UKHUWAH SYURGA MEWANGI DI HATI
YA ALLAH AKU MAHU MATI DALAM FISABILILLAH
MAKANYA BEBASKANLAH BEBANAN HUTANGKU
KERANA AKU KHUATIR HUTANGKU MEMBUATKAN
ROH KU BERADA DIPERSIMPANGAN TERGANTUNG
TIADA DITENTUKAN ARAH KE SYURGA
ALLAHU AKBAR ...
MAKANYA BEBASKAN AKU DARIPADA SEBARANG
BEBANAN HUTANG YANG MENYEKAT ROHKU NANTI
KE SYURGA FIRDAUSI
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SAHABAT SUDILAH SEDIAKAN AKU JAMBATAN KE SYURGA'
sahabat dunia akhriatku...
kau kukasihi dunia akhirat
biarpun aku tidak setaraf denganmu
bagaikan langit dengan bumi
kau berdarjat aku tidak
kau berharta aku tidak
kau pandai aku tidak
kau ada segala pesona dunia aku tidak
kau cantik aku tidak
kau ganteng aku lagilah tidak
semuanya tidak tidak tidak
kerana tidak kesempurnaanku
dibandingkan kamu
sejujurnya
aku malu teramat malu
untuk menjadi kawanmu
jauh sekali sahabatmu
siapalah aku untuk
menjadi sahabatmu
untuk berkomunikasi denganmu
walaupun di alammaya
aku jadi kelu
khuatir bahasa yang kututurkan
tidak setaraf denganmu
tapi kerana mahu bersastera
mahu memahami duniamu
duniamu itu
mahu kujadikan bahan sasteraku
maka kupecahkan tembuk kekeluan itu
tanpa memikirkan aku siapa engkau siapa
jika tidak berkenan di hatimu maafkan aku
sastera membuatkan aku
memberanikan diri berkomunikasi denganmu
andai komunikasiku
kau rasa tidak selari denganmu
tak apa aku faham
andai kau removekan aku
aku sedia memaafkanmu
kau maafkan aku juga
jadi jangan kau bilang
aku mahu berkawan
denganmu
kerana kau sempurna semuanya
aku bukan pentingkan apa yang kau miliki
yang aku penting keikhlasanmu
menerima aku apa adanya aku sebagai sahabatmu
sahabat yang aku dambakan
walaupun cuma di alammaya
dia mesti ingatkan aku tentang akhirat
akhirat lebih penting dari dunia sementara
dia tidak akan biarkan aku hanyut dihayutkan arus dunia
yang tidak pernah ehsan padaku
aku tidak mahu
bila di hari akhirat nanti
aku menggigit jari
aku menyesal
sesalan yang tidak bermakna lagi
kenapa aku kawan yang menjerumuskan aku
ke dalam api neraka
di akhirat
aku aku engkau engkau
yang penting aku hendak selamatkan diriku dari api neraka
aku meratapi nasib malang
malang berkawan denganmu
berkawan denganmu aku terima nasib secelaka ini
nasib yang tak boleh diubah-ubah lagi
berkawan denganmu
menjerumuskan aku ke api neraka
bukan mengajak aku ke Syurga
sahabat....
sekarang pilihan ada di tanganmu
andai kamu rasa aku layak menjadi sahabatmu
sudi dan sentiasa sudi membimbing aku ke arah akhirat
ku merayu sudilah terima aku menjadi sahabat dunia akhiratmu
sahabat ....
andai kau rasa aku tiada layak menjadi sahabatmu
kerana aku tidak sebaikmu sesempurna imanmu
tinggalkanlah aku
biarlah kita saling tak mengenal di dunia ini
daripada kita salah menyalah di akhirat nanti
kau menyesal menjadi sahabatku
aku menyesal menjadi sahabatmu
dua-dua menyesal
sekarang biarlah dua-dua tak menyesal
dua dua tidak salah menyalah sesama sendiri
sahabat...
andai kau sudi terimaku sebagai sahabat dunia akhiratmu
tahu apa tanggungjawabmu atas persahabatan ini
kukirimkan sejambak mawar merah
yang kupetik di 'TAMAN SUFI'
aku yakin kaulah sahabat dunia akhiratku
menyelamatkan aku di dunia
menyelamatkan aku dari huru hara hari Akhirat
kaulah sahabat sejatiku
yang sudi menyediakan aku
JAMBATAN KE SYURGA
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Dengan Harapan Setinggi Awan Di Langit Ke Tujuh,
Sahabat dunia akhiratmu andai kau sudi
kulamarmu menjadi sahabatku dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim.
