Thursday, 11 June 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (443) PERANG ENAM HARI



SASTRA ANUGERAH ILAHI (443) PERANG ENAM HARI
Perang Enam-Hari
Dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria.
Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmuqaddis dan Netanya.
Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.
  • 16 people like this.
  • Mohd Azlan Ibrahim Yahudi menang perang dengan menipu.
  • Fadzrul Rashid Mana ada menipu..kalau tgk rencana2 dlm tv,kebanyakan sistem komunikasi ketenteraan negara2 arab sgt buruk masa tu..bygkan takleh detect israel nk serang mesir..apa dorang buat masa tu?jeneral2 tgh berfoya2..askar2 tgh lepak2 tak amik port..pakai radar cap ayam takleh kesan musuh..kelam kabut.
  • Tuah Bugis Bukan tipu, tetapi mereka tersangat cekap tuan. Saya kenal mereka.......Tetapi bangsa mereka akan sentiasa dilakhnati Nya.
  • Dewata Majnun Tuah Bugis, blh beri pencerahan? smile emoticon
  • Tuah Bugis Hanya satu sahaja yang boleh saya kongsikan bersama broDewata Majnun....iatu menyerang dari hala Matahari. COntoh nya, mereka mengerahkan perjuangan Jet seperti F-4E Phantom menuju dari cahaya matahari supaya 'gunner' tidak dapat tembak jet2 mereka. Warfare Doctrine mereka saya percaya telah ditelitikan oleh TDM dan Gerak Khas, begitu juga dgn Kopasus. Mereka banyak menggunakan teknnik 'Element of Surprise'.
  • Dewata Majnun Teknik yg baik.
  • Tuan Kembong Mcm mna hebat pn depa.. td depa x bole lawan zikir kita....
  • Muhmd Dahlan Muhmd Hassan Bila dah sampai janji Allah swt hancurlah yahudi zionis ni, inshallah masanya akan datang. Berdoa je. Amin
    22 hrs · Like · 1
  • 22 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Apa yang paling saya geram apabila pesawat yahudi mencerobohi ruangan udara Mesir..kemudian jet pejuang Mesir mengejar jet israel itu..tp isreal dengan kelengkapan yang canggih membawa pesawat mesir itu keluar dari kawasan dan kehabisan minyak..lalu pesawat mesir jatuh.
    21 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Kata2 orang israel zionist..mereka yang hero...pejuang islam adalah salah!!!!!itu lah tipu daya dunia...
    21 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Tambahan :

    Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin did
    uduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakyat Palestin.
    19 hrs · Like
  • Tuah Bugis Bangsa2 Arab tidak bersatu hati....itulah silap mereka. Yahudi bersatu hati, itulah kejayaan yang mereka dapat di muka dunia.
    Harapan bangsa Melayu lebih bersebadu dari dunia Arab. Itulah rahsia keamanan. Kutuk mengutuk, riak, bermegah tidak akan membawa kita kemana mana....malahan kemusnahan bangsa sendiri.
    19 hrs · Like · 3
  • 19 hrs · Like · 1
  • Tuah Bugis Saya belajar ilmu Isreli Doctrine......cara penempuhan mereka amat berlainan dari apa yang kita tahu. Oleh kerana merkea pernah ditindas semasa Perang Dunia Ke Dua....maka sifat 'survival' mereka amat luarbiasa, dari segi perperangan, pertahanan diri, teknology dan sebagai nya. Six Day War, perkongsian Dewata Majnun adalah posting yang baik untuk kita renungkan bersama. Yahudi tak cakap banyak, mereka lebih banyak berfikir. Mereka amat bersopan santun antara mereka....memberi Salam (Shalom) sebelum berbicara.....itulah rahsia kejayaan di apa jua bidang mereka tempuhi.
    18 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Selagi umat Islam bertelingkah, yahudi akan terus pijak saudara kita di sana, sdangkan umat Islam di dunia ni lebih ramai drp yahudi. Benar kata nabi, umat Islam zaman skang ni bgaikan buih di lautan.
    18 hrs · Like · 1
  • Tuah Bugis Benar sekali saudara Dewata Majnun.....benar sekali.
    18 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Kelengkapan senjata dan bahan dibantu oleh Amarika laknatullah..
    18 hrs · Like · 2
  • Muhmd Dahlan Muhmd Hassan Jadi nya saudara Tuah Bugi s dan Dewata Majnun kalau kita tetap ngan persengketaan kita mcm skrg samada politik atau mana mana pun. Rasanya amat mudah musuh2 negara dan agama menaguk di air yang keruh. Agaknya orang2 di Malaysia perlu ada pengajaran ni balik setelah lama merdeka sbb yg lahir skrg semua tak rasa susah nya nak merdeka dan amat mudah nak bersengketa sesama kita. Lepas dah jadi huru hara Malaysia dan perang ni baru lah orang Melaiu nak belajar bersatu agaknya. Agaknya sempat tak nak bersatu masa tu?
    18 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Amerika & Israel pun dah lama mengintai Malaysia ni.
    18 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Jika lepas huru hara melayu bersatu...insyallah melayu mempu menag dalam pentempuran....cuma kena usaha sedikit...tp saya lebih suka menggunakan prinsip "mencegah lebih baik dr mengubati"...
    18 hrs · Like · 2
  • Tuah Bugis Gunakan kaedah 'mudah bersengketa' dgn berdakwah unsur2 yang baik dan bersantun. Jika ada kemudahan yang boleh membawa persengkitaan seperti di FaceBook, gunakan lah ia sebagai landasan kesepaduan untuk kita beri salam dan berbaik sangka. Nasi belum menjadi bubur. Assalamualaikum saudara Muhmd Dahlan Muhmd Hassan.
    18 hrs · Like · 2
  • Muhmd Dahlan Muhmd Hassan Waalaikumsalam saudara Tuah Bugis baik.
    18 hrs · Like
  • Dewata Majnun Penduduk Palestin mncari prlindungan smasa Perang Arab Israel 1 1948.
    18 hrs · Like · 1
  • Maliki Sulong bersatu teguh, bercerai roboh
    18 hrs · Like · 3
  • Hafiz Amri Marilah menguasai ilmu !!!!
    18 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Dewata Majnun...apa kata share post ni dlm group Melayu Bani Jawi..smoga dpt faedah...
    18 hrs · Like · 1
  • Muhmd Dahlan Muhmd Hassan Tu lah melaiu bani jawi banyak betul sengketa dan tegang urat, kadang sy tak faham mereka masuk grop untuk bersengketa atau untuk cari kesamaan dan kesatuan.
    18 hrs · Like · 2

KAMI WIRA DUNIA

Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.

Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!

Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!

Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!

Suara-suara  teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!

Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua  generasi
kami di bumi Palestin ini!

Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
Penghuni  di luar sana mendengar
rintihan kami di sini.
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!

Biarpun kamu menzalimi
Mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!

Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
Kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!


Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana  itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.

Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!

Biarpun  kami  tahu  usia
kami  tidak  panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh  perwira-perwira  kami,
setidak-tidaknya generasi kami
 yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!

Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!

Kamu  boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh dengan keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun   buatmu! Akan  tiada
penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!

Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!

Generasi   kami  yang  ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini  akan   bangun  menuntut  bela
di atas kematian kami!

Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya!  Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah wira dunia!


Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Jun 2010

KEBANGKITAN RAKYAT MESIR

Siapa dia Hosni Mubarak?
Katanya dia rela mati
di tanah airnya ?

Apa maksud katanya itu?
Adakah dia seorang pejuang?
Pejuang bangsa dan negara?
Adakah dia  dia rela mati
kerana ingin mempertahankan
negaranya dari dijajah oleh
negara lain?

Hakikatnya dia
ditentang hebat oleh
rakyatnya sendiri  yang  mahu
dia berundur dari tampuk
pemerintahan kuku besinya
menindas rakyat Mesir.

Tahun demi tahun rakyat
Inginkan dibela kehidupan
oleh pemimpin mereka
hidup rakyat dibelenggu
dengan kemiskinan
mencekengkam.

Mana perginya hasil negara
yang diperolehi?
Mana perginya pemikiran
jemaah menteri di bawah
pemerintah Hosni Mubarak?
Adakah mereka salahgunakan kuasa?
Dan lalai dengan kemewahan harta
dan kemegahan kuasa yang ada?
Hinggakan mereka lupa dengan
tanggungjawabnya kepada rakyat
Mesir yang inginkan pembelaan?

Sekarang semuanya sudah terlambat
untuk dirombak  segala tanggungjawab
merekalah yang patut dipertanggungjawab
apa yang berlaku di negara mereka sendiri

Seluruh rakyat Mesir memberontak
mahu dilepaskan dari cengkaman
pemerihtah kuku besi  pemimpin
mereka Hosni Mubarak.

‘Undur Hosni Mubarak!
Undur Husni Mubarak!
Kamu pemimpin
kuku besi!
Kami tak
perlukan kamu
Lagi!
Undur! Undur!

Sudah tiga puluh tahun
kami ditindas dan tertindas!
Cukuplah setakat ini
apa pun terjadi
kami akan berjuang
habis-habisan
walaupun nyawa
kami jadi
taruhan!

Jutaan rakyat Mesir
bangkit  kemarahan
yang memuncak
tidak terbendung
lagi dalam sanubari
setiap rakyat Mesir.

Rusuhan besar
berlaku di antara
pemerintah dengan
rakyat Mesir.

Negara dalam kucar-kacir
sistem kerajaan lumpuh
harga makanan melambung  naik
orang negara  asing dalam
ketakutan melihat negara perantauan
mereka tidak tenteram lagi.

Mereka ingin pulang ke negara asal
Inilah akibat kalau negara
tidak aman.

Biarpan orang asing dalam
ketakutan
rakyat Mesir membara-bara
beraninya untuk menentang
Hosni Mubarak
tiada sedikitpun rasa takut.


Kerajaan Hosni Mubarak
mesti ditumbangkan
kalau tidak Mesir
akan hancur.

Biar rakyat yang
hancurkan Hosni Mubarak
jangan Mesir  hancur
di tangan penjeyah perang
yang ada di luar sana
mereka di luar sana
yang anti Mesir sedang
bergelak ketawa
menunggu masa
kehancuran Mesir.

Nanti bila Mesir sudah
musnah dengan mudah
mereka akan menakluk
Mesir.

Kebangkitan rakyat Mesir
patut menjadi teladan kepada
negara-negara  lain untuk
menginsafi bahawa
kehendak rakyat untuk
diibela nasib mereka
hendaklah diutamakan
oleh pemimpin
kalau tidak inilah
jadinya!

Hosni Mubarak
berundurlah demi
rakyat dan negaramu.
Buangkan keegoaanmu
yang telah sebati dalam
dirimu .

Cukuplah setakat ini
kau memerintah !
Rakyat Mesir tidak
memerlukanmu lagi
undurlah!
Akurlah!
Kehendak rakyat!
Demi keamanan
negaramu sendiri
itulah pejuang
sejati!

Karya: Ratu Rimba Niagara
4 Jun 2011      

GUGUR PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN

Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan  sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!

Kelaparan…! Kesakitan…!
 Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
 Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi  Palestin
daripada kekejaman Israel.

Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!

Karya:  Ratu Rimba Niagara
7 Jun 2010 

BOSNIA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA

   
Embun menitis lesu tika 
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah  nanah dan duri
demi kepuasan.

Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi  kecekalan.

Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.

Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’

Karya:  Ratu Rimba Niagara  
7 Mei 1995

GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

Jangan dituduh pengganas mujahidku,
Kerananya Agama Islam sentosa;
Perjuanganya tak pernah jemu,
Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

Dalam Islam tiada istilah pengganas,
Begitu mudah manusia menuduhnya;
Allah tidak suka mereka yang mengganas,
Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

Di langit kerajaan Islam penuh duka,
Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
Allah janjikan shayid penawar duka,
Kenikmatan Syurga si jahil tak tahu.

Hati tersayat melihat mayat,
Mayat berkecai sana sini;
Akibat tiada kemanusiaan amat jahat,
Islam dibela kerana ajarannya murni.

Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
Dibedil  bertalu tanpa keperimanusiaan;
Mujahid Islam bangkit melawan,
Demi kerana Allah dalam kecintaan.

Negara Islam dibedil terus-terusan,
Dendam kesumat tak pernah padam;
Ada yang ditawan menjadi tebusan,
Diseksa  dalam neraka dunia penuh kejam.

Selepas dibedil taburan mayat sana- sini,
Ratapan seiring kekejaman letupan;
Dunia Islam tidak akan berdiam diri,
Pertaruhkan nyawa  demi  sebuah perjuangan.

Kesumat mereka tak pernah padam,
Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
Itu azam mereka yang  tak pernah bosan;
Agar  Islam terkubur di Negara sendiri.

Pejuang Islam tak pernah gentar,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Perjuanganmu buat hati bergetar,
Wajahmu tenang   berjumpa Tuhanmu.

Pejuang Islamku seorang mujahid,
Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
Mujahid balasanya shayid,
Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

Di wajahmu ada Syurga,
Perjuanganmu tanpa jemu;
Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
Putus  asa  tak pernah bertamu.

Kau berjuang hingga akhir hayat,
Semangatmu sentiasa membara;
Perjuanganmu tak pernah tamat,
Generasi pelapismu terus mara.

Masa hidup penuh perjuangan,
Perjuangannya jelas dan tepat;
Membela Islam ditimpa kekejaman,
Memberontak pejuangku adalah bertempat.

Tiada hari tanpa perjuangan,
Biarpu diburu di setiap penjuru;
Namun berundur tidak sekali pun,
Rela bemandikan darah dihujani peluru.

Dengar  sini si kejam durhaka,
Gembiralah semahumu gugurkannya:
Pejuangku bukan pencetus  malapetaka,
Gugurnya akan ada penggantinya.

Gugurmu mujahid aku tangisi,
Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

Ramai berlumba mengikut jejakmu,
Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
Wangian  Syurga menusuk qalbu;
Syurga kau terima sebagai balasan,
Menikmati  SyurgaNya  tak  pernah  jemu.

Gugur mujahid senyuman Syurga,
Kehidupan di Syurga  mujahid gembira;
Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
Menunggu Hari Pembalasan  telah dibalasNya.

Karya: Ratu Rimba Niagara
4 Mei 2011

UTUSAN KEMANUSIAAN SERATA BENUA

KARYA CETUSAN MINDA BERDASARKAN GAMBAR

Karya cetusan minda berdasarkan gambar
yang dikirimkan Bahram Mikaeil berasal
dari Iran Teman Facebook Rabeah Mohd Ali.
Terima kasih Bahram Mikaeil keranamu
telah mencetuskan mindaku untuk berkarya.
Moga Allah membalas budi baikmu.

PUISI TOLONG REDAKAN KESEDIHAN KAMI

Macam mana ni dik?
Ayah dan ibu sudah tiada...
Kita nak pergi ke mana?
Kenapa mereka kejam?
Membunuh ayah dan ibu kita?
Apa salah ayah dan ibu?
Ayah dan ibu kita tak salah...
Tolong...!Tolonglah ...
Redakan kesedihan kami.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


PUISI DUHAI SI DURJANA

Duhai si durjana...
Walaupun kami di pagar dawai berduri
lalu tertusuk duri
kami rela menahan kesakitannya.

Duhai si durjana...
Kami bersumpah akan menuntut bela
kematian ibubapa kami
yang telah  kamu bunuh kejam!

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


ANAKKU SAYANG

Anakku sayang...
Walaupun ibu tak tahu ke mana hendak dituju
bersabarlah ye sayang
moga Allah memberi pertunjuk jalan
ke mana kita selepas ini
untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri.

Ke manapun ibu pergi
kau tetap akan kubawa pergi
ibu sanggup berkorban demu masa depanmu
berjanjilah pada ibu menjadi anak bertanggungjawab
pada agama, bangsa dan negara.

Anakku sayang...
biarpun kehidupan kemiskinan kita mencengkap
kita akan teruskan  kehidupan ini.


Karya :  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011



KESUSAHAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA

Inilah yang mampu
kumasakkan untuk keluargaku tercinta
kumasak dengan penuh kasih sayang
moga menjadi kekuatan keluargaku
beribadah kepadaNya.

Kesusahan di dunia ini
tidak seberat kesusahan di akhirat kelak
moga kesusahan yang diuji ini
dibalas Allah dengan Syurga
untuk kita sekeluarga nikmati dalam kesyukuran.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


SYUKUR APA ADANYA

Biarpun kau diduga
bagaimana beratpun dugaanmu
kau tetap tersenyum dalam redha
bersyukurlah kau dipilih menjadi
hamba yang sentiasa bersyukur
dengan nikmatNya yang tak terhitung
walau apa adanya.

Karya: Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


KECERIAAN DIPANCAR DI WAJAHMU

Keceriaanmu terpancar di hatiku
senyumanmu membuatkan aku juga turut tersenyum
cerialah sayangku
ceriamu ceriaku
biarpun dugaanmu maha hebat
namun kau masih mampu tersenyum
senyuman setulus ikhlas
senyuman dalam redha.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


USAHA SEORANG NENEK

Duhai nenek kesayangan...
biarpun usiamu melangkaui zaman
dan kemiskinan masih mencengkam
namun kau tak pernah berputus asa
kau teruskan usahamu penuh tekun dan sabar
kau tak pernah mengenal erti putus asa
Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya yang berputus asa
Berusahalah selagi nafasmu ada
untuk meneruskan perjuangan hidup ini
moga satu hari nanti kejayaan menyebelahimu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011

SELAMAT TINGGAL KECANTIKAN

Selamat tinggal kecantikan...
Aku tak boleh bertahan
menjadi muda selamanya
kerana sudah Tuhan aturkan
yang muda mesti tua
yang hidup mesti mati.

Karya :  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


PENANTIAN CINTA

Penantian satu penyeksaan...
Biarpun berhujan berpanas
kutetap menantimu
di laman kasih
yang tandus dan gersang ini.
Kunantikan cintamu seiring
usiaku yang senja ini
menunggumu dengan penuh harapan
mengharapkan kau datang membalas
cintaku yang lama kudambakan
balaslah cintaku ini
duhai kekasihku.


Karya:  Rattu Rimba Niagara
18 Jun 2011


ANAI-ANAI YANG BERJASA

Dedaunan kering berguguran di bumi
akan dikitar semula oleh anai-anai
jika tiada jasa anai-anai
bumi kita ditimbuni dedaunan kering
anai-anaipun berjasa
kenapa tidak kita turut berjasa?


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


JUTAAN KEDUTAN

Jutaan kedutan ini...
tidak akan menghalang
untuk aku terus
MencintaiMu
MemujiMu
MengangungkanMu
MensyukuriMu
di sebilang masa dan ketika
hingga terhenti nafas
justeru terimalah aku menjadi kekasihMu
dan izinkanku mengucapkan kalimah
Laaillaahaillaallah sebagai akhir kalamku
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


MUSIM SALJI TELAH TIBA

Musim salji telah tiba
kedingan salji sedingin hati
ditunggu juga kekasih datang
namun tidak juga kunjung tiba.

Karya: Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


MAWAR PUTIH

Cantik sungguh mawar putih
diserikan sinar cahaya bulan
wangian semerbak memenuhi taman
taman hati berbunga kasih
kelopakmu cantik tersusun indah
kukagumi Kebesaran Tuhan.

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011



SEMUNYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH

Biarpun sehelai daun
gugur ke bumi
semuanya dalam pengetahuan Allah
Tuhanku Maha Mengetahui
segala yang ada di bumi dan di langit
Yang ghaib mahupun yang nyata.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


LILIN

Lilin menerangi orang lain
tapi membakar diri sendiri
Apabila cahaya lilin bertukar air
biarpun tidak menerangi orang lain
tetapi masih berjasa
dengan menyejukkan hati-hati
yang kepanasan kerana marah!


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


BUNGA PUTIH BERMATA BIRU

Menghayati bunga putih bermata biru
amat mengasyikkan
aman...
damai...
tenteram...
mengujakan aku memetikmu
lalu kuhias di meja tulisku
agar menjadi inspirasiku
untuk berkarya.

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011

MESIN JAHIT ANTIK

Mesin jahit usang ini
di bawa arus sungai
dipenuhi sampah sarap
tetapi masih boleh digunakan lagi
dibersihkan dan diperbaiki semula
pasti menjadi bahan antik
memukau mata memandang!

