Saturday, 13 June 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (465) MOGA KITA MATI DALAM KEBAIKAN YANG DIREDHAI-NYA AAMIIN


SASTRA ANUGERAH ILAHI (465) MOGA KITA MATI DALAM KEBAIKAN YANG DIREDHAI-NYA AAMIIN

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
تريماكاسيه سودي منريما همب..
Apakah yg dimaksudkan dgn 'cardiac arrest'?
Ketua pasukan T-Team Faramola David Oniya telah meninggal dunia sebentar tadi. Beliau dilaporkan rebah dan tak sedarkan diri selepas beberapa minit sepak mula perlawanan persahabatan di antara Kelantan vs T-Team di Kota Bharu.
  • You and Hafiz Amri like this.
  • Nain Rizal jantung tiba2 dlm keadaan rehat krn terlalu byk bekerja... biasa berlaku kpd yg ada masalah kawalan degupan jantung... maksudnya, jantung berhenti berdegup semasa bermain bola
    1 hr · Unlike · 3
  • Dewata Majnun Yup! Betul Nain Rizal!
    1 hr · Unlike · 2
  • Dewata Majnun Eddie Guerrero pun mati sbb tu.
    1 hr · Unlike · 2
  • Dewata Majnun Selain tu, cardiac arrest juga blh terjadi disbbkan heart attack, kejutan elektrik, lemas, renjatan (shock), reaksi alergik & trauma.
    59 mins · Unlike · 2
  • Hafiz Amri Allah huakbar...hidup kita tidak lama...
    47 mins · Unlike · 3
  • Rabeah Binti Mohd Ali Kematian itu seperti di balik tabir sebab itu di mana-mana boleh mati, jika kita tahu tarikh mati kita pasti kita akan setiasa mahu beribadat tanpa henti. Jadi amalan sudah tak ikhlas sedangkan Allah menerima amalan hamba-Nya yang ikhlas sebab itu kematian adalah rahsia Allah tiada siapa pun tahu bila dia akan mati dan di mana dia akan mati. Allah tidak mengira bermulanya kamu Allah mengira berakhirnya kamu. Moga kita mati dalam khusnul khotimah mati dalam kebaikan yang diredhai-Nya. Aamiin
OLDER
RAMSES II ADALAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN?
Sesungguhnya kitab Al-Quran itu adalah kitab yang mengandungi petunjuk dan peringatan bagi mereka yang berfikir. Sesungguhnya juga, kitab ini merupakan kitab untuk mereka berfikir. Jadi, selepas admin AFDS mengajak kalian dalam meneliti teori-teori yang berkaitan dengan siapakah entiti yang diperkatakan dalam Al-Quran – firaun yang bersengeketa dengan Nabi Musa A.S.
Saya sudah membaca artikel yang dinukilkan oleh admin AFDS yang membincangkan tentang THUTMOSE III sebagai firaun dalam Al-Quran.
Banyak hujah-hujah yang kukuh yang boleh dipegang oleh kita semua. Namun, Islam adalah agama yang menggalakkan kita berfikir dan meneliti setiap hujah-hujah dan teori yang berbangkit. Maka atas alasan itu juga, kami di The Patriots mahu memaparkan pula perbincangan yang mengangkat Ramses II sebagai firaun yang diperkatakan oleh kitab yang paling agung, iaitu Al-Quran, dalam masa yang sama turut dibicarakan dalam kitab Bible, iaitu Exodus. Semoga kita semua mampu membuat perbandingan, firaun yang manakah sebenarnya diucapkan oleh Al-Quran?
[Siapakah Ramses II?]
Kalau AFDS menobatkan Thutmose III sebagai firaun yang paling hebat dalam sejarah Mesir Purba, maka saya pula akan menobatkan Ramses II lebih daripada hebat, tetapi paling agung dalam sejarah.
Sebelum kita membuka perbincangan mengenai Ramses II, adalah firaun yang dibicarakan dalam Al-Quran, moleknya kita kenal dulu sedikit ringkasan mengenai Ramses II adalah firaun yang paling agung dalam sejarah.
Untuk pengetahuan semua, Ramses II menaiki takhta pada 1279 Sebelum Masihi. Dan Ramses II ialah firaun paling lama memerintah dalam sejarah Dinasti Ke-19 Mesir, lebih daripada 66 tahun. Dan sepanjang pemerintahan Ramses II, kita menyaksikan bagaimana Mesir Purba berada di zaman kemuncak kegemilangannya, sehinggakan firaun yang menaiki takhta selepasnya menamakan Ramses II sebagai nenek moyang yang hebat atau “The Great Ancestor.”
Antara kejayaan Ramses II dalam sepanjang pemerintahannya ialah mengembalikan kembali Mesir yang gemilang. Segala ancaman seperti lanun yang berleluasa di perairan Mesir berjaya dihapuskan, menundukkan musuh seperti Empayar Hiiti yang berada di utara Mesir, dalam wilayah Turki dan Greece pada hari ini, dan meluaskan empayar Mesir sehingga memasuki Tanah Kanaan, iaitu Palestine hari ini. Sumbangan Ramses II dalam bidang ketentaraan Mesir juga adalah berjaya menumpaskan Libya dalam peperangan, yang berjiran dengan Mesir Purba.
