ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Ramadhan Ya Ramadhan
Sudilah menjadi sahabatku
Sudilah menjadi temanku
Sudilah menjadi menyokongku
Jika kau sudi menjadi
Sahabatku
Penemanku
Penyokongku
Pasti aku bersyukur
Dan tersungkur di sejadah cinta-Nya
Kerana aku mahu
Kau terus menerus
Menyubur suburkan untuk aku
Terus-terus beribadah ikhlas
Semata kerana-NYa
Bukan untuk pandangan manusia
Tapi untuk padangan Alllah Azzawajallah
Usiaku yang tersisa ini masih tak dapat
Menampung amalan yang ingin aku
Persembahakan pada Tuhanku...
Aku malu...malu...malu...
Untuk membawa bekalan yang
Terlalu sedikit ini...sedangkan usiaku
Sudah pun melewati senja
ALLAHU AKHBAR!
Mana tahu berkat sokonganmu Ramadhan
Urat sarafku dan tulang belulangku dan semua
Pacainderaku menjadi segagah pahlawan
Fisabilillah yang hidup mati-Nya hanya
Ke jalan-jalan Allah SWT
Allahu Akhbar bertuahnya aku jika
Tuah itu menyebelahiku Aamin
Andai-Nya ini adalah ramadhan terakhirku
Dapatlah aku membawa bekalan yang telah
Dilipat ganjaran pahalanya berganda-ganda
Banyak-NYa semua-Nya dalam pengetahuan
Allah dan semua pintu-pintu ke Syurga
Di buka seluas-Nya untuk para hamba-Nya
Yang beribadat ikhlas kerana-Nya..
Ramadhan Ya Ramadhan
Berkat kami berkasih sayang ukhuwah kasih
Dan saling memaafkan semua teman-teman kami
Kau sudilah senyum padaku
Agar hidupku sentiasa berada di dalam
Rahmat Kasih-Nya yang berpanjangan
Seumur hidupku seumur hidup kawan-kawanku
Ramadhan Ya Ramadhan
Yang kudambakan dalam hidup ini
Menjadi hamba Allah yang disayangi
Allah SWT dan di sayangi semua penghuni
Di bumi jua di langit Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Ketemukan aku agar aku
Dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di malam Lailatul Qadar
Kerana di malam itu lebih baik daripada
Seribu bulan Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Jika ini Ramadhan terakhirku
Bukakanlah hati-hati
Kawan-Kawanku yang telah aku sakiti
Hatinya secara sengaja atau tidak
Memaafkan aku kerna
Aku takut Allah SWT murka padaku
Kerana selagi aku tidak dimaafkan oleh
Teman-temanku pasti malanglah aku
Tika aku berhidup di muka bumi ini
Kerana sengaja bermusuh-musuhan dengan
Kawan-kawanku biarpun cuma di alam maya
Sedangkan tiada terniat di hatiku untuk
Membuatkan mereka membenciku kerana
Nawaitu asalkau semua yang hadir dalam
Hidupku bagaikan
Permata-permata dari Syurga
Kiriman Allah SWT padaku untuk aku
Syukuri
Ramadhan Ya Ramdhan...
Moga Allah SWT menerima
Segala amalan dan niat baikku
Kerana Alllah SWT menerima
Semua niat-niat yang baik-baik
Belum melakukan sudah diberi pahala
Dilakukan lagilah pahala
Begitulah Maha Penyayang-NYa Allah SWT
Pada semua hamba-Nya tiada terkecuali
Ramadhan Ya Ramadhan
Moga aku dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di bulan Ramadhan
Dengan ikhlas kerana-Nya
Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir
Yang akan kami persembahkan kepada
Allah SWT dan diterima dalam redha-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Putri Rimba Niagara
20 Julai 2012
0 comments:
Post a Comment