Rabeah Mohd Ali
AL-FATIHAH UNTUK PEJUANG SASTERAKU
Selamat berjumpa Tuhan mujahidku,
Selamamu hidup kau abdikan diri untukNya;
Tintamu yang kau tinggalkan menjadi temanku,
Di kala aku kehausan ilmu tentangNya.
Pergimu kami iringi dengan doa suci,
Agar kau dapat dengari di Alam Sana;
Di masa hidupmu kau tak jemu berbakti,
Ilmu yang kau tinggalkan kami pasakkan di dada.
Ilmu yang kau tinggalkan kami pasakkan di dada,
Tersebar luas di serata pelosok dunia;
Dihargai di sepanjang zaman dan masa,
Agar tidak pernah dilupa.
Berbahagialah kau di Alam Sana,
Moga mencukupi bekalan akhiratmu;
Sebagai pendindingmu di Alam Sana,
Berkat tinggalkan ilmu di masa hidupmu.
Soal di kubur kau jawab dengan lancar,
Selancar ilmu yang kau tinggalkan;
Rohmu aman tanpa seksaan kubur,
Bersyukur rohmu berpanjangan.
Permandangan Syurga diperlihatkan padamu,
Lekamu memandang tanpa jemu;
Wangian Syurga menyelinap di setiap penjuru,
Wangi semerbak di sekitar kuburmu.
Bertaburan memutih bunga-bunga kemboja,
Mengindahkan suasana di kuburan;
Sepi dan pilu terpukau panorama di sana,
Seorang Pejuang Seni Sastera Mengadap Tuhan.
Al-Fatihah kami kirimkan,
Buat Pejuang Seni Sastera Yang Disayangi;
Ilmumu akan hidup sepanjang zaman,
Biarpun sudah beribu tahun mengadap Illahi.
Karya: Rha NS
26 Julai 2011

0 comments:
Post a Comment