BERSIFAT EHSAN SESAMA INSAN WALAUPUN HAIWAN YANG MELATA DI MUKA BUMI INI
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
MENJADI PEMIMPIN ADAT, PEMERINTAH DAN PENTADBIR DALAM ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, lazimnya pemegang jawatan iaitu Raja Pesaka Adat, Penghulu Pesaka Adat dan Penggawa Pesaka Adat adalah pemimpin adat diperingkat masing-masing. Mereka menjalankan kewajipan-kewajipan dalam perlaksanaa hukum-hukum adat menjadikan mereka sebagai pemerintah adat. Mereka juga mengetuai Lembaga Adat Karaeng dan menjadi tempat rujukan anak buah berkaitan hukum dan adat yang menjadikan mereka sebagai ketua pentadbiran dan pengurusan organisasi berkenaan. Diperjelaskan seperti berikut:-

(1) Ketua Adat adalah bergelar Y.T.M. Raja Pesaka Adat yang mengetuai Ketua-Ketua Suku. Mempunyai gelaran adat contohnya, seperti Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra atau Y.T.M. Tuan Sri Paduka Raja Indera Putra.
(2) Ketua Suku adalah bergelar Y.A.M. Penghulu Pesaka Adat yang mengetuai Ketua-Ketua Waris. Mempunyai gelaran adat contohnya, seperti Y.A.M. To’ Sri Paduka Maharaja Indera Pahlawan atau Y.A.M. To’ Sri Paduka Raja Indera Pahlawan.
(3) Ketua Waris adalah bergelar Y.M. Penggawa Pesaka Adat yang mengetuai kaum keluarga dan kaum kerabat yang dikenali sebagai ‘anak buah’. Mempunyai gelaran adat contohnya, seperti Y.M. To’ Paduka Maharaja Indera Perkasa atau Y.M. To’ Paduka Raja Indera Perkasa.
PENERANGAN : Menjadi seorang Ketua Adat atau Ketua Suku atau Ketua Waris adalah bemaksud sebagai seorang pemimpin, pemerintah, pentadbir dan pengurus adat istiadat, protokol dan kebudayaan. Perubahaan zaman akan sentiasa mengubah corak kepimpinan, pemerintahaan, pentadbiran dan pengurusan yang bersesuaian pada setiap zaman.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
19 RABIULAWAL 1436H
10 JANUARI 2015
0 comments:
Post a Comment