"Hehehehe nampaknya watak dragon..." on Naga Terakhir's photo.
Putri Rimba Niagara shared KUIL CINTA.. ( KUMPULAN KATA INDAH CINTA,BIJAK DAN PERSAHABATAN)'s photo.
ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Ramadhan Ya Ramadhan
Sudilah menjadi sahabatku
Sudilah menjadi temanku
Sudilah menjadi menyokongku
Jika kau sudi menjadi
Sahabatku
Penemanku
Penyokongku
Pasti aku bersyukur
Dan tersungkur di sejadah cinta-Nya
Kerana aku mahu
Kau terus menerus
Menyubur suburkan untuk aku
Terus-terus beribadah ikhlas
Semata kerana-NYa
Bukan untuk pandangan manusia
Tapi untuk padangan Alllah Azzawajallah
Usiaku yang tersisa ini masih tak dapat
Menampung amalan yang ingin aku
Persembahakan pada Tuhanku...
Aku malu...malu...malu...
Untuk membawa bekalan yang
Terlalu sedikit ini...sedangkan usiaku
Sudah pun melewati senja
ALLAHU AKHBAR!
Mana tahu berkat sokonganmu Ramadhan
Urat sarafku dan tulang belulangku dan semua
Pacainderaku menjadi segagah pahlawan
Fisabilillah yang hidup mati-Nya hanya
Ke jalan-jalan Allah SWT
Allahu Akhbar bertuahnya aku jika
Tuah itu menyebelahiku Aamin
Andai-Nya ini adalah ramadhan terakhirku
Dapatlah aku membawa bekalan yang telah
Dilipat ganjaran pahalanya berganda-ganda
Banyak-NYa semua-Nya dalam pengetahuan
Allah dan semua pintu-pintu ke Syurga
Di buka seluas-Nya untuk para hamba-Nya
Yang beribadat ikhlas kerana-Nya..
Ramadhan Ya Ramadhan
Berkat kami berkasih sayang ukhuwah kasih
Dan saling memaafkan semua teman-teman kami
Kau sudilah senyum padaku
Agar hidupku sentiasa berada di dalam
Rahmat Kasih-Nya yang berpanjangan
Seumur hidupku seumur hidup kawan-kawanku
Ramadhan Ya Ramadhan
Yang kudambakan dalam hidup ini
Menjadi hamba Allah yang disayangi
Allah SWT dan di sayangi semua penghuni
Di bumi jua di langit Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Ketemukan aku agar aku
Dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di malam Lailatul Qadar
Kerana di malam itu lebih baik daripada
Seribu bulan Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Jika ini Ramadhan terakhirku
Bukakanlah hati-hati
Kawan-Kawanku yang telah aku sakiti
Hatinya secara sengaja atau tidak
Memaafkan aku kerna
Aku takut Allah SWT murka padaku
Kerana selagi aku tidak dimaafkan oleh
Teman-temanku pasti malanglah aku
Tika aku berhidup di muka bumi ini
Kerana sengaja bermusuh-musuhan dengan
Kawan-kawanku biarpun cuma di alam maya
Sedangkan tiada terniat di hatiku untuk
Membuatkan mereka membenciku kerana
Nawaitu asalkau semua yang hadir dalam
Hidupku bagaikan
Permata-permata dari Syurga
Kiriman Allah SWT padaku untuk aku
Syukuri
Ramadhan Ya Ramdhan...
Moga Allah SWT menerima
Segala amalan dan niat baikku
Kerana Alllah SWT menerima
Semua niat-niat yang baik-baik
Belum melakukan sudah diberi pahala
Dilakukan lagilah pahala
Begitulah Maha Penyayang-NYa Allah SWT
Pada semua hamba-Nya tiada terkecuali
Ramadhan Ya Ramadhan
Moga aku dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di bulan Ramadhan
Dengan ikhlas kerana-Nya
Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir
Yang akan kami persembahkan kepada
Allah SWT dan diterima dalam redha-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Putri Rimba Niagara
20 Julai 2012
Friday at 5:59pm · Like · 1
"Ini gambar terbaru dinda..." on Laksamana Mas's photo.
KUSENTIASA CERMINKAN PUISIKU TAK SEHEBATMU BERPUISI BERSAMA TEMAN-TEMANMU ITU
Norm Norman Mohd Yusoff:
Biarkan aja saudari Putri Rimba Niagara, bila letih akan diamlah dia........ kerjakan ibadah puasamu dengan sempurna kerna ia lebih afdal dari mempersoalkan kebencian ini diwaktu Ramadhan yang mulia ini!
BILAMANA GUGUSAN BINTANG BERGUGURAN KE BUMI
BERARTI KURINDUKAN KARYA KALIAN LALU KUABADIKAN
DI KALBU HATI!