Itu baru sumbangan dalam bidang ketentaraan dengan meluaskan empayar Mesir ketika itu. Pada waktu itu, empayar yang dibina oleh Ramses II sudah cukup hebat. Dan kekayaan Mesir melimpah ruah tanpa gangguan dari musuh iaitu Hitti dan Assyiria yang gerun dengan kehebatan pimpinan Ramses II.
Selain dari kempen ketenteraan yang hebat, Ramses II mempunyai obsesi membina monumen-monumen hebat yang menggambarkan kehebatan kerajaan pimpinannya. Buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir, dari delta Sungai Nil sehinggalah ke Nubia hari ini, terdapat banyak binaan-binaan hebat yang dipahat atas nama Ramsess II. Antara binaan hebat yang dibina oleh Ramses II ini ialah sepanjang pemerintahannya ialah speerti berikut:
1. Kuil Rammeseum – Sebuah Kuil yang dibina untuk mengingati Ramses II. Ianya dibina dalam skala yang amat besar. Diceritakan terdapat sebuah pintu gerbang yang dipanggil pylon menyambut para pengunjung kuil ini yang dibina sebagai memori untuk Ramses II. Berat pylon itu dikatakan seberat 1000 Tan! Terdapat sebuah patung yang membentuk Ramses II yang dibina setinggi 50 Kaki di Rammeseum.
2. Kuil Abu Simbel - Sebuah kuil yang dibina di Selatan Mesir, berdekatan dengan Nubia yang dibina oleh Ramses II sebagai lambang keagungannya sebagai memorial untuk salah seorang dari isterinya, Nefertarii selain memperingati kejayaan dalam Pertempuran Kadesh. Kuil ini sebenarnya dipahat dari tebing batu pasir pada sekitar tahun 1250 SM.
Di bahagian depan kuil ini terdapat 4 patung duduk Firaun Ramses II, dengan tinggi masing-masing lebih dari 20 m (sekitar 65 kaki). Terdapat juga patung-patung lebih kecil dari Firaun Ramses II, Nefertari, dan anak mereka menghiasi bahagian depan kuil kuil kecil. Terdapat sejumlah prasasti dan relief di kuil besar yang emcneritakan peristiwa-peristiwa penting pada zaman Ramses II.
3. Makam Permaisuri Nefertari – Sebuah makan dibina khas untuk isterinya Ramses II. Di dalam makam tersebut, Ramses II tidak habis-habis memuji isterinya sebagai bukan sahaja lambang cinta, tetapi lambang jalinan politik yang angung.
4. Pi-Ramesses – Sebuah bandar baru yang dibangunkan oleh Ramses II yang bermaksud "Rumah Ramesses, Besar dalam Kemenangan.” Ianya adalah sebuah bandar baru yang dijadikan pusat pemerintahan Ramses II. Bandar ini akan menjadi bukti utama mengapakah Ramses II ialah firaun dari zaman nabi Musa A.S
5. Patung Ramses Berusia 3200 Tahun – Ramses juga didapati membina sebuah patung yang sangat besar, dalam setinggi 11 Meter di Memphis .
[Hujah Ramses II Ialah Firaun Dalam Al-Quran Dan Exodus]
1. Firaun Mengaku Dirinya Sebagai Tuhan
Al-Quran tidak menceritakan kepada kita secara terperinci siapakah Firaun dalam Al-Quran, kerana AL-Quran bukanlah sifatnya seperti sebuah kitab sejarah. Maka, kita harus cari sebuah sumber lagi yang memang sifatnya seperti sebuah kitab sejarah, iaitu Taurat yang membincangkan mengenai kisah Nabi Musa A.S dengan lebih terperinci. Jadi, dalam kita membincangkan identiti Firaun ketika zaman Nabi Musa A.S, maka kita harus mencari dalam pelbagai sumber sejarah.
Seperti mana yang kita tahu, Firaun adalah manusia yang mengaku tuhan. Angkuhnya firaun sehinggakan dia mengaku tuhan, dan Iblis yang mendengar pengakuan Firaun bahawa dialah tuhan terus jatuh pengsan kerana takutkan kemurkaan ALLAH selepas mengakunya Firaun sebagai tuhan. Iblis sendiri naik hairan dengan Firaun, sedangkan dirinya sendiri tidak berani mengaku tuhan. Bahkan betapa angkuhnya firaun ini dapat dilihat dalam ayat Al-Quran di bawah:
Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, - Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi". (Surah An-Naziat: Ayat 19-24)
Maka, di sini ialah tugas kita dalam mencari apakah Ramses II pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan. Mari, kita telusuri sejarah.
Batu berurat Nombor 410 di Muzium Hildesheim menunjukkan ukiran dua orang, manusia. Seeorang itu berdiri memakai mahkota yang setinggi dua tingkat yang terdapau uraeus (hiasan berbentuk ular), bersama skirt pendek, kalung dan memegang sapu tangan cop mohor Lelaki di dalam ukiran dipanggil, "Raja Mesir Atas Dan Bawah, Tuhan Dua Tanah, Tuhan 'Ramesses-meryamun.”
