Wednesday 1 July 2015

MARHABAN YA RAMADAN (150) RYTME TULISANNYA MERENDAH TETAPI MENGETUK HATI


MARHABAN YA RAMADAN (150) RYTME TULISANNYA MERENDAH TETAPI MENGETUK HATI



Timeline Photos


Jika awak dilanda masalah, sentiasa percaya ada orang menghadapi masalah lebih besar dan mereka masih stabil. Usah henyak diri awak sendiri dengan mengatakan akulah satu-satunya manusia paling malang di dunia, hanya akulah yang menerima ujian begini, sedangkan orang lain kesemuanya okey.

Tidak, pemikiran awak salah. Sebenarnya, ketika awak menyangka masalah itu terlalu besar, ia tidak sebesar mana pada mereka yang pernah menghadapinya.

Buktinya, apakah semua orang yang putus cinta, berakhir dengan bunuh diri? Apakah orang yang ditimpa musibah kemiskinan dan petaka hidup kesemuanya menjadi murtad? Berapa ramai manusia di dunia ini masih teguh sebagai manusia unggul meskipun berkali-kali putus di tengah jalan?

Itu menunjukkan masalah yang awak hadapi bukanlah apa-apa pada orang yang pernah menghadapi yang lebih besar. Dalam kata lain, masalah bukanlah apa-apa pada orang yang ada motivasi diri Islami.
Unlike · Comment · Share · June 30
  • You and 354 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Write a comment...
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT

    Jangan jadi penyair

    jika tak tahu bermetafora dan berrhima
    kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
    justeru aku ternama sampai sekarang.

    Renyukkankan ajelah

    hasil penulisanmu itu
    biarkan kubalingkan ke sungai
    agar dakwatnya hilang
    diresapi derasan sungai.

    Kamu tak boleh jadi penyair

    tulisanmu kaku
    tak bermetafora
    tak berrhima
    kerana karya penyair
    mesti seperti aku
    penyair ternama
    sudah mencipta nama.

    Kamu tak layak

    menjadi penyair
    kamu penulis
    jalanan
    di bahu jalan
    di tepi longkang!

    Maka sedarlah dirimu siapa?

    Aku sedar diriku siapa...


    Tulisanku tak setandingmu

    tulisanku kaku
    tapi takkan kurenyukkan
    takkan kubalingkan ke sungai
    kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
    biarpun tak bermetafora dan berrhima
    asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
    aku yakin pembaca di alam maya
    sudi membaca karyaku
    yang datang dari
    sanubariku
    dengan kasih dan sayang!

    Mana tahu setelah membaca

    meresap ke jantung hati !
    Itulah balasan cinta yang kuperolehi
    dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
    berjambak-jambak memenuhi dewan hati
    mewangikan hati-hati yang inginkan
    hidayah kasih dariNya
    itulah hadiahku untuk mereka
    dan hadiah yang kuterima dari mereka
    berkat hati yang berkasih sayang
    dalam redhaNya.


    Karya: Ratu Rimba Niagara

    20 Jun 2011


    MOGA KARYAKU KARYAMU ADA NILAIAN DI SISINYA



    Sahabatku dunia akhirat yang kusayangi ...

    ku nggak bisa tulis walaupun sebaris ayat kecuali dengan izinNya...
    justeru kubersyukur dengan KurniaanNya ini ...
    dan tanggungjawabku untuk berkongsi apa yang diKurniakan semampu boleh selagi hayat ada dikandung badan...


    Ya Allah Kau Maha Pemurah Kau Maha Pemberi Kau Kurniakan Ilham yang ada n
    ilaian di sisi-Mu kepada sahabatku Mahabbah El-ahMead agar dapat menjadi saham akhirat yang tidak putus-putus ...yang mana sebezar zarahpun akan dinilaiMu seadilNya.

    Sinarkan Nur Hidayah KasihMU padaku dan semua sahabat seperjuanganku 
    dan yang membaca karya-karyaku karya-karya sahabat-sahabatku yang kukasihi seumur hidupku.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin.


