Sunday, 22 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (278) - AKU SAYANGKAN SEMUA PENGHUNI DI BUMI DI LANGIT



  • BIAR DUNIA TAHU BETAPA AKU SAYANGKAN SEMUA PENGHUNI DUNIA!

    Teman...
    kau di antara kawan ku yang bisa mengerti akan daku...
    Kau tidak pernah membatu dan membisu...
    cumanya bila kau sibuk jadi sepi....


    Jangan kau cuba sepikan daku dalam dunia kesibukanmu...
    kerna aku amat perlukan sokongan ikhlas darimu...
    agar aku tak mudah tewas di medan juang pabila berpena yang tidak pernah mengenal erti musuh dan kawan...yang aku cuma tahu tulis...tulis...tulis...mengikut gerak hati...gerak pacaindera agar mereka mengerti apa itu kasih setulus hati keranaNya.
    Biar dunia tahu betapa sayangnya aku pada semua penghuni dunia...
    biar dunia tahu... aku rela jadikan darahku sebagai tinta demi kasihku pada mereka semata-mata ingin mendapat redhaNya dan cintaNya.

    Karya Putri Rimba Niagara
    20 Mac 2012


  • SALING FISABILILLAH KERANANYA

    Dan akan kuhayutkan rindu ini jika
    dalam hati ada iri
    dalam hati ada benci
    dalam hati ada dendam kesumat
    dalam hati ada prasangka
    kerna yang kumahukan
    cuma kata-kata
    indah
    semangat
    sokongan
    sayang menyayangi keranaNya
    saling berkorban fisabillilah keranaNya
    kerna masaku terlalu suntuk untuk berleka
    dengan pesona cinta dunia
    moga Allah SWT mengirimkan aku
    hamba-hambaNya
    untuk sama-sama
    mencari redhoNya Ilahi
    tidak kira di mana berada
    pagi petang siang dan malam
    hingga ke nafas terakhir

    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    18 Mac 2012


  • Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikanNya peluang untuk bernafas...
    Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat buat roh dan jasadku kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumiMu ini.
    Yang aku mahu cuma jalan-jalan redhoMu Ya Allah .
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin.



  • Di ombak rindu bukan untuk luahkan semua yang sakit di hati tapi di ombak rindu membuang segala sakit hati dan kecewa di hati dengan bahasa yang menenangkan hati tanpa prasangka pada sesama....anggaplah kita semua seperti ahli Syurga...mana tahu kita benar menjadi ahli Syurga dengan Ehsan dan IzinNya Aamin. Justeru jika kita anggap inilah kata-kata indah yang terakhir kutinggalkan kepada rakan-rakanku yang tersayang dan terkasih keranaNya...pasti bahagia setelah kita tiada di dunia ini....percayalah ku sayang kalian keranaNya justru hargailah kasih sayangku ini...duhai yang terkasih di kalbu di ombak rindu ... di benua sana dan di benua sini...


  • Asalkan ombak rindu tidak menjadi tsunami sudahlah... moga dijauhkan dari segala iri hati dan hasad dengki sesama...adatlah manusia mulanya menjadi murni akhirnya luka melukakan....kerana soal hati hanya DIA yang mengerti...berkatalah dari hati yang ikhlas pasti menenangkan hati yang mendengarnya....apapun ombak rindu pencetus inspirasiku berkarya agar terus rindu....rindu...serindunya pada ikatan suci keranaNya.

  • Tak salah ramai sahabat malah mengundang rahmatNya Insya-Allah asalkan ada hati nan ikhlas...ada taman bunga-bunga cinta keranaNya.


  • Jika seseorang itu memuji wanita itu cantik sebenarnya dia sedang memuji Allah SWT kerana wanita itu adalah Ciptaan Allah SWT dan termasuk juga kamu dan termasuk semua yang ada di langit dan di bumi....cumanya wanita itu jangan membangga diri dan menghina yang tak cantik kerana dia harus tahu cantik itu cumalah tempelan kulit ditarik kulit cuma yang ada tengkorak ...boleh kau bayangkan bagaimana rupa tengkorak? justeru jangan berbangga apa yang ada syukurlah apa yang diKurniakanNya.