Karya: Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


ALLAH MAHA PENGAMPUN

Biar macam mana berat dugaanmu
tempuhilah dengan tabah
jangan memilih jalan yang salah
membunuh diri bukan jalan penyelesaian
gunakan fikiranmu yang waras
pulang ke pangkal jalan
bertaubatlah sebanyaknya
kerana Allah Maha Pengampun Dan Penyayang
Pasti taubatmu diterima
asalkan ikhlas semua amalan.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


DI RIMBUNAN HUTAN BELANTARA

Masya-Allah
di rimbunan hutan belantara
yang suram dan sepi
diselubungi kabus
masih boleh kelihatan
keindahan matahari terbenam
melabuhkan tirainya
di ufuk senja.

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


SEJAMBAK BUNGA KASIH

Masih tergenggam erat di tangannya
sejambak bunga kasih
biarpun sudah tiga hari menanti
kekasih tak kunjung tiba
jambangan bunga kasih layu
tapi kasihnya pada kekasih
tidak pernah layu
dia menunggu terus menunggu
penuh harapan
penuh cinta dan kasih sayang
sejambak bunga kasih yang dah layu
bukti cinta kepada kekasihnya.

KARYA: Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


MERAIKAN KEJAYAAN

Kau terjun dari tempat tinggi
penuh yakin tanpa cedera
kegembiraan meraikan kejayaan
yang kau perjuangkan sejak bertahun
akhirnya terbalas berkat kesabaranmu.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


KITA SELAMANYA BERSAMA

Kanda usahlah menangis lagi
kusapukan air matanyamu dengan cinta suciku
kita takkan berpisah lagi
Tuhan yang menjodohkan kita
Tuhan juga yang memisahkan kita
di dunia hidup bersama
moga di akhirat juga hidup bersama
menikmati Syurga selamanya bersama.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


KEINDAHAN TERBENAM MATAHARI

Keindahan matahari terbenam
tak terungkap dengan kata-kata
hanya Subhanallah yang terucap.

Bunga-bunga merah melambai-lambai
mengucapkan selamat tinggal kepada matahari
moga esok diberi kesempatan Tuhan
berjumpa lagi.

Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011


SAHABATKU

Sahabatku pergimu tanpa pesan
kau kurindui dalam sendu
kenangan bersamamu segar dalam ingatan
moga kau tenang di alam sana
menikmati Syurga bersama teman-teman barumu
terimalah sejambak bunga kasih dariku
usahlah risau
ku juga akan menyusulmu nanti
tapi bila dan di mana ku tak tahu.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
18 Jun 2011

SINGGAHLAH CAMARKU INGIN KUKIRIMKAN UTUSAN KEMANUSIAAN

Singgahlah camarku 
untuk kukirimkan utusan kemanusiaan 
agar kau sampaikan kepada 
dua orang wira duniaku yang 
sedia berbakti untuk melihat 
dunia penderitaan tersenyum 
kerana luka-luka penghuninya 
telah dijahit dengan benang cintaku 
berkat keperkasaan mereka berdua.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011

MUJAHIDKU YANG BERNAMA RIDHWAN

Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
Denyut nadi zikir padaNya;
Rela gugur di medan syahid,
Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

PUISI MUJAHID

Duhai saudaraku...
Perjuanganmu penuh berliku...
Namun berundur di medan juang tidak sekali
Kau tidak hiraukan tubuhmu
dibakar terik mentari
Kedinginan salji
Lapar dahaga tidak mengapa
Sakit derita tetap berjuang
Tetap solat berjumpa Kekasihmu
Air mata bukan untuk
Dipuja
Dicaci tak mengapa
Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
Dihujani peluru...biarkan!

Duhai saudaraku...
Teruskan perjuanganmu
Ku di sini mendoakan
Agar kau terus dilindungai Kekasihmu
Tak kira di mana kau berada
Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
Pemergianmu kusyukuri dalam doa

Duhai Saudaraku...
Kukalungkan bunga cinta suci lambang
cinta abadi ku padamu

Duhai Saudaraku...
Sekalung bunga cinta Syurga
Akan dikalungkan Bidadari Syurga
Mewangi semerbak
Sewangi perjuangan sucimu

Duhai Saudaraku...
Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

Duhai Saudaraku...
Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
Bahagia di dunia bahagia di akhirat!

Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Julai 2011
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 SYAABAN 1436H
12 JUN 2015


0 comments:

Post a Comment

 
;