Thursday 12 April 2012

DIRGAHAYU TUANKU!




    • PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

      Sekalung tahniah di atas pertabalan,
      Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
      Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
      Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

      Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
      Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
      Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
      Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

      Masalah rakyat masalah baginda juga,
      Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
      Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,

      Berat sungguh hendak melepaskan,
      Kerana negara dilepaskan juga;
      Sultan Kedah yang budiman,
      Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

      Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
      Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
      Rakyat sentiasa berterima kasih,
      Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

      Agong kami Raja yang penyayang,
      Sayangkan rakyat sayangkan negara;
      Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
      Saling bantu membantu demi negara tercinta.

      Raja dan rakyat berpisah tiada,
      Sehati sejiwa mempertahankan negara;
      Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
      Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

      Karya Putri Rimba
      13 Disember 2011
      (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)
       ·  ·  · 2 hours ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;