  • PASTI KAU MERINDUINYA SELALU

    Mereka bilang...
    Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka?
    Kujawab iya...
    Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye?
    Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang
    Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi?
    Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke?
    Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang...
    Maksud kau?
    Menerawang di dunia fantasi bukan realiti
    Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati...
    Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri...
    Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,....
    Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayahNya
    Pastilah bahasa mengundang hidayahNya
    Jusetru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merinduNya selalu.
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Putri Rimba Niagara
    18 Mac 2012


  • Terima kasih sahabatku...kau antara sahabatku ...nun jauh di sana menyokong dan meniup bara api perjuanganku ...moga kita bisa ketemu di alam realiti untuk saling mengeratkan kasih sayang ukhuwah di antara kita ...tiadalah aku melemparkan senyuman di ombak rindu senja...

  • Semua hambaNya mendambakan redha Allah SWT di masa hidup dan mati. Aamin.

  • Semuanya sudah dalam pengetahuan Allah SWT sudah tercatat di Lauhmahfuz Aamin

  • SETEGA ITU CINTAKU KAU PERSIAKAN!

    Setega itu kau bilang cintaku membunuhmu
    Setega itu kau bilang kebalnya hatiku
    Setega itu kau bilang kau tak sempurna
    Setega itu kau bilang aku menyakitkan hatimu

    Tapi kau lupa akan janjimu padaku
    Bersumpah akan setia denganku
    Takkan melupakan aku
    Takkan memutuskan cinta

    Dalam senyap kau yang sengaja
    Memutuskan kasih dan cinta
    Yang telah kita bina
    Atas dasar keluhuran cinta sejati

    Kau sepi tanpa berita
    Kau menghilang entah ke mana
    Aku yang menanggung rindu
    Aku yang terdera rindu

    Di ombak rindu aku melepaskan rinduku padamu
    Pada ombak rindu kulaungkan namamu
    Tapi launganku tak kau balas
    Laungan itu bergema balik padaku
    Aku tersenyum sambil mengesat air mataku
    Seakan balikkan laungan rinduku itu adalah
    Jawapan rindumu untukku...
    Aku berlari-lari di gigi pantai
    Sambil bermain air laut yang mula pasang
    Rupanya dari pagi ke petang
    Aku menunggumu di pantai
    Yang sepi tapi bergema dengan laungan
    Ombak rindu...

    Hanya ombak rindu yang mengerti
    Perasaan cintaku padamu....

    Adakah pengorbanan cintaku ini
    Kau anggap aku menzalimi cintamu?

    Bukalah matamu
    Bukalah hatimu
    Jika kau tahu menilai cinta suciku
    Tak setega itu kau bilang aku membunuh cintamu

    Kerna menantimu satu penyeksaan
    Merinduimu satu penderaan jiwa
    Mencintaimu memakan diriku
    Makanya aku lepaskan sengsara cintaku ini
    Di ombak rindu...

    Moga aku tidak ternanti-nanti lagi
    Cintamu nan palsu...
    Maafkan aku duhai
    Kekasih yang telah melukakan hatiku
    Bagaikan ombak menghempas pantai!

    Karya Putri Rimba Niagara
    17 Mac 2012

    March 20 at 7:24am ·




    • CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI

      Kasih yang terkasih
      Aku tak tahu bagaimana hendak kuluah hatiku ini
      Sejujurnya kukatakan aku amat-amat mengasihimu
      Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
      Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak
      Bertahta di hatimu ...dan begitu lama aku menanti jawapanmu itu

      Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
      Aku cemburu pada pantai
      Aku cemburu pada ombak
      Biarpun ombak mendera pantai
      Tapi pantai masih setia pada ombak
      Pantai bilang....
      Duhai ombak....
      Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
      Percayalah aku tetap setia padamu....
      Selagi kau mendera aku
      Selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
      Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
      Aku tahu kau membalas cintaku
      Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
      Biarpun kita terpisah alam
      Namun deruan rindumu rinduku
      Tak akan terpisah selamanya
      Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
      Makanya terimalah senyumanku untukmu duhai ombak yang kucinta..

      Justeru duhai kasih
      Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
      Seperti setianya ombak pada pantai...
      Ke mana kau pergi bawalah rindku bersamamu
      Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
      Kenang daku dalam doamu.

      Karya Rha NS
      17 Mac 2012


    • MENTARI KAMI MAHU MENJADI SEPERTIMU!

