- like this.
Rabeah Mohd Ali SENTIASA RINDU DAN CINTA HANYALAH UNTUK-NYA
Yang baik itu hati
Yang indah itu bahasa
Bahasamu selalu meruntun jiwa
Bagaikan pungguk mendayu-dayu sayu pada rang bulan
Rang bulan menyinarkan sinarnya pada pungguk
Pungguk menangis syahdu pilu
Kerana rang bulan masih rindu dan setia
Pada rindu berbalas rindu
Rindu bukan disepikan tapi muhasabah diri
Mahu pulang ke Pangkuan Ilahi
Persiapan amalan ke Syurga-Nya
Moga pungguk begitu juga
Sentiasa rindu dan cinta hanyalah untuk-Nya
Bukan pada cinta sementara
Kerana KETENTUAN TAKDIR CINTA ADALAH MILIK-NYA
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Ramadhan 1433H
25 Julai 2012
Rabeah Mohd Ali PERSIAPAN KITA KE SYURGA
Allahu Akhbar...jangan bilang gitu rakan sasteraku...
Allah SWT Maha Adil pada semua hamba-Nya
Jangan sesekali berasa begitu
Kurniaan bakat padamu sama juga padaku
Sama juga pada rakan yang lain...
Bersangka baiklah pada-Nya ...
Dan jadilah seorang yang pemaaf dan sentiasa meminta maaf
Samada kita bersalah atau tidak
Namun kita tetap bersalah dalam keadaan apapun ..
Kalau tidak masakan kita sama-sama terguris hati...
Bila itu kita dapat lakukan ....masalah kita dengan manusia...
Insya-Allah selesai Aamiin
Bila hati sudah bersih ...pesona dunia ini hanyalah sekadar apa adanya
Jika ada lebih adanya semuanya kita fikirkan untuk infak ke jalan-Nya
Biarlah kita tidak dikenali oleh penghuni bumi
Asalkan kita dikenali penghuni langit dan
DiRedhai Alllah SWT hidup dan mati kita Aamiin
Maka dari itu rakan sastera...
Jangan rasa kau tak setandingku tak setanding kawan-kawan sastera
Semuanya sama ..
Tiada tinta yang hebat selain dari Kalam-Nya Al-Quran dan Hadis...
Matlamat kita bertinta hanyalah untuk meng-Agungkan-Nya
Dan sebagai bekalan di Alam Abadi...
Menulis bukan untuk
Menunjuk kehebatan
Kebijaksanaan ilmu yang dimiliki
Merasa ujub kerana kesempurnaan kita berbahasa puitis
Bukan...bukan...bukan...
Tapi untuk persiapan kita ke Syurga
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabatmu yang mengasihimu dunia akhirat,
Rabeah Mohd Ali
5 Ramadhan 1433H
24 Julai 2012
Ahmad Tajuddin likes this.
2 minutes ago · Like
PERMATA-PERMATA DARI SYURGA
Apa kabarmu duhai rakan sasteraku ...
Lama sudah tak dengar puisi darimu
Lastas kau sepikan rinduku...hehehe
Makanya kuhanyutkan rindu hatiku yang berlilitkan akar-akar rindumu
Di ombak rindu....jangan marah beb....hehehe
Sejujurnya aku rindu padamu...
Jika kau tak sudi membalas rinduku tak apalah
Aku faham kerana siapalah aku di hatimu ...
Apapun di bulan yang mulia ini kuhulurkan sepuluh jari
Memohon maaf jika ada canda puisiku yang mengguris hatimu
Hampir dua tahun perkenalan kita di alam maya
Banyak kisah sedih duka kita
Namun wangian cinta kita
Masih abadi di hatiku di hatimu
Kusayang kamu
Kurindu kamu
Kusayang ukhuwah kasih ini
Kerana-Nya
Kita diketemukan-Nya biarpun cuma di alam maya
Bukan untuk berpisah
Tapi ada hikmah sebalik-Nya
Biarpun ada rasa terluka dilukai
Kita lupakan itu kerana
Sememangnya kita manusia yang tak pernah sempurna
Yang kita fikirkan
Misi dan visi kita
Apa matlamat kita bersastera
Kurniaan bakat dari Ilahi
Yang patut kita syukuri
Yang setiap baris tinta yang kita lakarkan
Di kanvas dunia ini bukanlah sia-sia
Semuanya akan dihitung
Jika hitungan itu dikira sebagai saham akhirat
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLLAHU AKHBAR
Pasti sebelum bertinta kita sudah fikirkan
Inilah syair puisi pantun gurindam
Yang kupersembahkan kepada Tuhanku
Dan didengari oleh para malaikat dan seluruh penghuni bumi
Jika sekiranya
Allah SWT memakbulkan
Para malaikat mengaminkan
Penghuni bumi mengaminkan
SUBHANAL ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Tiada apa lebih membahagiakan di kala itu
Kerana
tinta-tintamu
tinta-tintaku
tinta-tinta rakan-rakan sastera semua
bagaikan titisan permata dari Syurga
kita dihujani permata-permata dari Syurga
kita kutip bersama
kita kongsi bersama
permata-permata yang kita perolehi
kita kongsi bersama dengan
seluruh penghuni bumi
Ahhh bahagia gitu...
Saling dapat berbagi permata Syurga
Tanpa jemu sehingga nafas terakhir
Moga kau, aku dan semua rakan sastera
Sentiasa DiKurniakan Permata-Permata dari Syurga
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Julai 2012
5 Ramadhan 1433H
Wednesday, 25 July 2012
SAYANGKU SAYANGMU (296) - PENGABDIAN KEHIDUPAN HANYALAH KERANA-MU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment