal merasa bosan,
      Sahabat diam kerana sibuk katanya,
      Kalau begitu jadilah sahabat dalam kebisuan.
      October 19 at 4:05pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Salah dan silap harap maafkan,
      Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki;
      Sejuta kali kupinta dimaafkan,
      Setiap persahabatan sentiasa mewangi di hati.
      October 19 at 4:08pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Biarpun terlerai sudah sebuah persahabatan,
      Namun tiada dendam dan benci di hati;
      Perpisahan bukan disengajakan,
      Hanya diidami persahabatan mengerti tersirat di hati.
      October 19 at 4:12pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Apa pun kau tetap terpilih menjadi sahabat setiaku,
      Itu pun kalau kau sudi menjadi sahabatku lagi;
      Kalau tak sudi aku memahamimu,
      Ku doakan kau berjaya dalam kerjaya yang kau minati.
      October 19 at 4:15pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Sekali lagi kumohon maaf padamu,
      Seandainya kata-kataku mengguris hatimu;
      Tiada niat untuk jadi begitu,
      Apa nak buat sudah begininya aku.
      October 19 at 4:17pm ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RAKAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
    30 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;