Thursday, 11 June 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (444) KOLEKSI PUISI PERANG ENAM HARI KARYA RATU RIMBA NIAGARA



SASTRA ANUGERAH ILAHI (444) KOLEKSI PUISI PERANG ENAM HARI KARYA RATU RIMBA NIAGARA

KOLEKSI PUISI PERANG ENAM HARI KARYA RATU RIMBA NIAGARA
Perang Enam-Hari
Dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria.
Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmuqaddis dan Netanya.
Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.
Like · Comment · 
  • Rabeah Binti Mohd Ali


KOLEKSI PUISI PERANG ENAM HARI DI BUMI AMBIA
(BAHAGIAN 1)

KAMI WIRA DUNIA

Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.

Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!

Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!

Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!

Suara-suara  teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!

Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua  generasi
kami di bumi Palestin ini!

Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
Penghuni  di luar sana mendengar
rintihan kami di sini.
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!

Biarpun kamu menzalimi
Mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!

Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
Kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!


Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana  itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.

Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!

Biarpun  kami  tahu  usia
kami  tidak  panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh  perwira-perwira  kami,
setidak-tidaknya generasi kami
 yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!

Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!

Kamu  boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh dengan keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun   buatmu! Akan  tiada
penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!

Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!

Generasi   kami  yang  ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini  akan   bangun  menuntut  bela
di atas kematian kami!

Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya!  Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah wira dunia!


Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Jun 2010



KEBANGKITAN RAKYAT MESIR

Siapa dia Hosni Mubarak?
Katanya dia rela mati
di tanah airnya ?

Apa maksud katanya itu?
Adakah dia seorang pejuang?
Pejuang bangsa dan negara?
Adakah dia  dia rela mati
kerana ingin mempertahankan
negaranya dari dijajah oleh
negara lain?

Hakikatnya dia
ditentang hebat oleh
rakyatnya sendiri  yang  mahu
dia berundur dari tampuk
pemerintahan kuku besinya
menindas rakyat Mesir.

Tahun demi tahun rakyat
Inginkan dibela kehidupan
oleh pemimpin mereka
hidup rakyat dibelenggu
dengan kemiskinan
mencekengkam.

Mana perginya hasil negara
yang diperolehi?
Mana perginya pemikiran
jemaah menteri di bawah
pemerintah Hosni Mubarak?
Adakah mereka salahgunakan kuasa?
Dan lalai dengan kemewahan harta
dan kemegahan kuasa yang ada?
Hinggakan mereka lupa dengan
tanggungjawabnya kepada rakyat
Mesir yang inginkan pembelaan?

Sekarang semuanya sudah terlambat
untuk dirombak  segala tanggungjawab
merekalah yang patut dipertanggungjawab
apa yang berlaku di negara mereka sendiri

Seluruh rakyat Mesir memberontak
mahu dilepaskan dari cengkaman
pemerihtah kuku besi  pemimpin
mereka Hosni Mubarak.

‘Undur Hosni Mubarak!
Undur Husni Mubarak!
Kamu pemimpin
kuku besi!
Kami tak
perlukan kamu
Lagi!
Undur! Undur!

Sudah tiga puluh tahun
kami ditindas dan tertindas!
Cukuplah setakat ini
apa pun terjadi
kami akan berjuang
habis-habisan
walaupun nyawa
kami jadi
taruhan!

Jutaan rakyat Mesir
bangkit  kemarahan
yang memuncak
tidak terbendung
lagi dalam sanubari
setiap rakyat Mesir.

Rusuhan besar
berlaku di antara
pemerintah dengan
rakyat Mesir.

Negara dalam kucar-kacir
sistem kerajaan lumpuh
harga makanan melambung  naik
orang negara  asing dalam
ketakutan melihat negara perantauan
mereka tidak tenteram lagi.

Mereka ingin pulang ke negara asal
Inilah akibat kalau negara
tidak aman.

Biarpan orang asing dalam
ketakutan
rakyat Mesir membara-bara
beraninya untuk menentang
Hosni Mubarak
tiada sedikitpun rasa takut.


Kerajaan Hosni Mubarak
mesti ditumbangkan
kalau tidak Mesir
akan hancur.

Biar rakyat yang
hancurkan Hosni Mubarak
jangan Mesir  hancur
di tangan penjeyah perang
yang ada di luar sana
mereka di luar sana
yang anti Mesir sedang
bergelak ketawa
menunggu masa
kehancuran Mesir.

Nanti bila Mesir sudah
musnah dengan mudah
mereka akan menakluk
Mesir.

Kebangkitan rakyat Mesir
patut menjadi teladan kepada
negara-negara  lain untuk
menginsafi bahawa
kehendak rakyat untuk
diibela nasib mereka
hendaklah diutamakan
oleh pemimpin
kalau tidak inilah
jadinya!

Hosni Mubarak
berundurlah demi
rakyat dan negaramu.
Buangkan keegoaanmu
yang telah sebati dalam
dirimu .

Cukuplah setakat ini
kau memerintah !
Rakyat Mesir tidak
memerlukanmu lagi
undurlah!
Akurlah!
Kehendak rakyat!
Demi keamanan
negaramu sendiri
itulah pejuang
sejati!

Karya: Ratu Rimba Niagara
4 Jun 2011      



GUGUR PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN


Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan  sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!

Kelaparan…! Kesakitan…!
 Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
 Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi  Palestin
daripada kekejaman Israel.

Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!

Karya:  Ratu Rimba Niagara
7 Jun 2010



BOSNIA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA

 
Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah  nanah dan duri
demi kepuasan.

Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi  kecekalan.

Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.

Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’

Karya:  Ratu Rimba Niagara
7 Mei 1995



GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

Jangan dituduh pengganas mujahidku,
Kerananya Agama Islam sentosa;
Perjuanganya tak pernah jemu,
Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

Dalam Islam tiada istilah pengganas,
Begitu mudah manusia menuduhnya;
Allah tidak suka mereka yang mengganas,
Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

Di langit kerajaan Islam penuh duka,
Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
Allah janjikan shayid penawar duka,
Kenikmatan Syurga si jahil tak tahu.

Hati tersayat melihat mayat,
Mayat berkecai sana sini;
Akibat tiada kemanusiaan amat jahat,
Islam dibela kerana ajarannya murni.

Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
Dibedil  bertalu tanpa keperimanusiaan;
Mujahid Islam bangkit melawan,
Demi kerana Allah dalam kecintaan.

Negara Islam dibedil terus-terusan,
Dendam kesumat tak pernah padam;
Ada yang ditawan menjadi tebusan,
Diseksa  dalam neraka dunia penuh kejam.

Selepas dibedil taburan mayat sana- sini,
Ratapan seiring kekejaman letupan;
Dunia Islam tidak akan berdiam diri,
Pertaruhkan nyawa  demi  sebuah perjuangan.

Kesumat mereka tak pernah padam,
Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
Itu azam mereka yang  tak pernah bosan;
Agar  Islam terkubur di Negara sendiri.

Pejuang Islam tak pernah gentar,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Perjuanganmu buat hati bergetar,
Wajahmu tenang   berjumpa Tuhanmu.

Pejuang Islamku seorang mujahid,
Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
Mujahid balasanya shayid,
Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

Di wajahmu ada Syurga,
Perjuanganmu tanpa jemu;
Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
Putus  asa  tak pernah bertamu.

Kau berjuang hingga akhir hayat,
Semangatmu sentiasa membara;
Perjuanganmu tak pernah tamat,
Generasi pelapismu terus mara.

Masa hidup penuh perjuangan,
Perjuangannya jelas dan tepat;
Membela Islam ditimpa kekejaman,
Memberontak pejuangku adalah bertempat.

Tiada hari tanpa perjuangan,
Biarpu diburu di setiap penjuru;
Namun berundur tidak sekali pun,
Rela bemandikan darah dihujani peluru.

Dengar  sini si kejam durhaka,
Gembiralah semahumu gugurkannya:
Pejuangku bukan pencetus  malapetaka,
Gugurnya akan ada penggantinya.

Gugurmu mujahid aku tangisi,
Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

Ramai berlumba mengikut jejakmu,
Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
Wangian  Syurga menusuk qalbu;
Syurga kau terima sebagai balasan,
Menikmati  SyurgaNya  tak  pernah  jemu.

Gugur mujahid senyuman Syurga,
Kehidupan di Syurga  mujahid gembira;
Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
Menunggu Hari Pembalasan  telah dibalasNya.

Karya: Ratu Rimba Niagara
4 Mei 2011


SINGGAHLAH CAMARKU INGIN KUKIRIMKAN UTUSAN KEMANUSIAAN

Singgahlah camarku
untuk kukirimkan utusan kemanusiaan
agar kau sampaikan kepada
dua orang wira duniaku yang
sedia berbakti untuk melihat
dunia penderitaan tersenyum
kerana luka-luka penghuninya
telah dijahit dengan benang cintaku
berkat keperkasaan mereka berdua.


Karya:  Ratu Rimba Niagara
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011


MUJAHIDKU YANG BERNAMA RIDHWAN

Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
Denyut nadi zikir padaNya;
Rela gugur di medan syahid,
Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

PUISI MUJAHID

Duhai saudaraku...
Perjuanganmu penuh berliku...
Namun berundur di medan juang tidak sekali
Kau tidak hiraukan tubuhmu
dibakar terik mentari
Kedinginan salji
Lapar dahaga tidak mengapa
Sakit derita tetap berjuang
Tetap solat berjumpa Kekasihmu
Air mata bukan untuk
Dipuja
Dicaci tak mengapa
Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
Dihujani peluru...biarkan!

Duhai saudaraku...
Teruskan perjuanganmu
Ku di sini mendoakan
Agar kau terus dilindungai Kekasihmu
Tak kira di mana kau berada
Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
Pemergianmu kusyukuri dalam doa

Duhai Saudaraku...
Kukalungkan bunga cinta suci lambang
cinta abadi ku padamu

Duhai Saudaraku...
Sekalung bunga cinta Syurga
Akan dikalungkan Bidadari Syurga
Mewangi semerbak
Sewangi perjuangan sucimu

Duhai Saudaraku...
Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

Duhai Saudaraku...
Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
Bahagia di dunia bahagia di akhirat!

Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Julai 2011


KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 SYAABAN 1436H
12 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;