Sunday 28 June 2015

MARHABAN YA RAMADAN (121) ALLAHU AKBAR INDAHNYA BAHASA YANG MENGAJAR AKU ERTI KETUHANAN


MARHABAN YA RAMADAN (121) ALLAHU AKBAR INDAHNYA BAHASA YANG MENGAJAR AKU ERTI KETUHANAN

News Feed

RECENT ACTIVITY
Moga kita tidak menjadi seperti mayat hidup yang berjalan tapi menjadi jasad sehati dengan roh agar menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertakwa bila mati nanti ditempatkan ke dalam roh-roh hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Insya-Allah Aamiin.
Waktu terus berjalan, usia kita terus bertambah. Pertanyaannya adalah, sudahkah kita mengisi waktu itu sebaik-baiknya. Hari demi hari yang berlalu dan yang akan kita jalani ini, apakah sudah kita manfaatkan sebaik-baiknya seperti yang diwasiatkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam?
Sungguh merugi, orang yang tidak mengisi harinya untuk menjadi hamba Allah yang sejati. Manusia seperti ini laksana mayat hidup yang berjalan, mati sebelum waktunya. Hidupnya tidak bermakna sama sekali!
SALAM RAMADAN SALAM KEMAAFAN
Salam Ramadan Salam Kemaafan
mohon maaf andainya selama saya bersiaran karya
ada hati yang terluka
saya insan yang tak sempurna
maka saya menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan
andai saya dijemput Ilahi
barulah tenang pemergian saya meninggalkan dunia
di dunia tempat kita mengumpul amalan soleh
di akhirat kita tuai hasilnya
moga amalan kita sepanjang hidup di dunia
ada nilaian di sisi-Nya,
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Sahabat dunia akhiratmu,
yang suka berpujangga,
kusuka bahasa yang mengundang iman
ingin kujauhi bahasa membuat hati terluka
bahasa yang menenangkan roh
itulah bahasa yang membuatkan aku terus berkarya indah
serasa aku sedang berkomunikasi dengan ahli Syurga
Allahu Akbar indahnya bahasa yang mengajar aku erti KETUHANAN
..........................................................................
aku cumalah hamba Allah sepertimu jua
mahu menjadi khalifah-Nya yang diredhai tika hidup dan mati Aamiin
12 Ramadan 1436H
29 Jun 2015
@Aisyaah_Aziz nak bermaafan dan ‪#‎KosongKosong‬ dengan siapa ye? Anda ada cerita nak disampaikan? hantarkanlah di www.kosongkosong.com.my

PETIKAN WALL DATUK FAIZ , IMAM MUDA & RATU RIMBA NIAGARA
12 RAMADAN 1436H
29 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;