Wednesday 24 June 2015

MARHABAN YA RAMADAN (88) BUANGKAN PRASANGKA DI HATI


MARHABAN YA RAMADAN (88) BUANGKAN PRASANGKA DI HATI


ALLAHU AKBAR ALLAH MAHA BERKUASA DI ATAS SETIAP SESUATU.
04 RAMADHAN 2015
MENGENALI TENTERA TENTERA ALLAH S.W.T
SIAPA MEREKA ?
Tentera-tentera Allah
1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.
4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:
-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.
a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.
5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.
Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
TENTERA ALLAH – NYAMUK
Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”
Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”
Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”
Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.
Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”
Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......
  • 18 people like this.
  • Mohd Azlan Ibrahim Tuhan palsu mati dengan nyamuk.
    12 hrs · Like
  • Man Taro Mohon shared
    7 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Tidak diizinkan share selagi gambar kaki ditukarkan gambar lain, pokok ke bunga ke sebab lebih sopan dan beradab jika tak tukar gambar cukup sampai di sini saja man taro....sejujurnya saya tak suka berkomunikasi dengan tapak kaki, bunga, pokok, gunung atau gambar palsu bukan gambar sebenar kerana berkomunikasi pada benda kaku yang palsu moga faham.
    7 hrs · Edited · Like · 1
  • Shah Ejam Hahahahaha..... aku x mahu share...
    1 hr · Like
  • Rizal Reezal aduh sakitnya tuh disini Man Taro
  • Rabeah Binti Mohd Ali Shah Ejam tak mahu share tak apa sebab kamu baby ye....baby mana faham...hehehe
  • Rabeah Binti Mohd Ali Rizal Reezal tq kerana faham 100% ye hehehe
  • Shah Ejam iya Rabeah Binti Mohd Ali. Baby itu kan insan sunyi. walaupun enggak faham. tapi punya hidayah.
    15 mins · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Baby emang punya hidayah cuma bapa baby gunakan gambar baby bukan gambar sendiri kasihan baby digunakan bapanya untuk berkomunikasi di grup yang terdiri daripada orang dewasa berfikiran matang (waras).
  • Shah Ejam Lebih enak guna gambar baby ini dr sendiri. kerana hati manusia itu berbalik2. Bila wujud marah pasti ada dengki, bila dengki jadi dendam, bila dendam buat pekerjaan iblis.. jadi dr di elak perkara x baik. baik aku x tunjuk rupa....
    Biar la aku seperti NUR MUHAMMAD di belakang JASAD ADAM.
    6 mins · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Baby mana tahu berprasangka buruk pada orang. Apapun terpulang kamu Shah Ejam. Bererti selepas ini kamu gak bisa berkomunikasi denganku lagi ok moga sama-sama faham. Maaf lahir bathin.
    4 mins · Like
  • Shah Ejam Jika kamu muslim Rabeah Binti Mohd Ali. Kamu tahu apa hukum muslim putuskan silaturohim??
    1 min · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Jika kamu tahu Islam tak akan berperasangka buruk pada orang dengan mengatakan orang dengki kepada kamu . Mengguna gambar palsu . Islam berani kerana benar ok bye.



PETIKAN WALL GRUP MELAYU BANI JAWI & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
8 RAMADAN 1436H
25 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;