DUHAI ADMIN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BOLEHKAH AKU BERTANYA (BAHAGIAN II)
Kini sudah lima belas tahun berlalu.
Kerana aku suka bertanya izinkahlah aku bertanya
ye Admin DRSB yang dihormati...
Jika pertanyaan ini membuat Admin marah dan semua ahlinya marah
aku sudah redha namaku digugurkan sebagai ahli group DRSB
Sastra adalah duniaku minatku dan darah dagingku
Justru, 'Sasteraku Duniaku'
Aku tak tahu macam mana namaku boleh tersenarai dalam group
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO siapa yang memperkenalkan namaku
kepada group DRSB aku pun tak tahu. Tahu-tahunya namaku sudah
tercatat sebagai ahli group. Aku apa lagi gembira dalam syukur
kerana Sastra Adalah Duniaku dan aku pula seperti orang mengantuk
disorongkan bantal apabila namaku tersenarai di group DRSB.
Apa lagi aku begitu taksub dengan Dunia Sastraku...aku siarkan
karya-karyaku di DRSB ...punya banyaknya hingga aku tak tahu
berapa jumlahnya.
Dalam ketaksuban aku berkarya aku lupa nak tanya pada Admin DRSB
Sekarang ini baru aku hendak bertanya...jangan marah ye Admin.
Apakah misi dan visi Dialog Rumah Sastra Ditubuhkan?
RUMAH apa yang dimaksudkan Rumah, siapakan pemilik rumah itu?
Kalau dia pemiliki rumah itu pasti dia yang mengetuai semua
ahli-ahli yang ada di rumah tersebut. Saya pasti semua yang
ada di rumah tersebut sebagai ahli keluarganya. Dia mesti sayang
semua ahli keluarganya. Dia mesti tahu apa yang harus difikirkan
untuk semua ahli keluarganya dalam rumah tersebut. Tak akan
dibiarkan seorang pun terlepas pandangan darinya kerana itu adalah
tanggungjawabnya.
DIALOG apa yang dimaksudkan dialog? Yang kukufaham kita
sedang berbual mengenai sesuatu perkara mengenai sastra...memandangkan
rumah sastra makanya dialog tertumpu kepada sastra, itu apa yang kufaham.
Tapi yang kuperhatikan cumanya 10 peratus saja ahli yang berdialog dan
berkarya yang lain kebanyakkannya diam tanpa memberi apapun pandangan atau
sumbangan karya.
Duhai Admin yang kuhormati...lagi kusanjungi....
jika pertanyaanku mengguriskan hatimu...aku mohon beribu ampun
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ...
jika pertanyaan ku ini benar-benar mencabar kewibawaanmu sebagai Admin
aku mohon maaf dan aku sudah rela digugurkan namaku daripada menjadi
ahli group Dialog Rumah Sastra Borneo. Dan aku takkan berkecil hati..
percayalah...aku tahu apa sebab dan musababnya aku digugurkan kerana
aku insan yang tak sempurna suka sangat bertanya...jika aku digugurkan
kerana pertanyaan ini.... Group Dialog Rumah Sastra Borneo tetap
Terukir Di Hatiku kerana Sasteraku Duniaku Sastramu Minatku!
Karya Rha NS
26 Oktober 2011
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)DUHAI ADMIN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO

0 comments:
Post a Comment