Belajarlah mengenang budi seseorang & jangan jadi kacang lupakan kulit serta kadok naik junjung...
By: Harimau Perang
Luka di mata nampak berdarah...luka di hati siapa yang tahu?
Pengkhianat adalah musuh sebenar yang paling durjana kerana musuh kita nampak akan menikam kita dari hadapan tetapi pengkhianat kita tak jangka bila & bagaimana dia akan khianati & tikam kita dari belakang...
Saya mewakili Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) & Pertubuhan Belia Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) mengucapkan " Selamat Hari Lahir kepada Abang Ngah Kozae Murtaza @ Kozae Murtaza MCNG ( Abang Ngah BAHTERA SAMUDERA Kawasan Damansara) yang menyambut hari lahirnya pada hari ini..semoga panjang umur & murah rezeki & teruskan perjuangan membela alif ba ta dalam dunia seni hiburan tanahair
anggota PGA ditembak malam tadi oleh penceroboh dan cedera parah di betis & peha dalam kejadian berbalas balas tembakan malam tadi
Selamat Hari Minggu..selamat bercuti hujung minggu buat semua..manfaatkan cuti hujung minggu ini dengan sesuatu yg berfaedah untuk diri sendiri & keluarga bukan sekadar membuang masa & hanya menguntungkan org lain..hakikatnya masa kita terbuang untuk sesuatu yg sebenarnya tiada manfaat untuk diri kita pon
TAWARAN MENJADI RAKAN FB MERANGKAP PEJUANG SASTRA NUSANTARA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA DISERAP SEBAGAI JAWATAN SAH SAMPAI MATI
YANG TAK BERMINAT HARAP TARIK DIRI SEBAGAI RAKAN FB MAAF DIPINTA
Makasih sekali lagi duhai pahlawan sastra nusantaraku...mulai detik ini dan saat ini kamu kusahkan berjawatan tetap sebagai salah seorang pahlawan sastra nusantaraku yang berani mati bagi mempertahankan sastra nusantaraku...dalam apa jua kemungkinan ke atasmu kamu sentiasa bersiap siaga untuk turun di medan juang sastra nusantaraku ..sekalipun dilambung ombak tsunami lalu dibenamkan kamu didasar laut tapi kamu akan tetap bangun untuk memartabatkan sastra nusantara karya Ratu Rimba Niagara...adakah kamu sanggup? katakan sejujurnya...dan untuk pengumuman rakan fb yang lain tawaran ini terbuka kepada kalian juga...jika tiada yang sudi makanya sejujurnya jika kalian tidak lagi menjadi rakan fb hamba maafkan hamba...kerana laman fb hamba ini adalah medan juang hamba memartabakan sastra nusantara yang hamba dambakan sebelum dijemput pulang mengadap Ilahi. Harap maklum kepada semua rakan fb yang sentiasa tersanjung di hati.
"DEMI PERJUANGAN KITA TERPAKSA MENJADI HATI KERING"
RATU RIMBA NIAGARA
7 Mac 2013
Wira negara di Sabah yang sedang bertugas sekarang
Fisabilillah perjuangan kami ...
Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) / Pertubuhan Belia Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) ( Bahtera Dilayar , Ikrar Disemad..Bahtera Samudera Bersatu Setia )
Demi Agama , kedaulatan Raja Raja Melayu serta tanahairku... aku rela "syahid" dalam perjuanganku alif ba ta ku...
