IMPIAN TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Buen día amigos de SAH!
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
TEATER BANGSAWA DIRAJA,' APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG,'
Karya Ratu Rimba Niagara.
APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati tapak sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari tapak sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku... Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan seluruh penghuni
laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit tapak sulaiman
memecah keheningan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
tapak sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini tapak sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba tapak sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
tapak sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku?
Sedangkan jarak dengannya,
dia di langit aku di bumi,
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat,
dua makhluk asing datang
menghampiri tapak sulaiman.
“Tapak sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi tapak sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang ...
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan tapak sulaiman!
Siapa sangka impian tapak sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji tapak sulaiman pada dirinya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
23.1.2011
”SYUKUR YA ALLAH KERANA IZINKAN AKU BERKARYA SASTERA TANPA-MU AKU TIDAK DAPAT BERSASTERA WALAUPUN SEBARIS AYAT. TERIMA KASIH DUHAI HAMBA ALLAH KARENA SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYA YANG DISIARKAN SEPANJANG TAHUN 2014.
MAAF ZAHIR & BATHIN ATAS SEGALA KEKHILAFAN TUTUR BICARA DALAM BERKARYA. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2015 MOGA SEMUANYA TERUS BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA.
'Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
16 Rabiulawal 1436H
7 Januari 2015
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
17 Rabiulawal 1436H
8 Januari 2015
CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN ANUGERAH ILAHI
Buen día amigos de SAH!
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Buen día amigos de SAH!
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
0 comments:
Post a Comment