Monday, 2 December 2013

ANDAI ESOK NADIKU MATI




ANDAI ESOK NADIKU MATI

ANDAINYA ESOK NADIKU MATI
CINTAKU PADA ANAK BANGSA NUSANTARAKU
TAK PERNAH TERHENTI

AKU PAHLAWAN MELAYU...
DENGAR SINI ORANG MELAYU
INI SUMPAHKU
SELAGI JANTUNGKU BERDETAK
HINGGA HUJUNG NYAWAKU
AKAN KUPERJUANGAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR
BAHAWA BUMI MELAYU
BANGSA MELAYU
AGAMA ISLAMKU
AKAN KUPERTAHANKAN
SEKALIPUN NYAWAKU JADI TARUHAN

AKU PAHLAWAN MELAYU
KERIS PUSAKA BANGSA NUSANTARA INI
TELAH LAMA BERLUMURAN DARAH
PAHLAWAN MOYANGKU LAKSAMANA HANG TUAH
TAK AKAN
SAMA SEKALI AKU PERSIAKAN
PERJUANGAN MEREKA
MEMERDEKAN BUMI NUSANTARA INI
MAKANYA AKU BERSUMPAH
DEMI KARNA TUHANKU
DEMI KARNA BANGSAKU
DEMI KARNA TANAH AIRKU
AKAN AKU PERJUANGKAN
HINGGA AKU DI PANGGIL PULANG MENGADAP ILAHI

AKU PAHLAWAN MELAYU
TAK TAKUT MATI PABILA BERADA DI MEDAN JUANG
AKU PANTANG MELAYU HINA MELAYU
AKU PANTANG MELAYU TAK HIRAU MELAYU
AKU PANTANG MELAYU TAK HORMAT MELAYU
AKU PANTANG MELAYU TAK MENOLONG MELAYU
AKU PANTANG MELAYU ZALIM SESAMA MELAYU
AKU PANTANG MELAYU TIPU MELAYU
AKU PANTANG MELAYU DIBIARKAN TERUS LAYU

LAYU...LAYU...LAYU...
LAYU DALAM PERJUANGAN
BERKATA TAK SELARI DENGAN HATI
SUKA BERJANJI TAPI TAK KOTAKAN JANJI
AKU PANTANG ...AKU PANTANG...AKU PANTANG.

DENGAR SINI BAIK-BAIK YANG ANTI MELAYU
DENGAR SINI YANG ANTI BAHASA MELAYU
DENGAR SINI YANG KURANG AJAR DENGAN MELAYU

JIKA KALIAN NGGAK MAHU AKU TERUSAN
TERUS MEMBERONTAK
TERUS MENYERU...NYERU
BANGKITLAH BANGSA MELAYUKU
BANGKITLAH RUMPUN MELAYU NUSANTARAKU

BANGSA MELAYU MENUJU KE ARAH
KEPUPUSAN IDENTITI DARIPADA SEGALA HAL
ATAS PERBUATAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI
TAK MAHU BERGANDING BAHU
MENYUNJUNGI BANGSA & WARISAN PUSAKA BANGSA NENEK MOYANG RUMPUN MELAYU NUSANTARA
MEREKA TAK AMBIL PEDULI JAUH SEKALI AMBIL TAHU
MEREKA MASIH LAGI LEKA DENGAN KEPENTINGAN SENDIRI
JIKA ITULAH ADA PADA KITA SEMUA...
BANGSA MELAYU AKAN MUSNAH DITELAN ZAMAN
DAN BILA MUSNAH
MELAYU AKAN DILUPAKAN
BILA DILUPAKAN
JANGAN HARAPLAH
BUMI NUSANTARA INI AKAN AMAN
AKAN SENTIASA BERGOLAK...BERGOLAK...
PEREBUTAN KUASA ADA DI MANA-MANA
HIDUP RAKYAT DALAM KUCAR KACIR
TIADA LAGI BUDAYA MENYANJUNGI
YANG ADA
AKU...AKU...
ENGKAU...ENGKAU...
AKU TAK KENAL ENGKAU
ENGKAU TAK KENAL AKU
JAHANAMLAH KAMU DI SITU
ASALKAN HIDUP AKU PUNYA SEGALA

ALLAHU AKBAR
ADAKAH MASYARAKAT BEGINI YANG KITA MAHUKAN?
UNTUK KITA TINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU?
PASTINYA SEMUA TIDAK MAHU

JIKA KITA TIDAK MAHU BERJAWAB
DENGAN ALLAH TAALA
AYUH BERSAMA KITA LAKUKAN
REVOLUSI BANGSA MELAYU
REVOLUSI MINDA KE ARAH KECEMERLANGAN DUNIA & AKHIRAT
BARULAH KITA RASA AMAN DAN BANGGA
PADA ANAK CUCU NUSANTARA NANTI
BAHAWA KITA ADALAH MOYANG
YANG BERTANGGUNGJAWAB
MENYAYANGI MEREKA SETULUS HATI
KARNA ALLAH TAALA

MOGA TERHENTINYA NAFAS TERKAHIR KITA
DALAM MELEPASKAN SEKUNTUM SENYUMAN
PENUH BAHAGIA KEPADA PEWARIS NUSANTARA....