Tidak cukup dengan itu, bukti yang lain turut membuktikan bahawa Ramses II mendakwa dirinya sebagai tuhan. Terdapat banyak lagi batu bersurat yang di mana Ramses II mendakwa dirinya sebagai tuhan.
Antaranya ialah batu Bersurat no. 1079 di Hildesheim Museum serta ukiran di Kuil Abu Salem memperkatakannya. Itu belum lagi membicarakan tentang Ramses II mendirikan obelisk atau pasak melebihi 30 batang di setiap pelosok Mesir dihiasi tulisan memujanya sebagai tuhan. Firaun tidak mahu rakyat lupa kepada kehebatannya, lantas menghantar obelisk ke setiap wilayahnya yang luas.
Dia mahu rakyat setiap masa dan di mana saja memujanya walaupun pusat pemerintahannya terletak jauh di Luxor. Dia berpendapat, kuasanya tidak padam selagi monumen ciptaannya tegak di seluruh Mesir.
2. Al-Quran Hanya Menyebut Satu Firaun Sahaja
Berdasarkan surah Al-Qasas, ayat 7-9 dan juga Surah As-Shuara, di dapati bahawa Firaun dalam Al-Quran hanyalah satu figur sahaja, sepanjang kisah Nabi Musa A.S dan Firaun. Daripada sumber-sumber dan kiraan dan data dan tafsir Al-Quran yang diteliti oleh saya, saya dapati bahawa dikatakan bahawa sepanjang dari Nabi Musa A.S diambil dari Sungai Nil dan dibesarkan, dan sehingga peristiwa Laut Merah terbelah dua, di dapati bahawa tempoh masa yang berlalu itu adalah dalam 48 – 50 tahun.
Maka, di sini tugas kita dalam mencari firaun yang manakah yang memerintah sepanjang tempoh itu atau lebih lama lagi? Thutmose III yang dibicarakan oleh AFDS dalam artikelnya memerintah dalam tempoh 54 tahun, Psusennes I yang memerintah pada 1051-1006 SM mencapai tempoh pemerintahan sepanjang 45 tahun dan calon yang sedang kita perkatakan sebagai firaun dalam Al-Quran, iaitu Ramses II telah memerintah selama 66 tahun. Jadi, berdasarkan ciri-ciri di atas, maka Ramses II telah menepati dua ciri yang digariskan dalam Al-Quran. Jadi, mari kita mengembara lebih jauh.
3. Firaun Yang Memperhambakan Bani Israel Membina Kota Pi-Rameseses
Macam yang saya katakan, selain daripada sumber Al-Quran, perlunya untuk saya memetik sumber dari Taurat iaitu Exodus yang menceritakan mengenai sejarah Firaun dan Nabi Musa Berdasarkan Old Tastement versi Indonesia, tercatat ayat seperti di bawah:
Sebab itu pengawas-pengawas rodi ditempatkan atas mereka untuk menindas mereka dengan kerja paksa: mereka harus mendirikan bagi Firaun kota-kota perbekalan, yakni Pitom dan Raamses. (1.:11)
Perhatikan ayat yang menyebut kota Pitom dan Raamses di mana yang terpaksa di bina oleh Bani Israel. Dalam sejarah, didapati bahawa Ramses II pernah mengubah pusat pemerintahannya ke Pi-Ramesses, sebuah bandar yang dibina oleh Ramses II sendiri.
Para pengkaji seperti Sir Alan Gardiner yang merupakan pakar sejarah Mesir Purba telah memutuskan bahawa tiada sebab bandar lain yang dimaksudkan dalam Exodus melainkan Pi-Ramesses yang dibina oleh Ramses II.
4. Firaun Digambarkan Sebagai Pemerintah Mesir Purba Yang Paling Banyak Membina Binaan
Dalam surah Al-Sad pada ayat 10-13 dan juga Surah Al-Fajr, dapat diteliti terdapat bebebrapa perkataan ‘dhul-awtād’ yang dirujuk kepada Firaun. Ianya buiasanya dirujuk kepada Raja Binaan Yang Kukuh, Kerajaan dan juga “stakes” yang merujuk kepada kayu panjang yang runcing pada hujungnya. Banyak pandangan berbeza daripada para ulamak yang menafsirkan perkataan dhul-awtād ini.
Namun, antara pandangan yang popular ialah pandangan dalam Tafsir al-Qurṭubī yang mengatakan bahawa perkataan itu membawa maksud kepada “pemilik banyak banggunan”. Jadi, kalau kita berpegang pada pandangan ini, dapatlah kita simpulkan bahawa gelaran yang diberikan ALLAH untuk firaun ialah pemilik kepada banyak banggunan. Dalam sejarah Mesir Purba, tiada firaun yang seperti Ramses II yang membina pelbagai jenis banggunan.
Antaranya seperti yang saya katakan di atas, dari bahagian delta Sungai Nil sehingga ke Nubia, semuanya dipenuhi oleh banggunan-bangunan yang dibina oleh Ramses II. Namun yang paling terkenal saya paparkan lima yang paling terkenal. Kalau kita berpegang pada ayat al-quran ini, tidak syak lagi bahawa Ramses II ialah firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.