      Selamat pagi sang mentari,
      Pagi ini kau menjelmakan dirimu dengan senyuman manismu...
      Aku amat suka banget senyuman mu itu sang mentari
      Sinar mu yang indah itu bikin air laut di ombak rindu ini berkilauan
      Sesiapa memandang pasti menyilau mata tapi masih mahu memandang kilauanmu...
      Bersinarlah kau...bersinarlah kau sang mentari untuk kami
      Kami sentiasa bersyukur padaNya kerana mengurniakan kamu untuk kami tanpamu pasti kami dalam kegelapan dan tak bererti hidup kami
      Kau menerangi sinarmu untuk kami tapi dirimu terbakar sendiri tak kau kisahkan malah kau masih bisa tersenyum...
      Malunya kami dibandingkan denganmu yang patuh perintah PenciptaMu tanpa sesaat pun lalai dengan tanggungjawabmu untuk menerangi kami...
      Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
      Moga kami dapat jadi sepertimu yang taatkan perintah Pencipta kami dan Penciptamu juga.
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

      Karya Putri Niagara
      29 Mac 2012


    • Kasihmu tak kan ku timbang-timbang lagi malah terus terpatri di kalbuku cumanya satu kupinta harap dapat hargai kasihku jika kau sudi terima dengan seikhlas hatimu...

      Laksamana Mas likes this.
      Laksamana Mas apa kabar mu di sana,
      Napa lama tak dengar berita;
      Kegagahanmu dikagumi anak bangsa,
      Moga kau terus gagah perkasa di persada dunia.

      Pabila gugusan cinta mawar putih ada di hatimu makanya rinduku dan rindumu terpatri hingga ke Syurgawi. Aamin.

      Pabila impian jadi kenyataan kamulah wiranya kerana kamu adalah guruku yang memberi semangat keberanian itu!!!


    • NAMASTEE DI HATI INI

      Engkau kah itu Raja Namastee
      Biarpun kau anggap dirimu abdi
      Aku tetap hormatkan mu....
      Kerana sifat hormatmu padaku
      Biarpun aku bukan minta dihormati
      Tapi engkau masih mengiakan mahu aku dihormati
      Aku tak tahu kenapa kau begitu mahu aku dihormati
      Sedangkan mereka tidak pernah ada rasa hormat denganku
      Aku pun bukan gila sanjungan
      Bukan gila glamor
      Bukan gila nama
      Bukan gila kuasa
      Bukan gila harta
      Semuanya bukan
      Cuma yang aku mahukan terima aku dan karya aku apa adanya
      Barulah aku boleh terima mereka terlebih adanya
      Justeru pada rakan fbku yang bisu dan sepi
      Maafkan kerna terpaksa hanyutkan namamu di ombak sepi
      Namun kalian tetap ku , "NAMASTEE" di hati ini...

      Karya Putri Rimba Niagara
      17 Mac 2012


    • HAMBA

      Aku berkawan bukan kerna darjat atau pangkatnya
      Asalkan dia bersikap hamba itu sudah memadai...
      Sebab dia hamba aku pun hamba
      Hamba apa?
      Hamba Allah lah...
      Engkau tak tahu ke?
      Tahu saja buat-buat tak tahu
      Kenapa buat-buat tak tahu
      Yelah kekayaan..pangkat dan segalanya telah membutakan aku....
      Ooo...selama ini kau butalah...
      Ye...selama ini aku buta hati...sekarang ni dah celik hati....
      Syukur Alhamdulilllah
      Kita sama-sama celik hati untuk selamanya ye...hamba...
      Aamin.

      Putri Rimba Niagara
      20312


    • Hingga saat ini aku rasakan aku adalah insan yang tak pernah sempurna...sebelum sampai waktu ....aku ingin pulang ke negeri abadi dalam keadaan tenang ...seabadi cinta semua yang mengasihi aku keranaNya. Aaamin...

      Like · · 16 minutes ago near Melaka, Malaysia

      Rabeah Mohd Ali
      Damailah negeriku damailah negerimu damailah bumi ini dan damailah semuanya berkat kasih sayang sejati demiNya.