PANJI-PANJI SASTRA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA BERKIBAR MEGAH DI 5 BENUA
panji-panji SASTRA NUSANTARA akan berkibar megah di 5 Benua
dikibarkan oleh pejuang-pejuang satra nusantara ratu rimba niagara
yang rela mati di medan juang
sekali bendera sastra dikibarkan di puncak gunung yang tertinggi di dunia
tak akan siapa yang berani menurunkannya
bendera SASTRA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
adalah lambang cinta pendamba sastra nusantara
yang mahu dunia tahu bahawa
KERAJAAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA TERCINTA
TERKENAL DENGAN JIWA PAHLAWAN LAKSAMANA HANG TUAH
dengan jiwa pahlawan inilah makanya negara-negara nusantara
merdeka dalam arti kata sebenar tidak boleh diperkotak katikkan
oleh mana-mana negara di dunia....
pahlawan-pahlawan nusantara berjiwa Laksamana Hang Tuah...
rela pertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara mereka
hingga ke tetesan darah terakhir
kedaulatan sesebuah negara adalah penting
jika tidak dipertahankan oleh setiap rakyat nusantara
jangan bermimpilah kemerdekaan yang dikecapi
akan selamanya merdeka
pihak musuh sentiasa bersiap siaga untuk
menurunkan bendera kemerdekaan negara merdeka lagi berdaulat
makanya semua pahlawan-pahlawan nusantara
diseru agar jangan leka dan terlalai
sentiasalah bersiap siaga
mempersiapkan ilmu ketenteraan
ilmu persilatan
ilmu peperangan
setiap yang bergelar perwira negara
mesti tertanam jiwa berani mati
demi mempertahankan kedaulatan negara!
jika semua wira negara sentiasa satu hati
bergabung tenaga saling sokong menyokong
demi sebuah perjuangan suci lagi murni demi-Nya
demi meraih sebuah syahid Kurniaan dari-Nya
akan merdekalah selamanya negara-negara nusantara
merdeka tanpa berani dirampas oleh pihak musuh durjana...
kepada semua mereka yang bergelar perwira negara
TENTERA
POLIS
LAKSAMANA
PENDEKAR
PANGLIMA
PAHLAWAN
Kalian semua adalah PAHLAWAN ALLAH yang mulia di Sisi Allah swt
Syahid balasan bagi perjuanganmu yang gugur di medan perang
Mempertahankan Kedaulatan Negara.
hakikatnya sastra nusantara dikaryakan untuk meniupkan obor api perjuangan
tentera-tentera fisabilillah yang rela gugur demi mempertahankan kedaulatan negara
dan jiwa ini hendak disemai kepada bakal-bakal pewaris nusantara tercinta agar
sentiasa mencintai negara mereka melebihi kepentingan sendiri...jika kita tidak menghargai
negara kita siapa lagi? negara yang merdeka adalah hadiah daripada pahlawan-pahlawan negara untuk kita jaga dan kekalkan keamanannya agar bendera kemerdekaan di seluruh nusantara berkibar MEGAH GAGAH GAH! Subhanallah bangganya aku jika matlamat sastra nusantara karya ratu rimba niagara dimakbulkan Tuhan. In Shaa Allah AAmeen.
"PANJI-PANJI SASTRA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA BERKIBAR MEGAH MEWANGI
DI 5 BENUA NEGARA ASEAN TERCINTA "
"KUCINTA SASTRA NUSANTARAKU DEMI-NYA"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BERUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 Rabiulakhir 1434H
7 Mac 2013M
WARKAH KEPADA HARIMAU PERANG
Salam sejahtera harimau perang
Semoga kamu sejahtera senantiasa
Memang semua orang tahu kamu bukan seorang pengecut
Makanya aku tabik hormat pada kamu
Kamu berpendirian tegas
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Pihak kerajaan atau pembangkang
Yang salah tetap salah
Aku tabik hormat dengan pendirianmu itu
Sejak aku mengenalimu sebagai rakan fbku
Banyak cetusan ide pada dunia perwira dalam karya-karyaku
Aku amat teruja mengarangkan puisi-puisi bertemakan patriotik
PDRM & ATM bergabung untuk kerjasama dalam membantras
Musuh durjana amat dikagumi rakyat jelata
Tapi dalam kerajaan sibuk untuk membuat persiapan PRU
bila-bila masa akan dibubarkan parlimen
negara kita digemparkan dengan pencerobohan musuh di Sabah...
kematian perwira negara dibunuh secara kejam amat memilukan
peristiwa berdarah itu mengundang berlakunya perang di Sabah...
pabila berlakunya perang untuk mempertahankan kedaulatan negara
PDRM & ATM bergabung untuk bermati-matian pertahankan kedaulatan negara
memang salut habis pada ATM & PDRM atas keberanian berani mati
demi mempertahankan kedaulatan negara.