    Karya: Ratu Rimba Niagara

    21 Ramadhan 1432H
    21 Ogos 2011



    YA ALLAH BERILAH KU KEKUATAN BILAMANA AKU TAK MAMPU LAGI UNTUK BERSASTERA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


    30 Mei 2015
    Like · Reply · May 30, 2015 11:44am

    Rabeah Binti Mohd Ali ·
    Penulis at Perkhidmatan Minda Kreatif

    MOGA KITA TERPILIH DIKURNIAKAN ALLAH SWT ILMU BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS AAMIIN
    Like · Reply · 1 · 6 hours ago
  • Rabeah Binti Mohd Ali ALLAHU AKBAR
    MEMANDANG NAMA-MU SAJA
    BUAT HATI TERUS JATUH CINTA

    CINTA SEJAK AZALI HINGGA KE SYURGAWI
    MEMANDANG WAJAH-MU BERSAMA KEKASIH-MU
    NABI MUHAMMAD SAW DAN UMMATNYA YANG DICINTAI LAGI DIKASIHI AAMMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    I Love Allah.
  • Rabeah Binti Mohd Ali INDAHNYA KATA -KATA DI BULAN RAMADAN INDAHNYA IMAN

    KH. Abdullah Gymnastiar


    Hidup di dunia adalah perjuangan agar selamat di akherat kelak.. dunia hanya mampir sebentar.. akheratlah kehidupan sebenarnya..

    السلام عليكم...ان شاء الله ،

    ✔ 1 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH.
    ✔ 1 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH.
    ✔ 1 hari lagi DOA di IJABAH.
    ✔ 1 hari lagi PAHALA di lipat gandakan.
    Tapi, Itu semua tak akan terjadi tanpa maaf tulus dlm keikhlasan dari hati.
    Izinkan kedua telapak tangan bertangkup memohon maaf utk;
    ✔ Lisan yg terlanjur.
    ✔ Janji yg terabaikan.
    ✔ Hati yg berprasangka. dan
    ✔ Semua sikap yg menyakitkan...
    Tegur saya jika mulai sombong.
    Tegur saya jika mulai angkuh.
    Tegur saya jika salah.
    Krn saya masih memerlukan saudara sperti Anda hari ini, esok dan selamanya.
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
    كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

    Marhaban ya Ramadhan...

    Ratu Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's phototo the group: SASTERA IMAGINASI ANIMASI NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA.

    MARHABAN YA RAMADHAN
    BERMAAFAN MENYATUKAN IMAN

    Marhaban Ya Ramadhan
    Bermaafan menyatukan iman
    Datanglah cahaya iman
    Cahaya iman Nur-Nya Tuhan
    Maafkanku duhai teman
    Aku insan tak sempurnaan
    Makanya maafkan segala kekhilafan
    Agar matiku dalam ketenangan
    Itulah lambang kesempurnaan iman
    Marhaban Ya Ramadhan
    Selamat menunaikan ibadah puasa
    Moga amalan ibadat ditingkatkan
    Segala pintu Syurga dibuka seluas-luas-Nya
    Segala pintu neraka ditutup serapat-rapat-Nya
    Semua perbuatan yang baik digandakan pahalanya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Indahnya iman
    Indahnya Syurga
    Indahnya beramal soleh
    Semuanya atas dasar ikhlas karena-Nya
    Moga kita dipilih menjadi hamba-Nya yang ikhlas
    Dalam setiap amalan yang dilakukan
    AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
    RATU RIMBA NIAGARA
    3 Ramadan 1436H
    20 Jun 2015

    YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU

    YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU
    LAAILLAAHAILLAALLAHMUHAMMADARRASULLAH
    by Rabeah Mohd Ali on Thursday, August 25, 2011 at 10:02pm

    Kebaikanku bukan untuk mendapat pandangan manusia
    tapi redha Allah yang kuharapkan.
    Ketidaksempurnaanku dalam apa jua perbuatan dan
    tutur kata kumohon pada semua manusia agar maafkan
    aku dan mohon Allah ampunkan aku segala kesalahanku
    sepanjang aku hidup di dunia ini.
    Moga manusia maafkan aku dan Allah ampunkan aku
    kerana aku mahu mati tanpa ada permusuhan dengan manusia
    dan dimurkai Allah selama aku berhidup di muka bumi ini.
    Ya Allah jika kuberhidup di muka bumiMu ini hanya untuk
    menyakitkan hati manusia dan berniat jahat pada mereka ...
    kau ambillah nyawaku ...
    Ya Allah telah kuserahkan segala jiwa ragaku padaMu...
    hidup matiku hanyalah untukMu.
    Kupasrah segala takdir yang telah Kau tentukan padaku.
    Ya Allah ....hanya Kau Yang Maha Tahu siapa aku...
    cuma yang ku mohon padaMu sebelum Kau menjemputku...
    matikan aku dalam kebaikan dan dapat mengucap kalimah SyurgaMu
    LaaillahaillaAllahMumaddarRasullullah.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    25 Ramadhan 1432H
    25 Ogos 2011
  • Rabeah Binti Mohd Ali TENTANG MATI

    Kenapa takut mati?