ANDAI ESOK NAFASKU TERHENTI
INGATLAH DETIK TERAKHIR DIRI INI
ANDAI ESOK NADIKU MATI
CINTAKU PADA ANAK BANGSAKU TAK PERNAH TERHENTI

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Rabiulakhir 1434H
22 Febuari 2013
(DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN MELAYU SENUSANTARA & ANAK BANGSA SENUSANTARA TERCINTA)

(PETIKAN DARIPADA SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MEREALITIKAN SASTRA NUSANTARAKU)
22 Febuari 2013

< SAJAK BUAT TAK TAHU >

NEGERI TERGADAI
ISTANA TERGADAI
MARUAH TERGADAI
ANAK BANGSA TERSADAI.

DATO' DI MALAYSIA BUAT TAK TAHU.
BAPAK DI INDONESIA SIBOK JUAL TAHU.
ABANG DI BRUNEI JUGA SIBUK MAIN PERAHU.
ADEK DI TEMASEK TAK SIAPA YG NAK AMBIL TAHU.

SINGAPURA OH SINGAPURA!

- By Pendekar Temasek.

Ratu Rimba Niagara

KEJAYAAN FISABILILLAH ABANG & ADEK PENDEKAR TEMASEK

ADEK DI TEMASEK TAK SIAPA YANG NAK AMBIL TAHU
JANGAN BILANG GITU WAHAI ADEKKU
ABANG DI SINI SENTIASA AMBIL TAHU
DIAMNYA ABANG BUKAN MEMBISU DI KALBU
TAHUKAH DIKAU ADEKKU...
KALIAN SENTIASA ADA DI INGATANKU
DIAM BUKAN SEBARANG DIAM
DIAM BERISI SEPERTI UBI KAYU
KARNA ABANG BUKAN TUNGGUL KAYU
ABANG ADALAH PAHLAWAN MELAYU
ADEK PUN PAHLAWAN MELAYU
PAHLAWAN MELAYU TAKKAN BIARKAN ADEKNYA LAYU
DARAH PERJUANGAN KITA ADALAH SAMA
DARAH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
SAKIT ADEK SAKITLAH ABANG
KITA AKAN SEHATI SEJIWA
KITA AKAN SENADA SEIRAMA
TUNGGULAH DI SANA ADEKKU
TUNGGULAH KABAR BERITA GEMBIRA DARI ABANG
KITA AKAN BERSATU KEPAHLAWANAN
BIARPUN NYAWA ABANG JADI TARUHAN
LAMBANG CINTA ABANG PADA ADEK YANG TERANIAYA
KITA GEGARKAN
KITA LAUANGKAN
BANGSA MELAYU
JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA
TAK AKAN DIBIARIN
DIINJAK-INJAK SESUKA HATI
INILAH SUMPAH ABANG PADA ADEK TERCINTA
PADA SEMUA GENERASI NUSANTARA TERSAYANG
KITA BERPADU SEMANGAT JUANG
KITA BERSATU HATI
BAGI MEREALISASIKAN
SEBUAH IMPIAN MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
BAHAWA MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA
BARULAH KITA
BUKTIKAN KATA KERAMAT MOYANG KITA
ITULAH JIWA ADEK
ITULAH JIWA ABANG
DEMI CINTA ABANG PADA ADEK
NYAWA ABANG JADI TARUHAN
KARNA HATI KITA SENTIASA BERBUNGA CINTA SYURGA
MAHU MATI SYAHID KE JALAN-NYA
KITA ADALAH PENDEKAR ALLAH
KITA ADALAH PENDEKAR SENUSANTARA
JIWA KITA SENTIASA BERGELORA MEMBARA
MENYATU DI ALAM ROH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
DEMI AGAMA DAN ANAK CUCU SENUSANTARA
ABANG BERSUMPAH
DEMI CINTA KARNA-NYA
DEMI KASEH PADA SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
AKAN ABANG PERJUANGKAN UNTUK MENYELAMATKAN ADEK
DI BUMI TEMASEK
ADEK TUNGGULAH ABANG DI SANA
DOAKAN ABANG MOGA SEGALA STRATEGI ABANG
DIPERMUDAHKAN DAN DIMAKBULKAN ALLAH
TUNGGULAH DALAM SABAR
PENUH KETAWAKALAN
DEMI MEMBUKTIKAN CINTA KITA
ADALAH CINTA PAHLAWAN NUSANTARA
TAK TAKUT MATI DI MEDAN JUANG
ANDAINYA KITA MATI DALAM PERJUANGAN
PERCAYALAH AKAN BANGUN SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
MENEBUS KEMATIAN KITA NANTI
KEMATIAN KITA BERARTI
DI SISI-NYA
SAMPAI SYURGA KITA BERSAMA MERAIKAN
KEJAYAAN FISABILILLAH
IN SHAA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

Karya Ratu Rimba Niagara
7 Rabiulakhir 1434H
17 Febuari 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR TEMASEK
& SEMUA PENDEKAR SENUSANTARA & ANAK CUCU SENUSANTARA YANG DIKASIHI DEMI-NYA)

(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
28 Muharram 1435H
2 Disember 2013M
6Like ·  ·  · Unfollow Post

0 comments:

Post a Comment

 
;