      Like · · 24 minutes ago near Melaka, Malaysia

      Putri Rimba Niagara:

      kan kunyanyikan ombak rindu padanya....Tuhan....tolong sampai air mata rindu kasihku yang membara-bara ini padanya agar dia bisa mengerti yang aku rindu dan kasih padanya....panjangkanlah usia kami berdua agar dapat bertemu untuk saling melepaskan rindu dan kasih demiMu Tuhan...Tuhan tolong jangan pisahkan kami....Aamin.
      Hingga saat ini aku rasakan aku adalah insan yang tak pernah sempurna...sebelum sampai waktu ....aku ingin pulang ke negeri abadi dalam keadaan tenang ...seabadi cinta semua yang mengasihi aku keranaNya. Aaamin...
      Like · · 16 minutes ago near Melaka, Malaysia

      Putri Rimba Rimba Niagara:i

      Damailah negeriku damailah negerimu damailah bumi ini dan damailah semuanya berkat kasih sayang sejati demiNya.
      Like · · 24 minutes ago near Melaka, Malaysia

      Putri Rimba Niagara:

      Kan kunyanyikan ombak rindu padanya....Tuhan....tolong sampai air mata rindu kasihku yang membara-bara ini padanya agar dia bisa mengerti yang aku rindu dan kasih padanya....panjangkanlah usia kami berdua agar dapat bertemu untuk saling melepaskan rindu dan kasih demiMu Tuhan...Tuhan tolong jangan pisahkan kami....Aamin.


    • Aku tak perlu dipungut oleh raja kerana aku bukan permaisuri diraja
      aku juga tak mahu menjadi sampah plastik
      yang aku mahu kewujudanku berbakti pada manusia, makhluk Tuhan yang ada di bumi dan di langit semata keranaNya.



    • Tak baik itu macam ...janganlah berperangka sesama ye...berkata yang baik itu satu sedekah juga...mulai sekarang kita bertiga jadi kawan baik nak tak...jangan gado-gado lagi...jom aku belanja pi makan gado-gado nak tak...aku jamin selepas makan gado-gado tak akan gaduh-gaduh lagi...semuanya gembira...tak mahu ke mati dalam keaadaan tenang...saling bermaafan sesama. Sakitkan hati orang ...kalau dia tak maafkan susah roh nak keluar dari badan...betul tak???? justeru demiNya saling terima apa adanya dan saling memaafkan. Tak rugi de....untung ada lagi... mana tahu ini adalah hari terakhir kita bernafas...


    • Aku terkecewa kini...kata-kata bermadah pujangga kuberikan padamu tapi kau lemparkan padaku kata-kata beracun memedihkan urat saraf kalbuku mendengarnya...setega itu kamu duhai rakan seperjuangan yang selama ini kusanjungi di segenap penjuru hatiku... sedih....pedih...hatiku bagaikan ditoreh sembilu pilu....!!!!
      • pilu....!!!!


      • Ha..macam tulah...weeiii manangis aku terharuu denganmu...hihihi kejap lagi ku suruh si kunta kinte buakan gado-gado untukmu...untuk pengetahuanmu aku tinggal di rimba niagara...penghuni rimba adalah rakan-rakanku yang sangat sayang dan setia padaku...sesekali aku hendak juga berkawan dengan wargakota....harap kau sudi terima aku apa adanyanya....

        Weeii napa kau kata kau putera kejahatan...kalau kau nak kawan dengan aku tukarlah putera kebaikan...boleh tak tapi bukan demiku tapi demiNYa...mana tahu kita jadi kawan dari dunia bawa ke Syurga...macama mana setuju tak? dengan cadangan aku ini...



      • Weeii napa kau kata kau putera kejahatan...kalau kau nak kawan dengan aku tukarlah putera kebaikan...boleh tak tapi bukan demiku tapi demiNYa...mana tahu kita jadi kawan dari dunia bawa ke Syurga...macama mana setuju tak? dengan cadangan aku ini...

        Sharkrulez O'neil Rabeah Mohd Ali x pe la.. aku ke neraka sorang2... kalau x nk follow pn x pe... da biasa pn..

        Putri Rimba Niagara:

        Masya-Allah kau tahu...Allah SWT itu Maha Penyayang...dia akan ampunkan kita selagi nyawa belum sampai di kerongkong...kita usahalah cari-cari jalan-jalan yang diredhoiNya nak tak...apa pendapat mu ? Janganlah berputus asa....di akhirat nanti sudah tiada penyesalan kerana rayuan sudah tiada lagi.

        March 20 at 3:58pm ·

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        23 Julai 2012
        2 Ramadhan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;