Saturday 14 April 2012

PELUANG JALAN KAKI BERSAMA SULTAN MUHAMMAD V


      • e
  • Khai Noor shared a link.
    www.sinarharian.com.my
    KOTA BHARU - Mesyuarat Khas Jawatankuasa Induk penganjuran Walk With Me 2012 – Dibarakan Sinar Harian berlangsung di Istana Balai Besar, di sini semalam.Mesyuarat dipengerusikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood bersama Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal, disertai Peg...
     ·  ·  · 43 minutes ago · 
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIHMU

        Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
        Seorang hamba yang benar zuhud
        Mengutamakan rakyat lebih daripada
        Kepentingan sendiri
        Segala masalah rakyat ingin dibantu
        Sedaya mampu
        Masalah rakyat masalah baginda juga
        Hari-hari yang difikirkan
        Rakyat...rakyat...rakyat...
        Hidup baginda sepi tanpa rakyat
        Kasih sayang baginda pada rakyat
        Tidak berbelah bahagi
        Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
        Hinggakan rakyat tidak merasakan
        Yang berada di sisi mereka seorang raja
        Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
        Namun apabila berbicara dengan baginda
        Masih menjaga adap
        Berbicara bahasa istana penuh sopan
        Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
        Berasa amat terharu dengan
        Sikap rendah diri raja mereka
        Pada baginda
        Apalah ertinya pangkat
        Jika pangkat itu tidak memberi
        Apa makna kepada rakyat
        Dan baginda amat takut
        Apabila tanggungjawabnya
        Sebagai seorang raja akan
        Dipertanggungjawabkan
        Di akhirat kelak
        Apa yang hendak
        Dijawabkan nanti jika
        Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
        Pada rakyat Kelantan

        Ya Allah...
        Kau Maha Penyayang
        Kau Maha Memahami Isi Hati
        Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
        Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
        Dengan rahmat kasihMu
        Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
        Dan kami jua mahu bersamanya
        Menikmati SyurgaMu
        Penuh kasih sayang
        Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
        KeranaMu tika di dunia
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 April 2012
        Like · · 50 minutes ago near Kuala Lumpur

        (PETIKAN DARIPADA KHAI NOOR)
        14 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;