5. ALLAH Pelihara Jasad Firaun Yang Tenggelam Di Laut Merah
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". (Surah Yunus: Ayat 92)
Ayat di atas ialah bukti paling kuat dalam kita memperkatakan bahawa Ramses II kemungkinan besar ialah firaun yang diperkatakan dalam sejarah. Ada sebuah kisah yang saya mahu kongsikan dengan kalian.
Ayat di atas menerangkan bahawa Firaun telah lemas di laut, tetapi Allah SWT menyelamatkan jasadnya daripada berkubur di dasar laut supaya menjadi pengajaran kepada manusia yang terkemudian. Menurut Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Ibnu Abbas menceritakan bahawa terdapat segelintir kaum Bani Israel yang tidak mahu percaya bahawa Firaun telah ditenggelamkan di dasar Laut Merah. Maka, ALLAH pun mengarahkan laut untuk memuntahkan jasad Firaun ke daratan.
Kematian Ramses II dikatakan masih lagi menimbulkan rasa sangsi para saintis barat. Maka, kerajaan Perancis telah menawarkan kepada Mesir bantuan untuk menganalisis mumia Firaun, Ramses II yang sangat terkenal sekitar tahun 70-an. Maka mumia tersebut telah diterbangkan ke Paris dan ditempatkan di Pusat Arkeologi Perancis. Ia akan dianalisis oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Hasil daripada penyelidikan tersebut telah diterbitkan dengan tajuk ; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Menurut laporan tersebut, Dr. Bucaille dan para pembantunya telah menemui sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Kemudian jasadnya segera dikeluarkan dari laut, dirawat segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal.
Dan ini menimbulkan sebuah lagi teori yang mengatakan bahawa… KEMUNGKINAN BESAR RAMSES II MATI LEMAS DI LAUTAN dan Al-Quran telah terbukti benar apabila jasad Firaun dijaga oleh ALLAH untuk memberikan pengajaran kepada semua bahawa janganlah kalian angkuh padanya!
[Kesimpulan]
Bukti-bukti yang dipaparkan di atas membawa kita kepada keyakinan yang tinggi bahawa Ramses II yang diperkatakan dalam Al-Quran dan juga kitab Exodus. Pengajaran yang kita boleh dapat daripada artikel ini, sesungguhnya Al-Quran itu untuk umatnya yang berfikir. Al-Quran tidak meninggalkan kita nama firaun yang memerintah zaman Mesir itu, tetapi kita umat Islam haruslah mencari siapakah yang diperkatakan dalam Al-Quran.
-HE-
  • You and 2 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Perbezaan pendapat itu biasa tapi matlamatnya tetap sama mahu hidup dan mati dalam iman dan takwa. In-Sya-Allah Aamiin.

    Manusia melalui empat alam,
    1. Alam roh
    2. Alam rahim
    3. Alam dunia
    4. Alam barzah
    . menanti mahsyar (Hari Perhitungan Ibadat)
    pembalasan samada ke Syurga atau ke neraka

    (Matlamat kita di grup tetap sama menyediakan amalan tulus ikhlas kerana Allah swt dan dapat memandang Wajah Allah di Syurgawi In-sya Allah . Aamiin).
    7 mins · Like
THUTMOSE III: FIRAUN TERHEBAT MESIR PURBA ITU ADALAH FIRAUN DALAM AL-QURAN?
Perkataan “Firaun” seringkali disalahfahamkan sebagai nama buat seorang pemerintah yang angkuh semasa zaman Nabi Musa as. Hakikatnya, “Firaun” merujuk kepada pangkat yang dimiliki 170 pemerintah Mesir Purba, daripada Menes sehingga Cleopatra VII dalam lipatan sejarah sejauh beribu-ribu tahun lamanya. Pangkat ini tiada bezanya dengan “Sultan”, “Caesar”, “Khalifah” dan semua pangkat lain yang membawa maksud yang sama: ‘pemerintah’.
Paradoks utama yang ditempuhi setiap pengkaji sejarah dalam penentuan Firaun semasa zaman Nabi Musa as adalah ketepatannya dari segi fakta, berdasarkan ikutan pengkaji tersebut (sama ada Islam atau Kristian/Yahudi). Secara saintifik, tiada seorang Firaun pun yang benar-benar mati di Laut Merah.
Apabila dikaitkan dengan al-Qur’an, memang menakjubkan bagaimana nama Firaun tersebut langsung tidak disebut ketika Abu Lahab dilaknat sekeras-kerasnya dalam Surah al-Masad, sedangkan Firaun sendiri mengaku dirinya Tuhan.
Atas ketiadaan nama inilah yang tercetusnya penentuan yang amat merunsingkan. Satu senarai pendek boleh dilakarkan untuk menentukan Firaun manakah yang bersengketa dengan Nabi Musa as. Dan Thutmose III turut tergolong bersama calon-calon lain seperti ayahandanya Thutmose II, Ahmose I, Amenhotep II, Ramses II dan Merneptah.
Kronologi Firaun berdasarkan al-Qur’an:
1. Firaun membunuh anak-anak Ibrani selepas bermimpi tentang kebangkitan Bani Israel.
2. Isteri Firaun (Asiyah) mengambil Nabi Musa as sebagai anak angkat. (Surah Al-Qasas)
3. Pemerintahan Firaun semasa Nabi Musa as berhijrah ke Madyan (Midian). (Surah Al-Qassas)
4. Serangan Firaun yang menyebabkan kematiannya di Laut Merah. (Surah Yunus)
Semakin dalam dikaji, semakin terserlah juga fakta-fakta bahawa tiada satu Firaun yang disenaraikan diatas sebenarnya benar-benar masuk dengan Firaun Angkuh ini.
Ahmose I – berjaya menewas dan menghalau puak Hyksos di Mesir Hilir; menguasai Nubia dan Canaan; mengstruktur semula pentadbiran Mesir Purba kearah kegemilangan; mati pada usia pertengahan 30-an; tetapi cara semadinya tidak mengikut protokol persemadian diraja. (Ian Shaw dan Paul Nicholson - The Dictionary of Ancient Egypt).
Thutmose II – menghantar tenteranya untuk menyelesaikan revolusi; pemerintahannya yang masih lagi tidak sahih sama ada pendek atau panjang.
Amenhotep II – menaiki takhta pada usia muda, 18 tahun; pemimpin perang yang hebat; mati pada usia 40-an. (Peter Der Manuelian – Studies in the Reign of Amenophis II).
Ramses II – dipercayai Firaun paling unggul dalam sejarah Mesir Purba; mengetuai ketenteraan dalam berbilang peperangan; memerintah selama 66 tahun; memulakan pembinaan banyak projek-projek mega; mayat Ramses II adalah mumia paling popular di dunia, selaras dengan janji Allah dalam Qur’an 10:92; mempunyai arthritis, penyakit arteri dan sakit gigi.
Merneptah – anak Ramses II; memenangi pertempuran sengit selama enam jam; mati pada usia tua (60-an – 70-an); mempunyai arthritis dan atherosclerosis.
Berdasarkan senarai ini, wujud juga kebarangkalian bahawa Firaun yang dimaksudkan ditujukan kepada lebih daripada seorang – Firaun Penindasan dan Firaun Penghijrahan. Firaun juga dipercayai tidak pernah sakit, mahupun bersin, sedikit berbeza dengan Ramses II dan Merneptah yang mempunyai beberapa penyakit.
Tetapi terdapat seorang lagi Firaun yang memerintah Mesir Purba selama 54 tahun dalam Dinasti ke-18, hampir 1,800 tahun sejak bersatunya Mesir Hulu dan Mesir Hilir dibawah Dinasti Pertama. Kehebatan Firaun ini dari segi kepimpinan dan pengurusan dikatakan lebih unggul berbanding Ramses II sendiri.
Jika Ramses II mendirikan berbagai-bagai projek seperti Pi-Ramesses, Ramesseum, Abu Simbel dan Tugu Ramses II yang mungkin mengeruhkan lagi keangkuhannya, Firaun ini bertanggungjawab dari segi penghasilan kekayaan Mesir Purba sendiri.
Namanya Thutmose III, yang tidak pernah sekali pun tewas dalam peperangan. Thutmose III dilahirkan dalam keluarga diraja melalui isteri kedua ayahandanya, Iset. Tetapi, baginda tidak mewarisi takhta secara terus, kerana ayahandanya, Thutmose II, mati ketika usianya baru dalam dua tahun. Thutmose III diasingkan daripada pengurusan negara oleh ibu tirinya, Ratu Hatshepsut yang pada awalnya sekadar memangku jawatan Firaun tetapi semakin lama menggelarkan dirinya sendiri Firaun.
Dibawah pemerintahan Hatshepsut, Mesir Purba menikmati kekayaan ekonomi. Seketika Thutmose III diasingkan daripada arena politik, baginda mengisi masanya dengan pelajaran ketenteraan, satu keperluan yang sangat penting buat peradaban zaman itu.
Thutmose III menghancurkan pemberontak-pemberontak dalam kalangan Kadesh, Megiddo dan puak Mesopotamia. Sebelum menyerang Megiddo, ucapannya yang meletakkan dirinya sebagai raja dikasihi Dewa Ra’ telah menaikkan semangat tentera-tenteranya untuk ikuti jalan yang susah pada ketika nasihat jeneralnya untuk ikuti jalan yang mudah diabaikan.
Tetapi, Thutmose III tetap berjaya dalam ketiga-tiga operasi itu, termasuk kesemua 16 kempen ketenteraan yang dilaksanakannya di Palestin, Syria dan Nubia. Hampir 350 bandar ditawani Thutmose III. Mudah kata, Mesir Purba berdiri teguh sebagai kuasa besar dengan ketenteraan yang luar biasa. Dari segi kekayaan pula, Thutmose III bertanggungjawab kepada penjanaan ekonomi yang sangat mapan.
Jikalau kejayaan-kejayaan ini dibandingkan pula dengan Firaun zaman Nabi Musa as, ada logiknya kerana segala hasil kekayaannya telah menggelapkan hatinya dengan sifat takbur dan angkuh.
Al-Qur’an tidak menceritakan bala-bala Allah yang diturunkan kepada Mesir Purba pada ketika itu. Al-Qur’an sekadar menyentuh:
“Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.” – Qur’an 7:130.