Ratu Rimba Niagara
23 Muharram 1435H
27 November 2013M
"SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT SAHABAT DUNIA AKHIRATKU MR UNCLE JAY MOGA MENJADI JUTAWAN DUNIA AKHIRAT DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN."
Like · · Share · Unfollow Post · November 27 at 8:32am
TERIMA KASIH KIRIMAN MAWAR MERAH SYURGA
Terima kasih sahabat kerana sudi menghargaiku...
Kumenyayangimu demi-Nya
Dan kau menyayangiku demi-Nya
Saling sayang
Saling merindui
Saling berkasih sayang
Saling berbagi ilmu dunia akhriat
Semua-Nya demi-Nya
Indah bersahabat denganmu
Berkata-kata indah
Seperti ahli Syurganya kamu
Aku dibuai dihayun
Madah pujanggamu
Mensyahdukan imanku yang selama ini ketandusan
Kau kejutkan aku dari kelalaian pilihanku sendiri
Hidupku selama ini penuh dengan pesona dunia yang melalaikan
Kau tak jemu mengirimkan padaku
Jambangan-jambangan mawar merah Syurga
Yang kau petik dari Taman-Taman Syurga
Dan tanpa merasa rugi
Kau berikan padaku jambangan bunga mawar Syurga
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Wangi-Nya kiriman mawar merah Syurga kirimanmu itu
Membuatkan hidupku amat berarti
Aku mula menghargai hidupku yang salama ini terlalai
Yang selama ini utamakan kehendak dunia daripada kehendak akhirat
Bertuah aku punyai sahabat sepertimu
Sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat
Tentang negeri abadi yang tak akan kembali lagi ke dunia
Peluang untuk kali kedua tak akan diberi lagi
Untuk menebus segala kesalahan
Biarpun aku menangis air mata darah sekalipun
Aku tak akan dihiduokan kembali
Untuk aku beramal soleh
Walaupun hanya sekadar menyebut satu perkataan Allah
Yang bilamana dilafazkan dengan ikhlas
Boleh dikira pahala yang berlipat kali ganda
Itu belum lagi aku beramal soleh yang lain
Semuanya ada ganjaran pahala dari-Nya asalkan ikhlas
Terima kasih sahabat akhiratku
Aku terhutang kasehNya Syurga padamu
Syurga itu adalah tempat hambaNya
Yang baik -baik sepertimu
Maka kupohon pada Allah Yang Maha pemakbulkan doa
Memberikan kebahagiaan dunia akhirat untukmu
Dan memasukkanmu kedalam roh-roh mereka yang beramal soleh
Dan Allah dengan Rahmat Kaseh-Nya yang tanpa batas
Yang sukakan kepada kebaikan para hamba-Nya
Memasukkan aku juga kedalam roh-roh hamba-Nya yang
Beramal soleh...biarlah masa hidup ini kudoakan untuk diriku
Untuk dirimu agar bila sampai saatnya nanti kita dijemput Ilahi...
Inilah doa yang akan dibacakan oleh mereka yang menyayangi kita
Kerana-Nya untuk kita yang telah tiada di dunia ini....
Terima kasih sahabat akhiratku....
Kusayangimu demiNya
Harap sudi menyayangiku demiNya...
Insya-Allah di Syurga kaseh kita terpatri
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Ku tunggumu di Pintu Syurga
Insya-Allah Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin.
Sahabat Akhiratmu Yang Menyayangimu Demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
27 Muharram 1435H
1 Disember 2013M
1Like · · Share · Unfollow Post
- MrUncle Jay and Ichank Malliongi like this.
MR UNCLE JAY @ AL MALEEQ FAISAL)
28 Muharram 1435H
2 Disember 2013M
0 comments:
Post a Comment