    Takut mati mati
    Hindari mati mati
    Sihat mati
    Sakit pun mati
    Tua muda mati
    Kaya miskin mati
    Semuanya akan mati
    Mati milik semua
    Bersedia atau tidak mati
    Mati tak kira siapa
    Tak kira di mana
    Di mana-mana boleh mati
    Bersedia atau tidak mati
    Yang penting mati dalam husnul khotimah
    Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Jun 2012

    TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT

    Kaya macam mana manusia itu
    Dia tetap miskin

    Apa maksudmu?
    Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya

    Kau lahir ke dunia ini kosong...

    Lagi aku tak faham?
    Apa maksud kosong
    Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
    Apa pulak kosong...

    Kau silap...
    Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
    Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
    Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
    Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
    Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
    Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
    Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
    Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
    Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
    Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...

    Apa maksudmu?
    Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
    Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
    Sebab aku ni pencinta harta
    Bagiku harta adalah segala-galanya
    Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
    Inikan hendak bersedekah
    Kirim salamlah
    Kalau nak kaya usaha sendirilah
    Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
    Ramai suka berkawan dengan aku
    Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
    Dan hormat gila-gila dengan aku...
    Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
    Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
    Pelik kan manusia ini..
    Cuba aku papa kedana...
    Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
    Manusia ini sukakan harta
    Sebab itu aku sukakan harta
    Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
    Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
    Dan sanjungi aku ...
    Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
    Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
    Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...

    Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
    Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
    Ha...sebab itulah aku katakan tadi
    Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
    Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
    Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
    Nak di kebumikan juga...
    Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
    Yelah nak ikut wasiat tuannya...
    Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...

    Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
    Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
    Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
    Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
    Dibeli boleh pocong-pocong
    Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
    Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
    Berminat ke nak beli...buntu aku ni...

    Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...

    Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
    Menyesal sebelum aku bergelar pocong

    Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
    Harta kau yang banyak-banyak ni
    Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
    Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
    Biarpun kau sudah berada di alam barzah
    Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
    Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
    Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
    Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
    Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
    Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
    Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
    Kau lafazkan melainkan
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
    Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
    Ke jalan-jalan Syurga-Nya

    Masya-Allah aku tak terfikir
    Sebagaimana yang kau fikir
    Terima kasih suara akhirat
    Kaulah sahabat dunia akhiratku
    Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
    DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
    Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Jun 2012
    Yesterday at 1:14pm ·
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    17 Jun 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT

    Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesunggu
    hnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!

    (PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
    16 Jun 2012
    Unlike · · about a minute ago ·
    You and Khai Noor like this.

    ULAT ROH

    Semua orang pasti mati
    tak tahu bila masanya
    akan mati
    mahu tak mahu pasti tempuhi juga
    muda atau tua
    pasti mati
    aku tak terkecuali
    pasti mati
    adakah aku takut?
    Ya ...aku takut
    kalau matinya aku
    tanpa bekalan
    kalau aku yakin ada bekalan
    tapi aku tetap takut
    takut bekalan yang kubawa
    tidak diterimaNya
    lalu aku dicampakkan ke Neraka
    itulah yang kutakuti
    bukan aku takut mati
    aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

    Apabila mati...
    Jasadku tentu membusuk
    dimakan jutaan ulat
    jika itu hukum alam
    aku redha
    tapi jika amalanku
    dimakan ulat-ulat rohku
    macam mana?
    Allahu Akbar
    merana rohku
    merana yang tak tertebus!
    Nak menangis pun tak berguna
    jasad dah hancur dimakan ulat
    tangisan roh percuma saja.

    Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
    tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
    tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
    izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
    agar ianya menjadi
    bekalan yang Kau terima
    dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    16 Jun 2012
  • Azee Ma Masalah tu kan kawan kita..bagai org dgn bayang..takleh pisah..hmmm
  • Sikin Hasikin Kata2 dr.tuah memang bernas..
  • Juhariah Sarpan Masaalah adalah TANTANGAN.
  • Langit Ilahi Betul tu saya suka...kata2...semangat dr.tuah membuatln saya menginsafi diri kita...audit diri...setiap masa...
    Like · Reply · 1 · June 30 at 8:32pm
  • Mata Hati Tiada masalah tiada penyakit yang tidak ada ubatnya.segala yg datang ujian dr allah berbaliklah kita kepada allah hilang segala
    Like · Reply · 1 · June 30 at 7:24pm
  • Jurina Md Akil Didunia ini hanya pinjaman n ujian semata mata..
    Like · Reply · 1 · June 30 at 12:17pm
  • Rabeah Binti Mohd Ali PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI

    Tidurku lena yang panjang;

    Terkeduku bila terjaga dari lena;
    Aku menyesal memanjang,
    Alam barzah menantiku dari lena.

    Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
    Air mata penyesalan sudah tiada erti;
    Lenaku di dunia membawaku ke sini,
    Alam barzah yang sedia menanti.

    Datang ke sini tanpa bekalan,
    Aku menyesal terlepas peluang;
    Peluang yang diberiNya kubiarkan,
    Matilah aku dalam bekalan yang kosong.

    Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
    Mahuku berbuat segala amalan;
    Berbuat baik pada Allah jua manusia,
    Agar dapat kutebus segala penyesalan.

    Tapi apakan daya nasibku malang,
    Aku yang menempah nasibku begini;
    Bukan Allah tidak memberiku peluang,
    Ketika hidup aku orang yang rugi.

    Menyesal aku sendiri,
    Merana aku sendiri;
    Kini aku menyendiri,
    Alam barzah meranaku sendiri.

    Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
    Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
    peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
    Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
    Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
    Amin Ya Rabbal ALamin.

    Karya Putri Rimba Niagara
    16 Jun 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali SEDEKAH ITU MEMBAWA RAHMAT DUNIA AKHIRAT

    MAYAT JIKA DIHIDUPKAN KEMBALI KE DUNIA MEREKA AKAN BERSEDEKAH SETIAP HARI KERANA GANJARAN MEREKA YANG BERSEDEKAH AMAT BESAR SEKALI SEHINGGA DAPAT MENEBUS SYURGA DAN DISELAMATKAN DARIPADA SEKSA KUBUR ...ALLAHU A
    KBAR!

    Sedekah - Tidak akan mengurangi Harta
    Sedekah - Tidak akan membuat Miskin
    Sedekah - adalah Pencegah Musibat
    Sedekah - adalah penghapus dosa
    Sedekah - adalah Keberuntungan
    Sedekah - itu mendatangkan berkah
    Sedekah - itu mendatangkan ketenangan
    Sedekah - itu membawa Rahmat

    'BERSYUKURLAH APA YANG KITA ADA'

    Alhamdulillah...
    Sekiranya, anda belum lg mengucapkan untuk nafas hari ini... sekiranya, anda rasa xcukup itu dan ini... sekiranya, anda kecewa dan patah hati... sekiranya, anda rasa penat dan lelah diuji... sekiranya, anda rasa xdihargai... sekiranya, anda rasa disakiti dan dilukai... sekiranya, anda rasa dizalimi dan dibuli... sekiranya, anda malang dan rasa nak mati...
    Lihatlah sikecil ini... menangis syukur dengan rezeki sekeping roti disuap kaki kurniaan ya Ar-Rahim...
  • Rabeah Binti Mohd Ali SOLAT ITU MEMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT KITA

    Assalaamu'alaiykum warahmatullaahi wabarakaatuh....

    ~ Barang siapa mempermudah kesulitan orang lain, maka Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan di akhirat...
    (HR. MUSLIM)

    'MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN AGAR ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT KITA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

    MEREKA YANG KAYA BANTULAH YANG MISKIN

    si miskin terhimpit dihimpit
    dihina dikutuk
    dipijak-pijak
    sesuka hati
    dipandang sampah oleh si kaya
    sedangkan harta si kaya
    ada bahagian untuk si miskin

    duhai si kaya
    bantulah si miskin
    bukan disuruh bantu sampai si miskin jadi kaya
    kamu bantu si miskin kamu tak akan miskin malah bertambah kaya
    itu janji Allah
    kerana harta yang disedekahkan akan dilipat gandakan rezeki

    duhai si kaya
    bukan disuruh kamu bantu si miskin sehingga kamu jadi miskin
    tapi cukuplah sekadar
    tanya sihat ke tidak
    cukup makan ke tidak
    cukup perbelanjaan pelajaran anak ke tidak

