RANS ROMEO:
Di sana ada ruang antara imaginasi dan karya mereka,
yang sekadar biasa dilewati dengan waktu mereka yang
panjang. Keterasinganku telah ada sejak manusia
memuji kebodohan kata-kataku dan mengutuk kejujuran
diamku. Saat kehidupan tidak menemukan seorang
penyanyi untuk menyanyikan lagu hatinya, ia menciptakan
seorang filsuf untuk menyatakan fikirannya. Alangkah
hormatnya hati yang terluka yang bisa menyanyikan lagu
kebahagian dengan hati gembira...
Andai saja aku harus memilih antara kekuatan lirik yang
tertulis , aku mesti memilih kenikmatan itu. Itulah syair
terbaik. Namun engkau dan orang di sekitarku yakin bahawa
aku sentiasa memilih yang terburuk.
Syair bukanlah pendapat yang diungkapkan. Ia ialah tempat
yang muncul dari luka yang berdarah atau dari bibir tersenyum.
Kata-kata ialah abadi, engkau harus menggunakan atau menulisnya
dengan pengetahuan keabadian tersebut...
Syair ialah rangkaian kebahagian, duka, cinta dan kebahagiaan
dengan sedikit kamus. Adakah seorang pujangga mencari pujaan
hatinya. Syair adalah kebijaksanaan yang mempersonakan.
Kebijaksanaan adalah syair yang bernyanyi dalam fikiran.
RABEAH MOHD ALI:
Syair yang dikarang berdasarkan imaginasi
Akan menghanyutkan bersama imaginasi pembaca
Maka terlukislah imaginasi menjadi realiti
Di kotak pemikiran si pengarang dijelmakan ke pembaca
Si penyair mengarangkan keindahan cakarawala
Dikaitkan dengan cinta sesama insan
Maka terlahirlah lagu puisi cinta
Bahasa puitis seiring dengan keindahan percintaan
Percintaan berfaktakan keindahan bulan
Pasti akan menghanyutkan indahnya percintaan
Yang terbit dari dalam hati penuh keikhlasan
Tanpa harap balasan si pujaan
Bagi si pengkarya yang paling utama
Meletakkan cintanya sesuci alam yang setia kepada PenciptaNya
Mantasbih zikir bukti cinta pada Pencipta
Itu adalah simbolik kepada insan yang mahu bercinta.
RANS ROMEO:
Salam hormat ananda ke hadapan Bonda Rabeah Mohd Ali
yang telah hadir dengan nasihat dan penyampaian
hikmatnya. Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi
bonda. Yang ananda tahu dunia sudah tua, mari kita
bantu sesama saudara-saudara kita untuk tingkatkan
takwa kepada Tuhan Yang Maha Esa...Ananda tahu...
Allah tempat kita bergantung, agar kita selalu
beruntung dan jangan pula kita terpesung. Ananda
masih banyak belajar untuk perbanyakkan zikir kepada
Allah Yang Maha Basir, agar kelak ananda selalu
berfikir dijauhkan sifat kikir...
RABEAH MOHD ALI:
Semua orang diberi kelebihan,
Kerana Allah Maha Adil pada setiap hambaNya;
Gunakan segala kelebihan yang DiAnugerahkan,
Akan terasuh sifat pemurah ilmu dan harta benda.
Duhai nanda jangan berasa merendah diri,
Biarpun kutahu Allah memberi segala KurniaanNya padamu:
Bersyukur apa adanya yang ada pada diri,
Pasti ketenangan abadi milikmu.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
3 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment