Friday, 27 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (304) DERITAMU DERITAKU

4








  • HADIAH TERBESAR...

    Tidak ada hadiah terbesar bagi kedua orang tua kecuali kita menjadi ANAK YANG SHALIH.....
    Dengannya, do'a kita akan sampai kepadanya meski mereka telah tiada,,,,
    Adapun bila mereka masih ada, tentu dengannya akan membahagiakan mereka dunia dan akhirat, isnyaalloh

    by
    Forum Orangtua Santri Asuh (FOSA)
    yayasan FOSA INDONESIA

    silahkan klik
    https://www.facebook.com/notes/fosa-peduli-pusat/wakaf-akbar/318913544857806

    silahkan dishare ya..... ^_^
    semoga bermanfaat....

    .
     ·  ·  · Tuesday at 1:47pm

    • You and 2 others like this.

      • SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN

        Sahabat...
        Biarpun nyawamu sudah habis
        Tapi rohmu masih hidup
        Hidup dan terus hidup
        Tika jasadmu hidup...
        Kita tahu wujudnya roh
        Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
        Selama kita hidup
        Pabila kita solat bertemu Tuhan
        Allah nampak kita
        Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
        Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat

        Bila kita sudah bergelar roh
        Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
        Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
        Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
        Bukan manusia lagi yang hidup
        Mereka yang hidup tak nampak kita
        Tapi kita nampak mereka
        Sedang meratapi kematian kita
        Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
        Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
        Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...

        Yang bermakna sekarang...
        Bekalan yang di bawa...
        Ye bekalan...
        Allahu Akhbar ....
        Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
        Yang menciptakan aku...
        Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
        Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
        Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
        Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu
        Serasa mahu aku dihidupkan semula
        Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
        Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
        Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
        Masa untukku sudah tamat
        Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
        Berhidup di bumi Tuhan.
        Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
        Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
        Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
        Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
        Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makaNya terimalah rohku ini
        Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh.
        Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya Putri Rimba Niagara
        28 Mei 2012
        (PETIKAN DARIPADA BORNEO DALAM INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI)
        28 Mei 2012
        Wednesday at 11:18am · Like · 1


  • Subhaanallaah...

    Firman Allah Ta'ala:
    "kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu infakkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu infakkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya."
    [Qs. Ali Imran:92]
    ...See More


    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   “...WALAU SEDIKIT NAMUN SANGAT BERMAKNA….”   Sahabat pecinta yatim dan dhu’afa di manapun berada, alhamdulillah tanah untuk penanaman pohon jabon seluas 1120 m2 telah kita bebaskan. semoga kita tetap semangat dalam ...

     ·  ·  · Yesterday at 3:16pm

    • You and 2 others like this.

      • MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ

        Redha perlu dicari
        Bukan dinanti

        Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
        Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku

        Ceritanya bermula begini.

        Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.

        Pengalamannya bersama Mat Rempit.
        Ustaz rela dirinya dipukul
        Disepak terajang dengan besi
        Hingga berdarah-darah
        Bengkak-bengkak urat sarafnya
        Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
        Berkat kesabaran ustaz
        Mat rempit itu diberi Allah SWT
        Nur Hidayah Kasih-Nya
        Mat rempit tersebut kini menjadi
        Seorang Hafiz Al-Quran
        Atas bimbingan ustaz

        Pengalamannya bersama
        Ketua Babi Hutan

        Ustaz bersama dua tiga orang
        Ingin pergi berdakwah
        Disebuah perkampungan orang asli
        Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
        Dalam perjalanan ke sana
        Di petengahan jalan
        Kenderaan mereka dihadang oleh
        Sekumpulan babi hutan
        Ustaz keluar dari kenderaan
        Bertemu dengan ketua babi hutan
        Kerana dia sudah letakkan
        Hanya Allah sahaja yang ditakuti
        Dengan berani dia
        Berkata dengan ketua babi hutan itu

        Mata bertentangan mata
        Ketua babi hutan merenung mata ustaz
        "Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
        Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
        Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
        Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
        Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
        Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
        Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
        "Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
        Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
        aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."

        Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
        ustaz ..agar pergi dari situ.

        Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
        Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya

        Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
        Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
        Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        29 Jun 2012
        Wednesday at 11:14am · Like · 1

        3 hours ago · 

      • TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT

        Kaya macam mana manusia itu
        Dia tetap miskin

        Apa maksudmu?
        Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya

        Kau lahir ke dunia ini kosong...

        Lagi aku tak faham?
        Apa maksud kosong
        Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
        Apa pulak kosong...

        Kau silap...
        Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
        Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
        Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
        Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
        Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
        Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
        Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
        Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
        Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
        Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...

        Apa maksudmu?
        Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
        Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
        Sebab aku ni pencinta harta
        Bagiku harta adalah segala-galanya
        Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
        Inikan hendak bersedekah
        Kirim salamlah
        Kalau nak kaya usaha sendirilah
        Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
        Ramai suka berkawan dengan aku
        Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
        Dan hormat gila-gila dengan aku...
        Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
        Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
        Pelik kan manusia ini..
        Cuba aku papa kedana...
        Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
        Manusia ini sukakan harta
        Sebab itu aku sukakan harta
        Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
        Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
        Dan sanjungi aku ...
        Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
        Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
        Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...

        Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
        Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
        Ha...sebab itulah aku katakan tadi
        Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
        Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
        Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
        Nak di kebumikan juga...
        Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
        Yelah nak ikut wasiat tuannya...
        Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...

        Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
        Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
        Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
        Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
        Dibeli boleh pocong-pocong
        Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
        Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
        Berminat ke nak beli...buntu aku ni...

        Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...

        Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
        Menyesal sebelum aku bergelar pocong

        Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
        Harta kau yang banyak-banyak ni
        Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
        Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
        Biarpun kau sudah berada di alam barzah
        Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
        Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
        Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
        Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
        Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
        Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
        Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
        Kau lafazkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
        Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
        Ke jalan-jalan Syurga-Nya

        Masya-Allah aku tak terfikir
        Sebagaimana yang kau fikir
        Terima kasih suara akhirat
        Kaulah sahabat dunia akhiratku
        Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
        DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
        Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        29 Jun 2012
        Like · · Unfollow Post
        Prabu Sri Narayana Kusuma likes this.
        12 hours ago · Like
        Wednesday at 11:17am · Edited · Like · 1



  • KAIN KAFAN SETANGGI SYURGA

    Betul kata tuan hamba tu...ye..di sisi Allah SWT tiada kain kuning pembalut tubuh yang ada kain putih. Moga kain putih kita digantikan dengan kain kafan setanggi dari Syurga dikirimkan Allah SWT kepada malaikat-Nya sebelum bertemu-Nya melepasi hingga langit ke tujuh SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHU AKHBAR betapa indahnya pertemuan di antara hamba-Nya dengan Kekasih-NYa. Moga kita terpilih menjadi Kekasih Allah SWT di dunia jua di akhirat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    HARAPANMU HARAPANKU PADA-NYA MOGA DIMAKBULKAN-NYA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
    7 Ramadahan 1433H
    27 Julai 2012
     ·  ·  · 3 hours ago


  • tretek..tek..tegl..dug..dug...duuuug...
    Allahhuakbar2X.....
    Allhhammdulillah....Wasyukurillah....
    Buber...Boeka Bersama...,so Sholat Berjammah....


     ·  ·  · July 23 at 7:53pm

  • Astagfiruloh al'azim sungguh besar kuasa mu...ya allah ya rob berilah yg terbaik buat bayi ini...amiin


    Mohon Bagikan/Share ini di FB kalian , tiap foto yang kamu share , FB akan memberikan $1 untuk si Anaktersebut , ayo sobat bantu si dia mulai dari sekarang kita ringankan biaya pengobatan si anak ini walaupun hanya bisa melalui Share bukan permintaan uang sumbangan dari pihak Facebook... |♥ Terima KasiH Atas Bantuan nya Yang Sudah Mau Berbagi


     ·  ·  · July 23 at 12:05am

  • Astagfiruloh al'azim sungguh besar kuasa mu...ya allah ya rob berilah yg terbaik buat bayi ini...amiin


    Mohon Bagikan/Share ini di FB kalian , tiap foto yang kamu share , FB akan membe...See More


     ·  ·  · July 23 at 12:03am


  • JIKA PUISIKU MENYAKITKAN HATI BIARKAN KU UNDUR DIRI

    Princess Flavia:

    Itu puisinya Putri Rimba copy aja,,,jadi semua terus ikutan aja masuk copy nya,,,,kerna ga bikin sndrian,,,
    Yesterday at 10:37am · Like

    maaf,,,,mengapa buat onar di pautan sesama insan,,,,? apa kah itu juga di bilang mulia disisi,,agama,,,,puisi juga cuma copy ga asli,,,maaf ya,,bukan apa cuma ga suka sakit menyakit disini,,,itu saja

    Putri Rimba Niagara:

    Duhai Princess Flavia...jika hadir puisiku menyakiti di wall ini...tak apalah...kuundur diri...kerana ini bulan puasa tak baik aku meyakiti hati insan-insan yang mulia dan baik-baik di sini...siapalah aku di hatimu...muhasabah diriku pada Tuhan pun dikatakan menyakitkan ...tapi harus kau ingat aku cuma berpuisi menyebut Tuhan itupun menyakitkan hati? Pelikkan..lainlah aku bercinta dengan manusia...Yelah aku ini tak sebaikmu...tapi aku amat percaya...Cinta Tuhan adalah milik semua...Tuhan adalah Kekasih untuk semua ...semua hamba-Nya berhak jatuh cinta dengan-Nya dan Dengan sifat Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Dia akan membalas cinta para hamba-Nya tanpa mengira siapa...jadi apa yang menjadi masalahmu aku mahu jatuh cinta dengan Allah SWT ...kau katakan menyakitkan? Aku tak boleh terima sama sekali tapi jika aku jatuh cinta dengan manusia dan berpuisi memuji-muji kekasihku itu bolehlah kau cemburu dan gara-gara cemburumu itu aku berpisah dengannya dan kau suka ...aku boleh terima...dan aku mengerti aku taklah sehebat kau dan kawan-kawanmu yang hebat berpuisi puitis tak perlu copy kerna ga bikin sendiran....kuucapkan selamat berpuisi padamu dan kawan-kawan dan aku biarlah berpuisi bersama dengan penghuni rimba saja.

    SALAM PUISI
    SALAM KEMAAFAN KERANA AKU BERPUISI TELAH MENYAKITKAN HATIMU DAN TEMAN-TEMANMU YANG HEBAT BERPUISI PUITIS
    SALAM PERPISAHAN PUISI
    KUSENTIASA CERMINKAN PUISIKU TAK SEHEBATMU BERPUISI BERSAMA TEMAN-TEMANMU ITU

    KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
    22 Julai 2012
    2 Ramadhan 1433H
     ·  ·  · July 22 at 12:06pm


  •  ·  ·  · July 21 at 11:24pm

    • You and 2 others like this.

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNAN MASYARAKAT)
      27 Julai 2012
      7 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;