    ini sudahlah tak ambil tahu
    tolong jauh sekali
    kutuk ada lagi
    memanglah dasar bakhil bin kedekut

    duhai si miskin
    bersabarlah dengan dugaan-Nya
    janganlah kemiskinan kamu
    membuatkan kamu menjadi kufur
    pasti ada jalan keluarnya
    berazamlah untuk berubah
    bagaimana memajukan diri
    jangan pernah berharap kepada hartanya orang
    haraplah usaha sendiri

    tahukah kamu
    aku sudah berusaha semampu daya
    bagaimana aku hendak berubah sedangkan aku miskin
    bila memohon pekerjaan
    tiada majikan yang hendak ambil aku bekerja
    dengan tiada apa-apa kelulusan
    hendak kukerahkan tenaga empat kerat
    kesihatanku tidak mengizinkan

    aku pernah pergi ke masjid
    meminta bantuan kerana untuk membeli susu anakku
    tapi hampa
    AJK masjid sudah se sin pun tak mahu membantu
    malah menghina aku dan menghalau aku macam anjing kurap
    aku pulang dalam hampa

    sedang aku berjalan
    datang seorang memberitahu
    jika hendak mendapat bantuan
    pergilah ke gereja
    pasti dibantu kerana pihak gereja membantu
    mereka yang susah tidak mengira agama yang dianuti

    aku termenung sejenak
    samada aku hendak pergi mohon bantuan
    atau anakku kelaparan susu
    aku nyaris mahu pergi bila mengenangkan anakku

    oh! tidak
    aku tak mahu termakan budi dengan kristian
    biarlah anak aku mati kelaparan susu
    tiba-tiba aku mendapat idea
    pergi ke klinik swasta
    menanyakan ada tak lebihan susu baby contoh
    yang dihantar syarikat untuk mempromosikan susu
    aku diberi paket-peket susu baby contoh dengan banyak sekali

    Syukur Alhamdulillah Allah sentiasa
    melindungi aku daripada aku menjadi kufur

    duhai si kaya
    aku redha aku miskin
    tapi di bulan ramadan yang penuh berkat ini
    ambillah kesempatan membantu si miskin
    di mana Allah swt menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda
    andainya kamu membantu si miskin
    pasti akan terkikis sifat tamak halobamu
    menjadi hamba Allah yang pemurah
    rezekimu mencurah-curah
    menjadi jutawa dunia akhirat
    AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Ramadan 1436H
    30 Jun 2015
  • Rabeah Binti Mohd Ali INDAHNYA SEDEKAH INDAHNYA ISTANA SYURGA

    Ibu ...tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan....

    gimana ibu...makanan untuk dimakan hari ini pun nggak ada...

    Tak apalah nak...kita makanlah apa yang ada...

    Pokoknya semuanya nggak ada...kita kena berlaper ibu...

    Berlapar itu lebih bagus daripada kita meminta-minta nak...

    Kenapa ya buk...orang-orang kaya ini nggak yang ada suka
    membantu orang miskin seperti kita... mereka mau kita
    melutut di kakinya belum tentu mahu berbagi nikmat harta
    yang mereka miliki...

    Nak...orang miskin ni...dipandang hina orang kaya nak...
    orang kaya baginya akan jadi miskin jika mereka bersedekah walaupun dengan sekeping roti ....

    Ibu....saya mau keluar sebentar...ibu tunggu saja di rumah
    zikir banyak-banyak untuk hilangkan laper ya buk...

    Si anak tadi pergi ke rumah orang yang paling kaya di kampung itu. Secara kebetulan orang kaya itu sedang bersarapan pagi dengan 10 keping roti .....

    Si anak itu menghampiri si kaya.

    Pak...boleh tak berikan saya dikit roti yang bapak punya...."

    Pergi kamu dari sini ...aku jijik lihat kamu ini ...taunya kamu
    minta...minta ...di sini bukan untuk meminta sedekah...pergi kamu dari sini ...!!!"

    Si anak tak berputus asa...pergi juga merayu-rayupenuh simpati apabila mengenangkan ibunya dirumah kelaparan...

    Pak...kasihanilah saya...udah tiga hari saya dan ibu saya tak makan...tak rugi bapak sedekah kan sekeping roti pun udah memadai. Saya bukan minta uang bapak...saya cuma minta sekeping roti untuk saya makan dengan ibu saya..pak...tolong kasihani saya pak..."