“(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.” – Qur’an 7:133.
Manakala dalam Kitab Taurat pula, kisahnya lebih meluas:
“Maka Musa dan Harun pergi kepada Firaun dan berkata, ‘Inilah apa yang Yahweh, Tuhan Ibrani, berfirman, ‘Sampai bilakah kamu tidak akan tunduk kepada Aku? Keluarkan hamba-hamba Aku, agar mereka dapat menyembahKu. Jikalau kamu tidak ikuti perintahKu, akanKu bawa belalang ke negaramu esok. Mereka akan melitupi negaramu sehingga tanah-tanah tidak dapat dilihat. Mereka akan memakan sisa-sisa yang kamu ada selepas taufan, termasuk setiap pokok yang sedang tumbuh di tanahmu. Mereka akan kerumun didalam rumah-rumahmu dan juga rumah-rumah menterimu dan juga rumah-rumah rakyatmu – sesuatu yang ibu bapamu dan juga nenek moyangmu tidak pernah rasai sejak mulanya mereka tinggal di tanah ini.’” Kemudian, Musa tinggalkan Firaun.” - Keluaran 10:3-6.
Amaran ini menjadi nyata selepas Firaun hanya benarkan penghijrahan buat para lelaki Bani Israel sahaja. Pada pagi selepas Nabi Musa as menghunuskan tongkatnya, Mesir Purba diserangi belalang yang dahsyat sehingga tiada sedikit kehijauan pun di tanah mereka. Tetapi Firaun masih lagi tidak benarkan penghijrahan Bani Israel, dan ini merupakan bala Mesir yang kelapan selepas:
1. Darah di dalam air
2. Katak
3. Kutu
4. Lalat/langau
5. Kematian ternakan
6. Penyakit kulit
7. Ribut dahsyat
Firaun menjanjikan Penghijrahan Bani Israel dengan syarat Bala Kelapan dibuang dari Mesir, dan ia terjadi – belalang-belalang mula keluar melalui Laut Merah, tetapi Firaun tidak menepati janjinya.
Selepas Bala Kelapan gagal cairkan keangkuhan Firaun, datangnya Bala Kesembilan – Mesir Purba menjadi gelap selama tiga hari. Rakyat tidak dapat ikuti masa, terpaksa mengharapkan deria sentuhan dan kedengaran. Firaun benarkan semua Bani Israel keluar, kecuali binatang-binatang ternakan. Dan Nabi Musa as tolak sebarang kompromi.
Datangnya Bala Kesepuluh:
“Inilah Firman Yahweh: ‘Pada waktu malam, Aku akan menjelajahi Mesir. Setiap seorang anak sulung Mesir akan mati, daripada anak sulung Firaun yang bertakhta sehinggalah anak sulung hamba, dan anak sulung binatang-binatang ternakan juga. Mesir akan digegari jeritan dan pekikan perkabungan – lebih teruk daripada apa yang telah berlaku atau tidak pernah berlaku.” – Keluaran 11:4-6.
Bala ini merupakan hentaman yang paling teruk. Firaun akhirnya tunduk dan lepaskan Bani Israel. Dan Bani Israel tidak tunggu lagi, takutkan pengkhianatan janji Firaun, yang benar-benar berlaku apabila Firaun bertindak mengejari Bani Israel, dan menurut Islam, mati di Laut Merah.
Berdasarkan Kitab Taurat, Thutmose III memang benar-benar masuk sebagai Firaun ini. Universiti Harvard berjaya mendedahkan bahawa Thutmose III mempunyai bekas ketumbuhan sista (cyst) di bahagian bahu, leher dan tempurung kepalanya hasil daripada penyakit yang tidak diketahui. Bukti ini mendedahkan kebarangkalian besar Bala Keenam (Penyakit Kulit) dalam Keluaran 9:8-12.
Mungkin penyakit ini telah bermula sejak bala pertama lagi, yang dizahirkan selepas keangkuhan Firaun yang tiada batasnya. Dan satu lagi pendedahan merapati Thutmose III dengan Firaun, selepas dikaji tentang Bala Ke-10, iaitu kematian anak pertama Firaun sendiri iaitu Amenemhat. Kematian ini menyebabkan Amenhotep II dinaikkan sebagai pewaris.
Jadi, berdasarkan teori-teori ini, Firaun Penghijrahan boleh dikatakan Thutmose III sendiri, manakala Firaun semasa penghijaran Nabi Musa ke Madyan (Midian) ialah ayahandanya, Thutmose II yang isterinya (Hatshepsut) bertanggungjawab mengambil Nabi Musa as sebagai anak angkat. Firaun yang membunuh anak-anak Bani Israel pula (selepas mendapat mimpi, semasa kelahiran Nabi Musa as) ialah Amenhotep I ataupun Thutmose I, jika Penghijrahan Laut Merah berlaku semasa Nabi Musa as menjangkau usia tua.
P.S: Artikel yang membincangkan RAMSES II sebagai firaun dalam Al-Quran pula akan menyusul daripada admin HE pula.
-- AFDS --
  • You like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Perbezaan pendapat itu biasa tapi matlamatnya tetap sama mahu hidup dan mati dalam iman dan takwa. In-Sya-Allah Aamiin.

