Sunday 21 June 2015

MARHABAN YA RAMADAN (54) YA ALLAH BERKHATILAH ILMU YANG KAU KURNIAKAN KEPADA KAMI AAMIIN



MARHABAN YA RAMADAN  (54) YA ALLAH BERKHATILAH ILMU YANG KAU KURNIAKAN KEPADA KAMI AAMIIN

News Feed

RECENT ACTIVITY
DIA SENTIASA MEMBALAS CINTA, KASIH DAN RINDU
kasih...
bila rindu datang menerpa
hatiku sayu sesayunya diheret ombak rindu 
ke tengah lautan...
rinduku berada dalam gulungan bara ombak mengganas!!!
begitu tega kau sepikan rinduku
begitu tega kau sisihkan kasihku
rindu dan kasih terus terseksa tanpa ehsanmu
aku derita menanggung rindu dan kasih tersisih
aku terus merinduimu tanpa balasan
kasih dan rindu darimu...
tega kau begitu padaku kasih
sedangkan kau
yang membenihkan kasih dan rindu di hatiku
tapi bila kasih dan rindumu sudah sebati dalam diriku
kau semudah itu memadamkan kasih dan rindu
kehilangan kasih dan rindumu
seakan hilang separuh jiwaku
amat terseksa
seksaan jiwa meretakkan hati
namun kumasih berharap
kasih dan rindumu
datang walaupun hadir dalam mimpi
Sekalipun begitu parah rindu dan kasihku padamu
namun kupercaya rindu dan kasihku terubat bilamana
ku yakin rindu dan kasihku pada Allah penciptaku
tak pernah menghampakan aku
DIA sentiasa hadir dan sudi membalas rindu dan cintaku
ku berjalan mendapatkan-Nya,
DIA berlari mendapatkanku
ku berlari mendapatkan-Nya,
DIA sudah ada terlalu dekat denganku...
maka permergianmu menyepikan kasih dan rinduku
tidak lagi menyeksakan hidupku yang terbelanggu kasih dan rindumu
kerana aku kini sudah memiliki cinta sejati pada DIA yang tidak pernah memungkiri janji apabila DIA membalas cinta dan rinduku...
ALLAHU AKBAR INDAH-NYA
MENCINTAI MERINDUI DIA YANG SENTIASA MEMBALAS CINTA DAN RINDU....
TENANG....BAHAGIA...DUNIA AKHIRAT...
AAmiin AAmiin AAmiin Ya RabbaL A'Lamiin
...................................................................................
aku hamba-Nya sepertimu jua sentiasa mengharapkan
kasih, cinta dan rindu-Nya...AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
4 Ramadan 1436H
21 Jun 2015
DIVINE BOUNTIES: The Holy Kaaba in all its glory on the third day of Ramadan as pilgrims circumambulate the House of God in their thousands. (AN photo by Ahmed Hashad)
Like · Comment · 

PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
5 RAMADAN 1436H
22 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;