    Kenapa kamu degil sangat...pergi kamu...! Pergi kamu dari sini..." Marah si kaya yang amat sangat lantaran itu di balingkan roti ke muka si anak itu...

    Anak itu terus lari bersama dengan sekeping roti yang dibalingkan oleh si kaya.

    Sampai di rumah ibunya masih berzikir.

    " Ibu...ini rejeki kita...ibu....ibu makan separuh saya makan separuh buk..."

    "Syukur Alhamdulillah...Allah berikan kita rejeki tanpa sangka-sangka bolehlah mengalas kelaparan kita...kita angkat tangan ya nak agar Allah merahmati orang yang menyedekahkan kita roti ini."

    Si anak menangis apabila mengingatkan gimana dia dimaki hamun oleh si kaya raya dan membaling roti itu ke wajahnya dan roti itu jatuh di ke tanah."

    "Kenapa anak nangis? Apa yang telah terjadi nak?"

    "Marilah kita sama doakan yang sedekah roti ini pada kita ya buk...moga Allah balas dengan sebuah istana di Syurga. Aamiiin Ya Rabbal A'Lamiin."

    Si kaya yang membalingkan roti itu tika pergi ke kantornya telah berlaku kecelakaan jalanraya dan mati ditempat kejadian.

    Ruh si kaya kaget gimana dia boleh memiliki sebuah Istana Syurga yang indahnya tidak dapat dibandingkan dengan istananya di dunia.

    Baru dia sadar bahawa roti yang dilemparkan kepada anak si miskin itulah yang menyebabkan dia diKurniakan Allah sebuah Istana Syurga yang indah....Subnallah jika dia tahulah begini hebatnya nikmat bersedekah bukan setakat sekeping roti saja malah istana dan uangnya yang banyak itu diinfakkan ke jalan-jalan Allah....tapi dia cuma memiliki sebuah Istana Syurga sahaja itu pun berkat doa si miskin yang mendoakannya walaupun didermakan sekeping roti dengan keadaan yang amat menyedihkan!.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    12 Syaaban 1436H
    30 Mei 2015
  • Anne Jass masalah utk ujian hidup membuat kn kiter lebih dekat pd Nya..sabar belajar jd manusia yg meredhai ketentuanNya
  • Intan Ahmad tq dr tuah..sy hari2 msti tgk page dr. Sgt baik utk saya hadam untuk masa-masa saya seperti ini... semoga dr terus memberi!
  • Abidah Halidi Katakata dr.tuah menyebabkan saya lebih menginsapi diri..Ujian menyebabkan kita semakin hampir denganNya.Sering ki pujuk hati supaya bersabar..
  • Rabeah Binti Mohd Ali ROH PERLUKAN AMALAN YANG DITERIMA ALLAH

    Apabila kita bercakap tentang roh

    sebenarnya roh sesama roh
    sedang berkomunikasi
    walaupun pada ketika itu
    kita berada dalam keadaan normal.
    Kenapa harus takut apabila bicara tentang roh?
    Mahu tak mahu kita akan bergelar roh!
    Cuma tak tahu bilakah
    tarikhnya,
    harinya,
    saatnya dan detik bila?
    Pabila bercakap tentang roh…
    Dikatakan seram sejuk… takut!
    Seram sejuk takut di dunia ini
    boleh diselimuti….
    Tapi seram sejuk di alam kubur?
    Jawapannya roh perlu diselimuti
    amalan yang diterima Allah.
    Karya: Ratu Rimba Niagara
    17 Jun 2011

    YANG KUTAKUTI APABILA DI HUJUNG HAYATKU NANTI

    Sebagai manusia biasa yang ada naluri ingin kelihatan cantik
    bergaya di pagi raya dan meraikankan Hari Raya Yang Mulia
    memang tidak dapat dipisahkan termasuk juga aku...
    selagi ada naluri tanyalah pada siapapun yang mempunyai naluri
    yang ingin indah di pagi raya jawapannya mesti sama...
    biarlah segala amalan tersembunyi hanya Allah saja yang tahu
    isi hati hambaNya.
    Ketahuilah Allah menilai dan menerima hambaNya di kala penghujung
    hayat hambaNya. Dan aku amat takut di penghujung hayatku aku
    tertolak menjadi hambaNya yang tidak diterima disebabkan keegoaan
    tika berdakwah kerana kurasakan akulah yang sempurna imanku sedangkan
    tiada nilaian di sisi Allah kerana sifat bangga pada ilmu yang cuma
    setitis ini. Itulah yang paling kutakuti ..
    Sedangkan mereka yang awalnya hidup penuh dengan kelalaian di penghujung
    usia penuh dengan kebaktian yang ikhlas diterima Allah.
    Moga aku sentiasa diberi Allah pertunjuk dalam menuju jalan redhaNya.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    25 Ramadhan 1432H
    25 Ogos 2011
  • Rabeah Binti Mohd Ali YANG AKU CARI