Kita bukan soalkan kebencian tapi soal dendam membara yang tak habis-habis walaupun sudah tibanya bulan Ramadhan...mana tahu dengan mengundurnya puisiku dan puisiku tidak bersiaran lagi hilang segala dendam membara ini...dan aku memang sukakan ketenangan...semuanya dapat beribadat dengan aman dan tenang tanpa ada kebencian dengan dendam yang membara...salam kemaafkan untuk semua yang telah membenci karya-karyaku bersiaran...biarlah aku aman berkarya pada mereka yang sudi membaca karyaku...ketiadaan karyaku aman damailah kalian semua dengan puisi-puisi yang digemari dan memenuhi citarasa kehendak ahli grup di sini... jangan jadi sepertiku berkarya memuji-muji Allah SWT dan musahabah diri sendiri dan meminta maaf beribu kali pun dikatakan menyakitkan hati dan membuat onar...sememangnya aku tak boleh terima...maafkan aku ye...kudaoakan semua ahli-ahli di sini menghasilkan karya mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi dan menyambung ukhuwah puisi di antara satu sama lain. Harap fahami daku ...aku mahu berlalu pergi...biarlah aku menjadi si pungguk yang rindukan rang bulan hanya sekadar membaca puisi kalian semua dari balik bintang-bintang dan bilamana gugusan bintang berguguran ke bumi itu berarti tangisan air mataku merindui karya-karya kalian dan kuabadikan mewangi di kalbu hati. Moga Allah SWT terima karyaku dan karya semua rakan-rakan puisi sebagai bekalan akhirat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Putri Rimba Niagara
23 Julai 2012
2 Ramadhan 1433H
SEKALUNG BUDIMU MEWANGI DI KALBUKU
Walaikummussalam...duhai hulubalang hamba Datuk Jem yang sentiasa setia dengan karya-karya hamba...dan sentiasa sudi membaca karya-karya hamba walaupun dalam kesibukan masa yang sentiasa cemburu padamu..terharu hamba. Selama ini hamba ingatkan tuan hamba sepikan karya-karya hamba ..apatah lagi ingin membacanya ..rupanya tidak gitu....Syukur Alhamdulillah di Kurniakan sahabat yang semurni tuan hamba Datuk Jem. Biarpun di kala karya-karya hamba disepikan, dihina , di cemburui gara-gara membaitkan puisi-puisi memuji-muji Ilahi...tuanhamba masih sudi terima karya hamba...sejujurnya hamba benar-benar terharu...di saat ini hamba menangis...jika ada si kunta si kunte pasti dia juga turut menangis sambil menyapu airmata hamba dengan daunan kasih dan selepas itu mulalah mereka tergedik-gedik menari tarian rimba...dan hambapun berhenti menangis ketawa gembira dan mula ceria kembali untuk berkarya.
Ketiadaan hamba bukan lah merajuk...tapi ada masalah penghuni rimba yang hendak hamba uruskan dan selesaikan...tanggungjawab hamba amat berat di Rimba ini ....semuanya perlukan komitmen dari hamba...jika hamba gagal dalam tanggungjawab ini maka gagallah dunia sastera hamba. Makanya hamba mahu menjadi insan yang selari dengan kehendak tanggungjawab dan cita-cita hamba. Memanglah cita-cita hamba tinggi menggapai awan tapi berkat sokongan tuanhamba dan sahabat-sahabat hamba sebaik si kunta si kunte...
Insya-Allah berjaya Aamiin.
Terima kasih ye tuan hamba kerana sentiasa sudi memberi sokongan/dukungan pada hamba...di Rimba Niagara ini.
Selamat berpuasa .
Moga ibadahmu dan doamu dimakbulkan Allah SWT Aamin
'SEKALUNG BUDIMU MEWANGI DI KALBUKU'
'PERSAHABATAN SENTIASA SEHARUM KASTURI DI HATIKU'
'KENANG DAKU DALAM DOAMU'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Sahabatmu:
Putri Rimba Niagara
22 Julai 2012
2 Ramadhan 2012
2 Ramadhan 2012
JIKA PUISIKU MENYAKITKAN HATI BIARKAN KU UNDUR DIRI
Princess Flavia:
Itu puisinya Putri Rimba copy aja,,,jadi semua terus ikutan aja masuk copy nya,,,,kerna ga bikin sndrian,,,
Yesterday at 10:37am · Like
maaf,,,,mengapa buat onar di pautan sesama insan,,,,? apa kah itu juga di bilang mulia disisi,,agama,,,,puisi juga cuma copy ga asli,,,maaf ya,,bukan apa cuma ga suka sakit menyakit disini,,,itu saja
Putri Rimba Niagara:
Duhai Princess Flavia...jika hadir puisiku menyakiti di wall ini...tak apalah...kuundur diri...kerana ini bulan puasa tak baik aku meyakiti hati insan-insan yang mulia dan baik-baik di sini...siapalah aku di hatimu...muhasabah diriku pada Tuhan pun dikatakan menyakitkan ...tapi harus kau ingat aku cuma berpuisi menyebut Tuhan itupun menyakitkan hati? Pelikkan..lainlah aku bercinta dengan manusia...Yelah aku ini tak sebaikmu...tapi aku amat percaya...Cinta Tuhan adalah milik semua...Tuhan adalah Kekasih untuk semua ...semua hamba-Nya berhak jatuh cinta dengan-Nya dan Dengan sifat Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Dia akan membalas cinta para hamba-Nya tanpa mengira siapa...jadi apa yang menjadi masalahmu aku mahu jatuh cinta dengan Allah SWT ...kau katakan menyakitkan? Aku tak boleh terima sama sekali tapi jika aku jatuh cinta dengan manusia dan berpuisi memuji-muji kekasihku itu bolehlah kau cemburu dan gara-gara cemburumu itu aku berpisah dengannya dan kau suka ...aku boleh terima...dan aku mengerti aku taklah sehebat kau dan kawan-kawanmu yang hebat berpuisi puitis tak perlu copy kerna ga bikin sendiran....kuucapkan selamat berpuisi padamu dan kawan-kawan dan aku biarlah berpuisi bersama dengan penghuna rimba saja.
SALAM PUISI
SALAM KEMAAFAN KERANA AKU BERPUISI TELAH MENYAKITKAN HATIMU DAN TEMAN-TEMANMU YANG HEBAT BERPUISI PUITIS
SALAM PERPISAHAN PUISI
KUSENTIASA CERMINKAN PUISIKU TAK SEHEBATMU BERPUISI BERSAMA TEMAN-TEMANMU ITU
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
22 Julai 2012
2 Ramadhan 1433H
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
24 Julai 2012
4 Ramadhan 2012
0 comments:
Post a Comment