Wednesday, 11 April 2012

MOYANG MERAYU PADA SEMUA ANAK CUCU CICIT MOYANG JAGAILAH KHAZANAH SASTERA KARYA-KARYA MOYANGMU INI




ANDAI KATA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR KITA BERHIDUP DI BUMI INI

Duhai rakanku semua...
Biar siapa pun kita
Kita akan bergelar moyang
Kita akan dijemput pulang bila sampai masanya
Bila ajal sudah sampai
Tidak dicepatkan tidak dilewatkan...
Malaikat maut mematuhi perintah Tuhan yang Mencipta kita
Kerna sudah sampai waktu Tuhan mahu bertemu dengan kita
Adakah kita sudah bersedia?
Bersedia atau tidak
Allah SWT sudah bersedia untuk berjumpa kita
Tika di dunia kita berjumpa Tuhan pabila kita solat
Tapi kalau kita bukan ahli solat dan lalaikan solat gimana?
Adakah kita layak bertemuNya apabila sudah bergelar roh?

Di masa alam kandungan ibu... tika roh ditiupkan pada kita
Kita telah bersumpah setia untuk menjadi hambaNya yang patuh
Kerna kita mengaku kita hambaNya
Makanya kita ditiupkan roh dan lahirlah kita ke dunia ini
Untuk menjadi seorang khalifah yang akan memikul tanggungjawab
Dan akan membawa pulang tanggungjawab itu untuk dipertanggungjawabkan
Makanya adakah kita sudah bersedia bertemu Pencipta kita?

Allahu Akhbar
Aku yakin semuanya tak sabar bertemu denganNya
Tapi aku yakin kita akan malu dan tak mahu bertemuNya
Selagi tidak membawa apa-apa amalan agar Allah SWT redho pada kita
Pastinya kita mahu bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redho pada kita

Andaikata hari ini adalah hari terakhir kita berhidup di dunia ini
Apakah kata-kata terakhir yang mahu kamu ucapkan kepada
Penghuni dunia ini?
Mana tahu kata-katamu itu akan dikenang oleh anak cucu
Mana tahu kata-katamu itu membuatkan anak cucu mendoakan moyang mereka
Mana tahu kata-katamu itu mengundang Nur Rahmat KasihNya padamu

Andai kata hari ini adalah hari terkahirku bernafas di bumi ini
Aku memohon agar Allah SWT ampunkan atas segala kesalahanku
Aku memohon maaf kepada semua orang yang kukenali di alam realiti atau
di alam maya di atas segala kesalahanku samada sengaja atau tidak
Aku memohon maaf kepada semua pembaca yang membaca karya-karyaku
jika ada yang tidak berkenan di hati mereka makanya maafkanlah aku kerna
aku adalah insan yang tidak sempurna bagi memuaskan hati semua pembaca.
Aku memohon maaf kepada anak cucuku jika ada karyaku yang menyinggung
hati mereka samada secara sengaja atau tidak.

Kepada anak cucu cicitku
Inilah moyangmu
Biarpun moyang tidak mengenalimu
Percayalah moyang sayang padamu
Sayang sangat-sangat
Sudilah baca karya-karya moyangmu
Sudilah hargai karya-karya moyangmu
Khazanah sastra moyang ini untuk kalian semua
Tanda moyang kasih dan sayang pada kalian
Biarpun semasa hayat moyang karya moyang tidak dihargai
Tidak mengapa...tapi demi kalian
Moyang tidak kisah itu semua
Kerna moyang menulis adalah keranaNYa
Kerna moyang sayangkan kalian
Jika kalian juga tidak mahu menghargainya
Tapi tolong hargai apa mesej yang hendak moyang sampaikan
Dalam semua karya-karya moyang
Tapi moyang yakin kalian akan menjaganya sebaik mungkin
Sepertimana moyang sanggup pertaruhkan darah moyang sebagai tinta
Begitulah juga kalian menjaga karya moyang agar tidak disepikan...

Moyang merayu pada semua anak cucu cicit moyang
Jagailah khazanah sastra karya-karya moyangmu ini
Sebaik-baiknya ....
Moyang wariskan pada kalian

Tiada apa yang moyang harapkan pada kalian
Jika sudi membalas kasih sayang moyang
Kirimkan sepotong ayat Fatehah pun sudah memadai

Senyuman anak cucu
Adalah senyuman moyangmu

Karya Putri Rimba Niagara
10 April 2012
.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA KEPADA
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK MEMBERI SOKONGAN
PADA SASTERAKU DUNIAKU:

LAKSAMANA MAS PANGLIMA SASTRA RUMPUN MELAYU SEDUNIA,
PENGERAN SAMUDRA PANGLIMA RUMPUN MELAYU SENUSANTARA
PUTRA RIMBA PANGLIMA RUMPUN MELAYU SEMALAYSIA
PRABU SRI NARAYANA KUSUMAKUNINGAN PAHLAWAN KHAZANAH BANGSA
TUAN AHMAD TAJUDDIN WIRA NEGARA SEMALAYSIA
DATO' SRI JAMHURI ABD RAHMAN PAHLAWAN BANGSA MELAYU SEMELAYSIA
ZAIRI ERIE MAHA GURU PAHLAWAN MELAYU
TARMIZI YUSUF PANGLIMA SASTRA SENUSANTARA
NAGA PAMUNGKAS HULUBALANG SASTRA SENUSANTARA
ABANG PATDELI ABANG MUHI PANGLIMA SASTERA SEMALAYSIA
ANDY PERKASA MEDAN SENUSANTARA
KHAI NOOR PAHLAWAN JIWA MELAYU
JEFFRY AI BC PEJUANG RAKYAT BERANI MATI
PRADITA FIA SRI KANDI SENUSANTARA

TG PENGERAN ASSYARIFF
PENGERAN JAYA LAPPUNG
WAHYU UTAMA
TENGKU SYAWAL TENGKU AZIZ
TEUNGKU SAYYID DEQY
YM TENGKU DIN
SEGHAYO SUTTAN PESIRAH DIPUNCAK NUR
KESULTANAN MATARAM
KESULTANAN INDRAPURA
RADEN ABDURRAHMAN RAHMAN
DEN MAT MANGKUBUMI
MASYARAKAT ADAT MATARAM

TUAN ZULKAFLI
MAS IMAN
EDDY CHANDRA
BINTORO TOUR
BINO BUJAL
WAHYU YUDI
NORAWI HJ KATA
WIDIANTO SUNYOTO
HASRUL PANE
ACHMAD ZOELHAM
ATHAYA NABILA

RAKAN FB DAN MEREKA YANG MENY0KONG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM PERJUANGAN SASTERA DUNIAKU.

SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:

1. PUISI CINTA ILLAHI
2. MELAYU ISLAM BERSATU
3. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
4. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
5. FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
6. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
7. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
8. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
9. MELAYU AYU RADIO ONLINE
10. SSL. fm
11. OMBAK RINDU

DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PECINTA BAHASA MELAYU
PECINTA SASTRA MELAYU
PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

RABEAH MOHD ALI
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
11 APRIL 2012
 ·  ·  · See Friendship
  • Ahmad Tajuddin likes this.
    • Ahmad Tajuddin ‎~ aku orang melayu..kerja askar melayu..di tanah melayu!
      23 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Tabik Tuan! Tabik Panglima Melayu di Tanah Melayu !!!!!
      23 hours ago ·  ·  1
    • Ahmad Tajuddin ‎~ hehehe..thanx so much..proud to be one! no regrets! alhamdullilah
      23 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali AKU ASKAR MELAYU

      Aku orang melayu
      Kerja askar melayu
      Di Tanah Melayu

      Tak akan ada
      Seorang pun
      Yang boleh
      Menggugah
      Penderianku

      Darahku
      Jiwaku
      Jiwa melayu

      Jasadku kepunyaan Allah
      Rohku dalam genggaman Allah

      DemiNya
      Demi bangsaku
      Demi negaraku

      Kurela
      Nyawaku jadi taruhan
      Di setiap penjuru
      Setiap masa
      Setiasa bersiap sedia
      Bila-bila masa
      Berbakti di medan juang!

      Tak akan berundur biarpun seinci
      Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
      Aku relakan
      DemiNya
      Demi anak bangsa
      Demi pertiwi

      Biar dihujani peluru
      Biar bermandikan darah
      Biar bumi SeMalaysia ini menjadi lautan darah
      Kami askar melayu relakan
      Asalkan rakyat SeMalaysia aman damai
      Daripada ancaman musuh
      Agar kemerdekaan negara kami
      Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

      Duhai anak cucuku...
      Moyangmu
      Askar melayu
      Menyayangimu
      Sepenuh jiwa dan raga
      Pertaruhkan nyawa demi
      Negara ini agar dapat kalian
      Teruskan dan jayakan
      Dan kekalkan kemerdekaan
      Agar dapat diwariskan
      Dari generasi ke satu generasi

      Di tugu moyangmu nanti
      Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
      Tanda ingatan kalian pada moyangmu
      Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
      Agar tenang setenang air di kali Syurga

      Moyangmu...
      Ahmad Tajuddin
      Dan seluruh rakan moyangmu
      Orang Melayu
      Askar Melayu
      Di Tanah Melayu
      Di bumi Malaysia tercinta!

      Karya Putri Rimba Niagara
      11 April 2012
      (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU
      SEMALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU SEMALAYSIA)
      23 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Duhai rakan seperjuanganku yang tersanjung di hati....
      Boleh tak siarkan gambarmu berpakaian askar melayu lengkap dengan pangkatnya sekali
      Kerana ku nak share agar dapat diabadikan untuk anak cucu kita ...
      Kalau tak senyum pun boleh...
      Kalau sampai mata pun tersenyum pun boleh ....hehehe
      12 hours ago ·  ·  1

(PETIKAN DARIPADA WALL  AHMAD TAJUDDIN)
              12 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;