    Yang kucari sahabat akhirat

    bukan kawan dunia
    Kenapa?
    Apa bezanya
    sahabat akhirat dengan kawan dunia?
    Memang banyak bezanya
    Seperti langit dengan bumi
    Apa maksudnya?
    Kawan dunia membuat hati jadi leka
    sahabat akhirat menjadi
    penghubungku ke akhirat
    Hidup semuanya
    berdasarkan akhirat
    kerana mahu tidak mahu
    hidup di dunia
    akan menuju akhirat
    Sebab itu pentingnya
    sahabat akhirat
    menjadi pendampingku
    agar hidup ini
    terarah ke akhirat
    Ya Allah kami bersahabat
    dan bertalisiraturrahim
    semuanya keranaMU
    agar kami saling ingat
    mengingat tentang negeri
    yang kekal abadi
    negeri akhirat
    Selagi nafas ini
    dipinjamNya
    hari-hari fikirkan akhirat
    hari ini apa yang terlalai
    Selalu salahkan diri sendiri
    Kenapa aku masih lalai?
    Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
    Kenapa tak mahu berubah?
    Sedangkan negeri akhirat
    selangkah lagi akan kutempuhi
    kerana aku tidak mahu
    penyesalan tanpa tertebus!
    Amat malang kiranya
    sampai ke negeri akhirat
    tanpa amalan yang dikira
    di sisi Allah Taala dan kalau
    ada amalan tetapi ditolak
    tanpa disedari
    rugi juga
    yang penting setiap
    amalan ikhlas
    kerana Allah Taala
    Ya Allah terimalah amalanku,
    ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
    dan orang-orang Islam samada hidup
    dan yang telah meninggal dunia.
    Amin Ya Rabbal A’ lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    3 Ramadan 1436H
    20 Jun 2015

    BERDOALAH SEKALIPUN NYAWA SAMPAI DI HALKUM

    KEMATIAN ADALAH HADIAH KEPADA HAMBA-NYA YANG BERIMAN UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH TUHAN YANG DICINTAI DAN DIRINDUI. ALLAHU AKBAR INDAHNYA PERTEMUAN DI KALA ITU.
    DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA DIKEMBALIKAN

    Rabeah Binti Mohd Ali shared Datuk Jem Abd Rahman'spost.

    Datuk Jem Abd Rahman added 2 new photos.

    Assalam...ucapan takziah buat keluarga allahyarham Mahaguru Omardin Tan Sri di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada pukul 3.20 pagi ini. Sama2lah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yg dirahmati Allah...
    Moga ditempatkan di kalangan roh-roh yang beramal soleh dan beriman Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    Imam Muda

    Bulan kesabaran, hadapi bulan ini dengan penuh semangat dan kesungguhan. #Ramadan #Quote #SalamMuslim #KosongKosong

    Like · Comment
    4 people like this.

    RazaliBawi Bawi Bulan penuh keberkatan

    Ro Ya slamat pagi ratu sastera rimba;)

    RazaliBawi Bawi Salam. Slmy pagi ratu

    RazaliBawi Bawi Sya minat karia ratu teruskan berkaria pasti ad kejayaan amiin..

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih untuk semua teman grup Melayu Bani Jawi. Kalian adalah nadi sasteraku untuk terus bersastera. Syukur Alhamdulillah punya teman sebaikmu.

    RazaliBawi Bawi Nk tnya bokeh pakai ke kata2 ni. Mendoa kn sedara2nya. Itu di antara doa2 yg terbaik

    Ratu Rimba Niagara Doa saudara seislam adalah doa yang terbaik.
    Berdoalah sekalipun nyawa sampai di halkum.

    RazaliBawi Bawi Nabi pon doa untuk umatnya x da dergar nabi doa untuk dirinya sendiri...???

    Ratu Rimba Niagara Rasulullah idola semua umat Islam.

