DOA RAKYAT 1MALAYSIA UNTUK PM NAJIB RAZAK TERCINTA MOGA SEGERA SEMBUH AAMIIN
Air banjir semakin surut namun kerja-kerja pemulihan dan pembersihan masih diperlukan dan giat dilaksanakan. Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam usaha menyelamat serta membaik pulih kawasan-kawasan yang dilanda musibah banjir. Erti kata “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dapat dilihat dari kesepakatan dan kerjasama pelbagai golongan rakyat Malaysia, dari anggota-anggota keselamatan negara, badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan hinggalah kepada orang awam. Jasa dan pengorbanan anda semua tidak akan dilupakan.
BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING
Di kala negeri pantai timur dilanda banjir besar
semua rakyat dan pemimpin Malaysia...
berpadu bersatu hati bergotong royong
membantu selagi mampu selagi daya
agar saudara seislam mereka
yang berada di negeri pantai timur
tiada rasa disisihkan
atas dugaan dari Allah swt
kenapa Allah duga negeri pantai timur
sedangkan rakyatnya rata-rata
tidak menyokong kerajaan
cuba Allah swt duga
di Johor
barangkali mereka yang
menyokong pembangkang
mengatakan negeri di bawah jajahan kerajaan BN
memang patut ditimpa bala bencana kerana kerajaannya zalim
barangkali mereka tidak akan turun membantu tapi membatu
namun begitu terbukti
kerajaan BN tiada niat membalas dendam
walaupun rakyat negeri pantai timur tidak menyokong
kerajaan BN dan seluruh rakyat 1Malaysia tetap membantu
rakyat pantai timur selagi mampu selagi daya
terutama Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Najib Razak...
buat baik macam mana pun rakyat tak pernah hargai
malah buat baik pun dihina oleh mereka yang berhati
pengkhianat negara...
Perdana Menteri turun ke padang
melawat mangsa banjir
turut simpati pada semua mangsa banjir pantai timur
pemimpin berair mata bersama rakyat...
sehingga dihinggapi penyakit akibat bawaan banjir...
doktor nasihatkan beristirahat tapi masih lagi memikirkan
derita rakyat pantai timur mangsa banjir...
beliau tetap memantau walaupun tak dapat bersama
dengan rakyat mangsa banjir pantai timur yang dikasihinya
peruntukan yang besar telah diperuntukkan
untuk memulihkan negeri pantai timur dan rakyatnya
yang ditimpa malapetaka banjir
sudah terang lagi bersuluh
kerajaan mana yang ikhlas membantu rakyat
kerajaan mana yang sengaja membuat negara jadi huru hara...
fikirlah sendiri...
kita boleh mengutuk kerajaan
kita boleh mengutuk pemimpin
kerana mulut kita tiada insuren
main sedap cakap jer
kata pemimpin BN macam tu lah macam ni lah
macamlah kita hebat sangat
kalau macam tu kenapa tak masuk bertanding...
lantik diri sendiri menjadi PM baru puas hati sendiri kan3
memang patutlah kerajaan kekalkan akta hasutan
jika kerajaan tak kekalkan akta hasutan
Malaysia ini pasti akan huru hara jadinya
huru hara kepada pengkhianat bangsa sendiri...
kalau tak setuju dengan kerajaan...
nyatakan sebab mengapa tak setuju
lepas tu berikan pendapat bagaimana harus kerajaan lakukan
dan kemukakan pendapat itu kepada kerajaan
itu barulah anak jantan
ini tidak di fb bukan nak tambah pahala tambah dosa lagi
membuat fitnah kepada kerajaan
agar negara ini huru hara jadinya
yang peliknya tukang menyokong ramai pulak tu...
ini ke yang dikatakan rakyat Malaysia berjiwa patriotik...
jangan kerana mulut kita yang tak ada insuren
membuatkan Allah swt timpakan banjir lagi besar nauzubillah
maka dari itu marilah kita sama berubah
menjadi rakyat yang sentiasa setia kepada negara
apa yang terjadi pada negara
adalah tanggungjawab kita bersama
untuk terlibat sama membantu
berat sama di pikul ringan sama di jinjing
itulah hikmah di sebalik kenapa Allah swt
timpakan musibah banjir di negara kita.
Karya Ratu Rimba Niagara
(YB SUKARELAWAN ALAMMAYA CINTA 5 BENUA)
15 Rabiulawal 1436H
6 Januari 2015
PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
15 Rabiulawal 1436H
6 Januari 2015
0 comments:
Post a Comment