SASTRA ANUGERAH ILAHI (410) PUISI CINTA ALLAH
Timeline Photos
KUKARANGKAN PUISI CINTA UNTUK-MU ALLAH
KUKARANGKAN PUISI CINTA UNTUK-MU ALLAH
ALLAH CINTA-MU TERLALULAH INDAH
TIDAK DAPAT DILAFAZKAN DENGAN KATA-KATA
AKU PENDAMBA CINTA DAN RINDU-MU
KUKARANGKAN PUISI CINTA TANDA LUAHAN HATIKU
KAU BALAS BERIBU-RIBU KARYA CINTA BERTEMAKAN PUISI-PUISI CINTA-MU HINGGA AKU TERUJA SETIAP HARI UNTUK TERUS MENULIS DAN MENULIS
MENULIS TANPA HENTI
ANDAI AKU KELELAHAN MAAFKAN AKU
AKU TERLALU SAYANG UNTUK MELEPASKAN BEGITU SAJA ILHAM DARI-MU AKU BERSYUKUR YA ALLAH TEMAN-TEMAN ALAMMAYAKU
MENYIARKAN GAMBAR DAN KATA-KATA MENYEJUKKAN IMANKU
SEHINGGA APA YANG MEREKA SIARKAN MENJADI
SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA
PASTINYA MEREKA JUGA INGIN
MERAIH CINTA DAN RINDU-MU
DENGAN BELAS KASIHAN-MU TANPA BATAS YA ALLAH
KAU BALASLAH CINTA DAN RINDU KAMI PADA-MU
DAN KEKASIH-MU NABI MUHAMMAD SAW
DENGAN NUR HIDAYAH KASIH-MU PADA KAMI SEMUA
DI KALA KAMI HIDUP DAN DI KALA KAMI MATI
BERIKAN NUR HIDAYAH KASIH-MU
KEPADA SEMUA YANG MEMBACA KARYA SASTERA
YANG KUTULIS , KARYA YANG KUTULIS MATLAMATNYA
CUMA SATU MAHUKAN CINTA-MU DAN REDHA-MU
CINTA DAN REDHA-MU ITU
MEMBUATKAN KAMI HIDUP DI DUNIA INI
BAGAIKAN DI TAMAN-TAMAN SYURGA
BERAMAL KERANA MAHUKAN PANDANGAN-MU
BERBUAT BAIK DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA SEMATA KERANA-MU. HIDUP DAN MATIKAN KAMI DALAM KEBAIKAN DALAM REDHA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
10 Muharram 1435H
14 November 2013M
ATAS NAMA CINTA-MU
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KURINDU
CINTA DAN RINDU
SYAHDU DI PERDU RINDU
AKU TERUJA MERAIH CINTA-MU
KU BERJALAN MENDAPATKAN CINTA-MU
KAU BERLARI MEMBALAS CINTAKU
AKU HAMPIRI-MU KAU TELAH ADA DI HATIKU
ALLAHU AKBAR HEBAT-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH HAMPAKAN AKU
KAU TAK PERNAH MENOLAK CINTAKU
MALAH KAU LEBIH MEMBALAS CINTAKU
SEDANGKAN AMALANKU TIDAKLAH BANYAK MANA
HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN DENGAN PARA KEKASIH-MU
SIAPALAH AKU UNTUK MENDAPAT CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
TAPI ITU TIDAK MENGHALANG ENGKAU MEMBALAS CINTAKU
ALLAHU AKBAR
MEMANGLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG
DARIPADA SEGALA YANG PENYAYANG
MEMANGLAH ENGKAU KEKASIH
TIDAK HAIRANLAHLAH KENAPA
PARA KEKASIH-MU
BERKORBAN APA SAJA DEMI MERAIH CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
MEREKA TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MEREKA RELA TINGGALKAN PESONA DUNIA DEMI CINTA-MU
SEDANGKAN AKU TIDAK MAMPU BERKORBAN SEHEBAT MEREKA
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH
YANG MAHA AGUNG
ATAS NAMA CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
KAU BERILAH AKU
KEKUATAN
UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN
MAHUKAN HIDUP DAN MATIKU
HANYA ENGKAU MATLAMATKU
APA YANG AKU USAHAKAN
BUKAN UNTUK MENDAPAT
PANDANGAN MANUSIA
HANYA MAHUKAN PANDANGAN-MU
ANDAI APA YANG AKU USAHAKAN
BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU
DAN YANG MEMBACA KARYAKU JUGA MENDEKATI-MU
BERILAH KEJAYAAN
KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
AKU MAHU HIDUP MATIKU
DAN SAUDARA SEISALAMKU JUA
HIDUP DAN MATI
HANYALAH KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1435H
18 November 2013M
PANGGILAN SYAHADAH
'SELAMAT DATANG SAUDARA SEISLAMKU'
salam sejahtera duhai saudara baruku
moga Rahmat Kasih-Nya
teruntuk untukmu untukku untuk semua...
kepercayaanmu
kepercayaanku
kepercayaan semua saudara Islam
hanyalah satu
yang menguatkan tauhid kita
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH KECUALI ALLAH
NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
kalimah tauhid ini yang hendak kita bawa
sampai ke hujung nyawa kita
salam sejahtera duhai saudara baruku
ketenangan di wajahmu
ketenangan di hatimu
keharuman imanmu
amat menyejukkan iman kami di sini
kami rasa panggilan syahadah yang bertahta di hatimu
bagaikan suara-suara dari Syurga
agar kamu dan kami
saling bekerjasama
menautkan hati-hati untuk bersatu
merealisasikan misi dan visi
sebagai tanggungjawab
Khalifah di muka bumi-Nya ini
ALLAHU AKBAR
benarlah Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
mahukan hamba-Nya
saling bantu membantu
kepada semua saudara seislam
tanpa mengira dari negara mana mereka berasal
kerana kita bernafas
dari bumi yang sama
kita hanyalah menumpang di bumi-Nya...
satu saat nanti kita akan dipanggil pulang ke Pangkuan-Nya..
moga berkat kita bersilaturrahim
membawa kita jalan-jalan ke Syurga-Nya...
In Shaa Allah bersama di Syurga Firdausi
memandang Wajah Allah Azzawajallah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahnya di kala itu hanya DIA yang tahu
akan kesyukuran kita
ALLAHU AKBAR
mendengar cerita Syurga kita sudah gembira
inikan pula menjadi penghuni Syurga
sebelum menjadi penghuni Syurga
selagi ada waktu tinggal di bumi-Nya ini
selagi nyawa ada di kerongkong
kita bersama berhijrah
untuk bersama bersumpah setia
mahu mengikut jalan-jalan ke Syurga-Nya
tanpa ada pendustaan dalam kata-kata
kerana Rahmat Kasih-Nya
masih mendahului murka-Nya...
agar kita masih berkesempatan...
meraih cinta dan redha-Nya...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Saudara Seislammu Yang Menyayangimu Demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013M
(Alhamdulillah, seorang gadis Kristian Catholic MEXICO, Rhieannon GuZman-cruz telah memeluk Islam
Selamat Datang wahai saudari Islam kami semua
Tahniah kerana berani membuat pilihan yang tepat .
Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam
(Jom LIKE -> Dato' Siti Nurhaliza)
PETIKAN DARIPADA WALL AARON AZIZ, DATO' SITI NURHALIZA & RATU RIMBA NIAGARA
3 Muharram 1435H
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
22 SYAABAN 1436H
9 JUN 2015
0 comments:
Post a Comment