    Manusia melalui empat alam,
    1. Alam roh
    2. Alam rahim
    3. Alam dunia
    4. Alam barzah
    . menanti mahsyar (Hari Perhitungan Ibadat)
    pembalasan samada ke Syurga atau ke neraka

    (Matlamat kita di grup tetap sama menyediakan amalan tulus ikhlas kerana Allah swt dan dapat memandang Wajah Allah di Syurgawi In-sya Allah . Aamiin).
    7 mins · Like
KITA BERMULA DARI ROH AKAN MENJADI ROH UNTUK DINILAI MENDAPAT BALASAN SYURGA ATAU NERAKA. KITA YANG MEMBUAT PILIHAN SENDIRI
KERANA HIDUP DI DUNIA ADALAH BAYANGAN DI AKHIRAT YANG KITA TEMPUH NANTI.
Perbezaan pendapat itu biasa tapi matlamatnya tetap sama mahu hidup dan mati dalam iman dan takwa. In-Sya-Allah Aamiin.
...Continue Reading
Que descansen amigos de SAH...
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad


Shahrul Faizal commented on your post.
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENYAMPAI ILMU
Ratu Rimba Niagara Tak sesuai gambar ini apabila kitab diletakkan di kaki, jadi siapa yang gila orang yang tulis skrip atau orang yang menyiarkan gambar.
Dauss Kwa Azman Bersangka baik,yg kita nampak tu cuma buku..mungkin buku citer bdk2 ke apa sb tk ada apa2 tulisan kt buku tersebut..
Ratu Rimba Niagara Bukan kita tak bersangka baik tapi tak sesuai , balik fikir tak akan buku cerita budak-budak sebegitu tebal dan dibaca pula oleh orang dewasa yang berpakaian ahli ilmuan .Ahli ilmuan tidak sesuai berkata bahlul dan gila. Ini bermakna orang dewasa bahlul baca buku cerita budak-budak setebal itu sudah dibaca diletakkan di kaki agar senang dipihak-pijak.Jika benar buku cerita budak-budak letak saja gambar budak-budak dan buku cerita nipis kartun barulah sesuai. Tapi budak-budak tak akan pandai ungkap perkataan gila jauh sekali bahlul.
Tiada ibubapa di dunia ini yang mahu letakkan nama anaknya bahlul walaupun anaknya lembab pemikiran.
Kita sebagai penyampai ilmu jangan menganggap semua membaca atau mendengar adalah bahlul sewenang-wenangnya membahlulkan pembaca apalagi membuatkan pembaca bercelaru pemikiran mana satu yang betul.
Kita sebagai penyampai ilmu jangan sekali merendah-rendahkan ilmu guru-guru orang lebih berilmu
Kita sebagai penyampai ilmu jangan membuatkan orang yang jahil bertambah jahil.
Kita sebagai penyampai ilmu sentiasa muhasabah diri sendiri agar di masa akan datang lebih berhati-hati bila menyampaikan ilmu yang ingin disampaikan .
Saya muhasabah diri sendiri jika salah tolong ajarkan sebab saya hamba Allah yang sentiasa perlukan tunjuk ajar daripada mereka yang berilmu.
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
26 SYAABAN 1436H
13 JUN 2015
SI GILA DAN KHALIFAH HARUN AR-RASYID
Dikisahkan bahawa Buhlul adalah merupakan seorang lelaki gila pada zaman al-Khalifah al-’Abbasi Harun Ar-Rasyid. Pada suatu hari, Harun Ar-Rasyid lalu berdekatan dengannya. Ketika itu dia sedang duduk di sisi kubur. Harun Ar-Rasyid berkata kepadanya dalam keadaan menghina: “Wahai Buhlul, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?”
Buhlul pun memanjat sebatang pokok sehingga sampai ke tempat yang paling tinggi. Kemudian dia menyeru Harun Ar-Rasyid dengan sekuat-kuat suaranya: “Wahai Harun, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?” Harun Ar-Rasyid pun pergi ke bawah pokok tersebut sambil menunggang kudanya.
Harun Ar-Rasyid berkata kepada Buhlul: “Aku yang gila atau engkau yang gila yang berada di atas pokok?”
Buhlul berkata kepada Harun: “Aku ada akal”.
Harun Ar-Rasyid bertanya: “Bagaimana kamu mengatakan kamu ada akal?”
Buhlul menjawab: “Aku ada akal dan tidak gila kerana aku tahu bahawa benda ni akan hilang (sambil dia menunjukkan ke arah istana Harun Ar-Rasyid) dan benda ini akan kekal (sambil dia menunjukkan ke arah kubur). Maka aku telah mengimarahkan ini (kubur) sebelum ini (dunia dan nikmatnya). Manakala kamu pula sesungguhnya telah mengimarahkan yang ini (dimaksudkan istana) dan kamu telah merosakkan yang ini (dimaksudkan kubur). Kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang kamu makmurkan kepada tempat yang kamu rosakkan sedangkan kamu tahu bahawa kubur itulah tempat kamu kembali bahkan tidak mustahil lagi.”
Buhlul pun berkata: “Katakanlah kepadaku siapakah di antara kita yang gila sebenarnya?”