Hingga sekarang ATM & PDRM masih meneruskan perjuangan di medan perang.
Sikap berani harimau perang menegur kerajaan dan pembangkang secara sinis
memang salutlah...tapi masalahnya rakyat jadi terkeliru...parti mana yang hendak
dipilih nanti...takut-takut nanti rakyat tak mahu pergi mengundi...rugilah negara kerana satu undi amat bernilai bagi negara kita yang mahukan pemerintah dipilih
rakyat atas dasar kepimpinannya yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Adalah dicadangkan dalam saat-saat yang genting begini..apa kata kita fokuskan
gimana mahu menghentikan peperangan ini sesegera mungkin dan jika mahu bincangkan tentang politik kita hanya fokuskan kepimpinan gimana yang dimahukan oleh rakyat...masa inilah rakyat boleh mengemukakan apa saja masalah kepada kerajaan bagi membantu mereka dalam menaikkan taraf hidup rakyat dan negara yang gimana impian rakyat Malaysia dan apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimahukan rakyat.
Andaikata peperangan sudah tamat...dan rakyat sudah bersedia untuk menghadapi PRU fikiran rakyat sudah tidak terkeliru mana satu hendak dipilih...andai kata pihak pembangkang atau kerajaan menang...tengoklah adakah perubahan dari pihak pemerintah kerajaan...jika makin teruk rakyat memberontak..berlaku rusuhan...barulah dicadangkan Malaysia ini diambil alih oleh pemerintah tentera dan polis... terpulang ATM & PDRM mahu melantik siapa yang memerintah....tapi pemimpin yang memerintah berjiwa patriotik.Mereka yang berjiwa patriotik bila menjadi pemimpin mereka lebih utamakan keselamatan negara dan rakyat...
Ini sekadar pandangan daripada saya untuk Panglima Perang sahaja....
'RAKYAT CUMA MAHU MALAYSIA TERJAMIN KESELAMATAN DARIPADA ANCAMAN MUSUH DAN MAHU NEGARA INI MERDEKA SELAMANYA DENGAN DIPIMPINI PEMIMPIN BERJIWA PATRIOTIK'
Sekian...sekadar bincang-bincang politk secara santai agar berkata mengikut fakta yang bernas...itu barulah bukanlah seorang pengecut tapi berani kerana benar.
Setiap yang baik datang dari-Nya
Yang khilaf itu daripada saya sendiri
Makanya maafkan saya jika ada bahasa yang tak berkenan di hati Harimau Perang.
Rakan seperjuanganmu,
Ratu Rimba Niagara
7 Mac 2013
JALUR GEMILANGKU BERKIBARLAH DENGAN MEGAH! GAGAH! GAH!
Duhai jalur gemilangku berkibarlah
dengan megah! Gagah! Gah!
Kami bersumpah atas Nama Allah
Akan mempertahankanmu
Sekalipun nyawa kami jadi taruhan
Asalkan kamu tahu kami sayang sama kamu
Tiada sesiapapun yang berani menghalang mu
Dari terus berkibar dan berkibar di kibarkan
Dalam RAHMAT KASIH-NYA TUHAN
AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
SALAM KEMERDEKAAN NEGARAKU YANG TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
Semoga hidupmu membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Apapun rintangan kau teruskan perjuangan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Setiap Kali Sambutan Kelahiranmu kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
8 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA APA JUA IDEOLOGI POLITIK, BERTARAF RAJA, PEMIMPIN,
RAKYAT DAN DITUJUKAN KHAS KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA NEGARA YANG SENTIASA CINTAKAN NEGARA HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR)
(PETIKAN DRIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & HARIMAU PERANG)
13 Mac 2013
www
0 comments:
Post a Comment