Friday, 17 February 2012

TERIMA KASIH ENEK KERANA SUDI TERIMA SHA IZANI SEBAGAI TEMAN FB

    • tq enek accpt sha..
       ·  · See Friendship · 10 hours ago
      • You like this.
        • Rabeah Mohd Ali Sha Izani sahabat yang kunanti,
          Bersahabat sepenuh jiwa sepenuh hati;
          Kita berkongsi ilmu berkongsi isi hati,
          Moga kita menjadi sahabat paling sejati.
          6 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Menjadi sahabat sehati sejiwa,
          Itu yang kuidami sejak dulu lagi;
          Kasih sayang sentiasa di jiwa,
          Ingin kujauhi persahabatan yang rugi.
          6 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Suka duka kita bersama,
          Gelak ketawa penawar duka;
          Diizinkan Allah kita keluar bersama,
          Mengeratkan talisiraturahim hatiku pun suka.
          6 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Jangan ada dengki di antara kita,
          Kerana itu meretakkan hubungan kita;
          Sayang menyayang sesama kita,
          Bawa ke mati kasih sayang kita.
          6 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Kita saling percaya mempercayai,
          Tidak mudah mengalah mempertahankan ikatan suci;
          Apapun dugaan kita akan lalui,
          Demi hubungan suci yang sejati.
          6 hours ago ·  ·  1
        • Sha Izani enek sha sibuk sikit sekarang nanti sha balas pantun nie ekk tapi lambtlah sikit hihi
          6 hours ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Air matamu air mataku penawar duka,
          Gelakmu gelakku menceriakan suasana;
          Kita sama-sama suka,
          Menjalani hidup bahagia selamanya.
          6 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Jika ada salahku segeralah maafkan,
          Kerana aku cuma insan biasa;
          Atas segala salah kesilapan,
          Akan kuperbaiki asalkan kau bahagia.
          6 hours ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Kita sama-sama suka sama-sama sayang,
          Hidup dalam berkasih sayang demiNya;
          Ikatan suci jangan mudah melayang,
          Penyesalan menyusul alangkah ruginya.
          5 hours ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Hidup di dunia bagaikan di Syurga,
          Tiada lain difikirkan melainkan cuma satu;
          Berbakti sesama insan dan sayang demiNya,
          Moga kasih kita terpatri di hatiku di hatimu.
          5 hours ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Andai kata ku pergi dulu sebelummu,
          Janganlah kau bersedih kasihku;
          Di pintu Syurga kunantimu tanpa jemu,
          Jangan lupa kirimkan doa untukku.
          5 hours ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    17 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;