    YA ALLAH BERILAH KU KEKUATAN BILAMANA AKU TAK MAMPU LAGI UNTUK BERSASTERA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    IKRAR DI LAUHMAHFUZ ALLAH TUHANKU AKAN KUBAWA SEHINGGA AKHIR HAYATKU SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU MENULIS TANDA AKU SYUKUR DIKURNIAKAN ALLAH ILHAM MENULIS TAPI ADA DI ANTARA MEREKA YANG TERSAKITI HATI APABILA AKU SIARKAN KARYAKU.

    ANTARA KATA-KATA YANG AKU INGAT SAMPAI SEKARANG:


    1) Banyaknya macam pasir tapi tiada nilai seperti kaca
    2) Menulis macam kemabukan todi
    3) Menulis macam tak ada hari esok
    4) Karya bertaburan di wall grup macam sampah
    5) Panjang berjela-jela senang dimakan anai-anai
    6) Terlalu sakit hati ada yang mahu menempleng aku
    7) Dah gila menulis panjang berjela-jela
    8) Copy phase karya orang 
    9) Karya bagaikan lalang
    10) Minta admin keluarkan aku daripada grup gara-gara siarkan karya
    terlalu banyak

    macam-macam kata-kata yang dihinakan kepadaku lagi,

    Tok Leh admin suke ke dng ape yg dia ni tulis....?

    Persona Non Grata Niagara Falls?

    Ratu Rimba Niagara Tok Leh admin kalau tak suka dia tak like lah, jika tok leh tak suka tok leh tak yah baca ya....

    Jika admin tak suka atau ahli-ahli lain tak suka apa yang saya tulis , admin boleh keluarkan saya dari grup ini atau saya yang sendiri yang keluar, buat apa jika ada orang tak suka saya siarkan karya saya di grup ini....

    Ary Aris Panjang nye

    Ratu Rimba Niagara Setiap lebuh raya ada hentian rehat, jika begitu rehat....rehatlah jika penat nak baca ye...jika anda penat orang yang tukang karang dan fikir lagi penat....anda cuma baca yang sudah terhidang...jika tak minat nak baca tak apa saya faham......

    Putri Melati Putri Rimba ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam cik puan. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dgn kata2 singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.

    Putri Kemboja Puan tak sedarkah yg apa yg puan tulis tu membingungkan? Genre apakah yg puan tulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?

    Pelik lagi kaget aku mereka yang tersakiti hati lantaran aku bersiaran karya, kenapa perlu sakit hati aku bersiaran karya secara percuma sukarela tiada siapapun yang paksa dan tiada siapapun paksa baca karyaku tak suka block saja namaku pasti tak lihat lagi karya ku bersiaran. Kerana menghormati mereka yang tak suka pada karyaku yang bersiaran aku block namamu agar kamu tak lihat lagi karyaku selamanya. Tiadalah kamu sakit hati lagi denganku. Maaf dipinta kerana telah menyakitkan hatimu gara-gara berisaran karya.

    Kepada admin yang sudah remove dan block saya dari grup saya ucapkan terima kasih kerana saya tidak perlu bersusah payah lagi menyiarkan karya di grup anda. Lagi pun saya sudah terlali , ' budi yang diberi racun yang dibalas,'

    Yang penting walaupun berpisah di alammaya di alam nyata kita tetap saudara seislam insya-Allah di Syurga kita bertemu. Aamiin Di Syurga semua saling menyayangi dan menghormati tiada sebesar zarah pun hati terguris dan terluka. Itulah hebatnya Syurga Allah. 

    Aidi Suryadarma redha mudah di ucapkan tapi sulit dilakukan kunci iklas

    Ratu Rimba Niagara Ikhlas seperti seekor semut hitam berjalan di atas batu hitam di malam hari , tidak siapa pun tahu dan nampak tapi wujud begitulah ikhlas kerana ikhlas hanya Allah swt saja yang tahu.

    KEPADA RAKAN GRUP YANG LIKE DAN KOMENTAR KARYA-KARYAKU DIUCAPKAN TERIMA KASIH MOGA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA DUNIA AKHIRAT. AAMIIN 

    KH. Abdullah Gymnastiar
    ·
    Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    15 RAMADAN 1436H
    2 JULAI 2015
PETIKAN PAGE DR TUAH & RATU RIMBA NIAGARA
15 RAMADAN 1436H
2 JULAI 2015 

0 comments:

Post a Comment

 
;