Wednesday, 24 June 2015

MARHABAN YA RAMADAN (81) NAMA-NAMA TENTERA ALLAH SWT




04 RAMADHAN 2015
MENGENALI TENTERA TENTERA ALLAH S.W.T
SIAPA MEREKA ?
Tentera-tentera Allah
1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.
4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:
-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.
a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.
5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.
Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
TENTERA ALLAH – NYAMUK
Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”
Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”
Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”
Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.
Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”
Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......


HANG TUAH MELAWAN SAMURAI JEPUN (RONIN)?
Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun
Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!
Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau ( Raja Siam) sendiri lalu larang-nya . Maka ia pun berseru2, katanya, `Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu.
Maka kata Laksamana, `Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah oleh-mu.` Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (pendekar Jepun) memarang dengan dua belah tangan-nya. Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya, putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu. Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah marah-nya dan malu-nya lalu di-usirnya akan Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula.
Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielak) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidung pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu pula. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka Laksamana pun terjun pula berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula oleh Laksamana kepala-nya belah dua…
(Petikan daripada Hikayat Hang Tuah, mukasurat 391)
p.s: Hikayat Hang Tuah adalah salah satu daripada warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCO dan diakui sebagai salah satu daripada warisan dunia yang harus dijaga.

PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & RATU RIMBA NIAGARA
8 RAMADAN 1436H
25 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;