MARHABAN YA RAMADAN (148) 'MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN AGAR ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
Jika awak dilanda masalah, sentiasa percaya ada orang menghadapi masalah lebih besar dan mereka masih stabil. Usah henyak diri awak sendiri dengan mengatakan akulah satu-satunya manusia paling malang di dunia, hanya akulah yang menerima ujian begini, sedangkan orang lain kesemuanya okey.
Tidak, pemikiran awak salah. Sebenarnya, ketika awak menyangka masalah itu terlalu besar, ia tidak sebesar mana pada mereka yang pernah menghadapinya.
Buktinya, apakah semua orang yang putus cinta, berakhir dengan bunuh diri? Apakah orang yang ditimpa musibah kemiskinan dan petaka hidup kesemuanya menjadi murtad? Berapa ramai manusia di dunia ini masih teguh sebagai manusia unggul meskipun berkali-kali putus di tengah jalan?
Itu menunjukkan masalah yang awak hadapi bukanlah apa-apa pada orang yang pernah menghadapi yang lebih besar. Dalam kata lain, masalah bukanlah apa-apa pada orang yang ada motivasi diri Islami.
PETIKAN PAGE DR TUAH & RATU RUMBA NIAGARA
15 RAMADAN 1436H
2 JULAI 2015
0 comments:
Post a Comment