Gementar hati Harun ar-Rasyid dan dia menangis sehingga basah janggutnya. Lalu dia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya engkau benar.”
Kemudian Harun Ar-Rasyid berkata: “Tambahkanlah nasihat untukku ya Buhlul.”
Buhlul berkata: “Cukuplah bagimu Kitab Allah maka berpegang teguhlah dengannya.”
Harun Ar-Rasyid berkata: “Adakah kamu ada sesuatu hajat, aku akan tunaikannya.”
Buhlul berkata: “Ya, aku ada tiga hajat. Jika kamu menunaikannya, aku berterima kasih kepadamu.”
Harun Ar-Rasyid berkata: “Mintalah hajatmu itu.”
Buhlul pun berkata: “Engkau tambahkan umurku.”
Jawab Harun Ar-Rasyid: “Aku tak mampu.”
Buhlul berkata lagi: “Kamu selamatkan aku daripada Malaikat Maut.”
Jawab Harun Ar-Rasyid: “Aku tak mampu.”
Buhlul berkata lagi: “Engkau masukkan aku ke dalam Syurga dan jauhkan aku daripada Neraka.”
Jawab Harun Ar-Rasyid: “Aku tak mampu.”
Buhlul berkata: “Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau adalah ‘mamluk’ (yang dimiliki) dan engkau bukanlah ‘malik’ (yang memiliki). Aku tiada apa-apa hajat di sisimu.”
Sumber dari terjemahan: كتاب عقلاء المجانين
=======================================
Kita lupa berhajat pada Al-Malik, tapi beria-ia minta pada si mamluk...
Siapa lebih gila sebenarnya?
Peringatan untuk diri sendiri...
-HE-
  • 4 people like this.
  • Zie Bechik Tu betul biar lah kita lafaskan dng bahasa yg elok utk semua org.
    12 hrs · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Bila kita hendak menyampaikan mesej yang baik perlulah disampaikan secara berhikmah. Bukankah setiap yang baik itu datangnya dari Allah.
    11 hrs · Like · 1
  • Zie Bechik Ya Puan Alhamdulillah.
    11 hrs · Unlike · 1
  • Shahrul Faizal Salam..maaf mencelah betulkan saya andai saya silap, kalau tidak silap bahlul merupakan nama sebenar beliau , malah di makamnya juga tertulis bahlul orang kita yg salah faham...berkenaan perkataan gila ,andai kata itulah ungkapan yg sebenar dilafaskan ketika peristiwa itu bagaimana..? takan kita nak menafikannya
    46 mins · Edited · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Jika benar siapa kita hendak menafikan. Moga akan ada mereka yang lebih arif bagi menerangkannya secara terperinci. Kita di sini saling minta diajari jika terdapat kekhilafan dalam pemahaman sesuatu yang topik.
    4 mins · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Barangkali apabila terlihat kitab yang sudah dibaca diletak di kaki , itu yang tidak wajarnya itu barulah gila.
    2 mins · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Dalam gambar tersebut si wali itu lebih utamakan tongkat lambang kemegahan berilmu daripada kitab yang dipelajarinya...itulah yang wajar sama sekali...
Admin dah lama perasan ada saudara kita dari Indonesia yang join group ni. Dah lama admin teringin nak tgk post dari sahabat2 kita ni tentang sejarah/info menarik dari tempat tinggal atau dalam daerah mereka. Mungkin ada yang menarik tetapi kami di Malaysia tak pernah tahu. smile emoticon
  • You and 5 others like this.
  • Hafiz Amri Betul2...macam makanan tempatan..angota polis..kemajuan semua....
    21 mins · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Salute buat admin dewata majnun kerana membudayakan ilmu pelbagai bidang terutama di nusantara, itulah yang dikatakan , 'MEMBINA TAMADUN MENGENAL CINTA ALLAH,' Indahnya Islam kerana dengan adanya silaturahim serata dunia kita boleh saling kenal mengenal adat dan budaya negara lain. Insya-Allah jika ada kesempatan saya siarkan sejarah/info yang menarik tempat dan daerah mereka untuk sama dikongsikan di grup ini.


FROM NOTIFICATIONS
CINTAKU MALAYSIA & INDONESIA KERANA-NYA
MALAYSIA DAN INDONESIA TAK AKAN TERPISAH
SELAGI SEHATI SEJIWA
SENADA SEIRAMA
SEIA SEKATA
BERSATU DALAM PERJUANGAN
MALAYSIA DAN INDONESIA
CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR
MALAYSIAKU DAN INDONESIAMU
DI HATI MEMBARA BERGELORA MENCINTAI
PERTIWIKU
PERTIWIMU
YANG MENCINTAI MALAYSIA & INDONESIA DULU KINI SELAMANYA!
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
19 SYAABAN 1436H
6 JUN 2015
Laporkan iklan ? Laporkan iklan? KITA harus membuka mata bahwa konflik antara Malaysia dan Indonesia ini tidak terjadi dengan...
ISLAMPOS.COM|BY ISLAMPOS


Komunitas Sultan & Raja,Keraton/Kedatun dan Kerabat se Nusantara

KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita



PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 SYAABAN 1436H
13 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;