Sunday, 23 October 2011

DAN LANGIT PUN TERSENYUM!


Awang Karim
and Rabeah Mohd Ali are now friends.
· ·

Awang Karim Kadir

Mengapa harus ada kotak-kotak dalam alam maya dunia Langit terbuka; kita selalu suka mencipta dunia kecil di dalamnya; hanya kerana kita fikir kita perlu hidup dalam dunia kecil kita, dengan ruang lingkup fikiran dan mata akal kita sendiri. Sementara dalam masa yang sama kita ingin melihat orang lain dan kita pun ingin diperhatikan. Mengapa kita masih mahu menjadi katak yang mengurung diri dalam kotak-kotak kecil, kemudian menjerit-jerit meraung-raung merayu-rayu minta diselamatkan minta dikirimkan; hujan... Dan langit pun tersenyum.
· · · 5 hours ago ·


  • 7 people like this.

    • Rabeah Mohd Ali AKU PASRAH DAN REDHA KAU BUKAN TAKDIR UNTUKKU

      Kini aku terdera dalam luka yang panjang
      Mencintaimu hingga bila-bila
      Susah untuk aku lupakan
      Ku pergi tanpa relaku

      Ku percaya kesetiaanmu
      Tapi kau masih tinggalkanku
      Apa salahku
      Kau tinggalkanku tanpa relaku

      Kau yang kucinta untuk selamanya
      Tapi kau tinggalkan aku
      Menunggumu dalam waktu yang panjang
      Yang tak pasti kau akan kembali padaku

      O...ini kah cinta namanya
      Sekadar menyakiti hati dan perasaanku

      Perpisahan membuat aku terdera merinduimu
      Perpisahan telah cukup membuatkan aku merinduimu dalam luka

      Kau kecewakan aku setelah hadir cinta barumu
      Kau lupakan aku untuk selamanya

      Ooooo kejamnya dikau...
      Perpisahan tanpa relaku
      Setelah kau miliki cinta baru
      Aku kau tinggalkan tanpa ehsanmu
      Tinggalkan aku dalam dusta cintamu

      Aku tak dapat maafkan
      Begitu kejamnya dikau terhadap cintaku
      Yang setia menantimu dalam kerinduan

      Dalam duka yang parah kulepaskan cintaku
      Pergilah dikau pada cinta barumu itu
      Moga bahagia mendirikan mahligai cinta bersamanya

      Biarlah aku di sini tinggal bersama impian anganku
      untuk hidup bersamamu yang tak kesampaian
      Aku pasrah dan redha kau bukan takdir untukku.

      Karya Rha NS
      23 Oktober 2011

      4 hours ago ·

    • Awang Karim Kadir Sungguh syahdu puisimu ini Beah; semoga yang dimaksudkan dapat membacanya.
      4 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali 

      JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA!

      Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,

      Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni. Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.

      Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.

      Aku tak mahu facebookku sepi dan masing-masing ada agenda yang tersendiri dan berfacebook sekadar apa adanya.

      Bagiku setiap teman facebookku amat berharga dan bernilai bagaikan permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.

      Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman facebooknya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat? Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakiti hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.

      Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.

      Apapun alasan aku aku tetap bersalah Ya Allah... Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...Di pagi Jumaat yang mulia ini kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah... Aku mengaku kesilapanku...justru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku. Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas, mereka memaafkan aku ... kan kuterima persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah semata keranaMU dan ingin mendapat redhaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      Karya Rha NS
      21 Oktober 2011

      4 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali

      Dan langit pun tersenyum ...
      Pabila jalinan persahabatan yang terpisah tanpa mahuku
      Diterima semula seikhlas hatimu...Maafkan aku...terima kasih atas semua sokonganmu padaku.

      4 hours ago ·

    • Clara Maroon aku sendiri juga turut tesenyum
      2 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Alangkah indahnya persahabatan pabila semuanya tersenyum meraikan sebuah persahabatan yang tulus ikhlas!
      6 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
    24 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;