Wednesday, 15 February 2012

AL-FATEHAH PADA SEMUA SYUHADAH-SYUHADAH ISLAM SELURUH ALAM

Al-fatehah pada semua syuhadah-syuhadah Islam seluruh alam,
moga iktikad perjuangan pembakar semangat pada akan datang ini,Amin
idaman-info.blogspot.com
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantin...
 ·  ·  ·  · February 11 at 12:58pm · 
  • You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 10 others like this.
    • Mac Pai ♥♥♥
      February 11 at 2:04pm ·  ·  1
    • Mohamad Ali al-fatiha...
      February 11 at 5:18pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali 
      PANTUN GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

      Jangan dituduh pengganas mujahidku,
      Kerananya Agama Islam sentosa;
      Perjuanganya tak pernah jemu,
      Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

      Dalam Islam tiada istilah pengganas,
      Begitu mudah manusia menuduhnya;
      Allah tidak suka mereka yang mengganas,
      Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

      Di langit kerajaan Islam penuh duka,
      Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
      Allah janjikan syahid penawar duka,
      Kenikmatan Syurga mereka tak tahu.

      Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
      Dibedil bertalu tanpa keperimanusiaan;
      Mujahid Islam bangkit melawan,
      Demi kerana Allah dalam kecintaan.

      Negara Islam dibedil terus-terusan,
      Dendam kesumat tak pernah padam;
      Ada yang ditawan menjadi tebusan,
      Diseksa dalam neraka dunia penuh kejam.

      Kesumat mereka tak pernah padam,
      Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
      Itu azam mereka yang suka berdendam;
      Agar Islam terkubur di Negara sendiri.

      Pejuang Islam tak pernah gentar,
      Rela bermandikan darah dihujani peluru;
      Perjuanganmu buat hati bergetar,
      Wajahmu tenang berjumpa Tuhanmu.

      Sungguh murni seorang mujahid,
      Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
      Mujahid balasanya syahid,
      Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

      Di wajahmu ada Syurga,
      Perjuanganmu tanpa jemu;
      Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
      Putus asa tak pernah bertamu.

      Kau berjuang hingga akhir hayat,
      Semangatmu sentiasa membara;
      Perjuanganmu tak pernah tamat,
      Generasi pelapismu terus mara.

      Masa hidup penuh perjuangan,
      Perjuangannya jelas dan tepat;
      Membela Islam ditimpa kekejaman,
      Memberontak mujahid adalah bertempat.

      Tiada hari tanpa perjuangan,
      Biarpun diburu di setiap penjuru;
      Namun berundur tidak sekalipun,
      Rela bemandikan darah dihujani peluru.

      Gugurmu mujahid aku tangisi,
      Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
      Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
      Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

      Ramai berlumba mengikut jejakmu,
      Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
      Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
      Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

      Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
      Wangian Syurga menusuk qalbu;
      Syurga kau terima sebagai balasan,
      Menikmati SyurgaNya tak pernah jemu.

      Gugur mujahid senyuman Syurga,
      Kehidupan di Syurga mujahid gembira;
      Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
      Menunggu Hari Pembalasan telah dibalasNya.

      Karya: Rha NS
      4 Mei 2011
      19 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali 
      MUJAHIDKU YANG BERNAMA RIDHWAN

      Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
      Denyut nadi zikir padaNya;
      Rela gugur di medan syahid,
      Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

      Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
      Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
      Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
      Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

      Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
      Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

      PUISI MUJAHID

      Duhai saudaraku...
      Perjuanganmu penuh berliku...
      Namun berundur di medan juang tidak sekali
      Kau tidak hiraukan tubuhmu
      dibakar terik mentari
      Kedinginan salji
      Lapar dahaga tidak mengapa
      Sakit derita tetap berjuang
      Tetap solat berjumpa Kekasihmu
      Air mata bukan untuk
      Dipuja
      Dicaci tak mengapa
      Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
      Dihujani peluru...biarkan!

      Duhai saudaraku...
      Teruskan perjuanganmu
      Ku di sini mendoakan
      Agar kau terus dilindungai Kekasihmu
      Tak kira di mana kau berada
      Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
      Pemergianmu kusyukuri dalam doa

      Duhai Saudaraku...
      Kukalungkan bunga cinta suci lambang
      cinta abadi ku padamu

      Duhai Saudaraku...
      Sekalung bunga cinta Syurga
      Akan dikalungkan Bidadari Syurga
      Mewangi semerbak
      Sewangi perjuangan sucimu

      Duhai Saudaraku...
      Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
      Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

      Duhai Saudaraku...
      Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
      Bahagia di dunia bahagia di akhirat!

      Karya: Rha NS
      2 Julai 2011
      15 minutes ago ·  ·  1
  • (PETIKAN DARIPADA WALL TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ)
    15 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;