Piah...
Maafkan ibu...
Pemergiaan Piah masih lagi terkesan di hati ibu.
Luka Piah...Lukanya terlalu mendalam!
Luka yang ditanggung ibu tiada kesembuhan!
Semasa ibu terima berita kematian Piah yang tragis
pada hari itu rasanya bagai nak kiamat dunia ini!
Langit seolah-olah menghempap ibu.
Ibu tidak sangka sama sekali kenapa ini harus terjadi?
Mana ibu sangka ayahmu berubah sikap menjadi sekejam
itu? Yang ibu tahu... dia begitu prihatin pada Piah.
Itu cuma sandiwaranya saja.
Sangkaan ibu meseleset sama sekali!
Di hadapan ibu dia layan baik Piah
tapi di belakang ibu dia lakukan sekejam itu.
Ibu tak sangka Piah...!
Benar-benar tak sangka kenapa ini harus terjadi.
Maafkan ibu Piah.
Semalaman ibu menangis pada hari kematian Piah.
Jenazah Piah ibu peluk erat-erat sambil mencium
pipi Piah yang sejuk itu.
Pipi Piah disimbahi dengan air mata kekesalan ibu.
Piah...kesalnya ibu ketika itu hanya Allah saja yang tahu.
Kesal kenapa ibu tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya
pada Piah di kala Piah hidup.
Ibu salahkan diri ibu Piah!
Betullah apa yang Piah kata kasih sayang
yang hendak dicurahkan sudah terlambat.
Ya... sudah terlambat Piah!
Selama ini ibu sibuk mencari wang untuk menyara hidup kita
sekeluarga. Sebab itu ibu hantar Piah pada nenek untuk
jaga Piah. Cuma sebulan sekali menjenguk Piah di kampung.
Ayahmu yang bekerja ikut suka hatinya sebagai pembantu
kedai runcit manalah cukup menanggung perbelajaan untuk
hidup di kota raya ini.
Tidak sangka pula perkara ini berlaku ketika Piah bercuti
sekolah. Ibu ingat nak bawa Piah pergi ke Zoo Negara
tapi belum sempat hajat ibu hendak membawa Piah jalan-jalan
ke Zoo Negara... begini pula jadinya.
Kalaulah ibu tahu akan ini jadinya...takkan ibu ambil Piah
di kampung! Tapi manalah ibu tahu Piah...apa yang sudah tertulis
dalam Qada dan Qadar. Piah pergi tinggalkan ibu dengan cara
yang menyayatkan hati ibu...dan menyayatkan hati semua orang.
Piah anak yang baik Piah!
Kelahiran Piah tidak pun menyusahkan ibu...
Tapi ibu yang tak tahu bersyukur dengan Kurniaan Allah
pada ibu mengurniakan anak sebaik Piah.
Kalau bolehlah diulangkan masa...
Mahu ibu pelihara Piah sebaik mungkin!
Menjadi ibu yang bertanggungjawab dan
menyayangi Piah ikhlas sepenuh hati
kerana Allah Taala.
Tapi itu cuma illusi yang tak akan menjadi kenyataan!
Maafkan ibu Piah!
Semenjak Piah tinggalkan ibu...
Tiada bererti lagi hidup ibu.
Hari-hari yang dilalui hambar
dan penuh kekecewaan.
Gambar Piah sentiasa di sini ibu.
Bila rindu ibu cium gambar Piah
seolah-olah ibu cium pipi Piah.
Alangkah bahagianya jika ibu lakukan
kasih sayang ini ketika Piah hidup?
Benarlah kata Piah, ibu sudah kelewatan
untuk memberi kasih sayang.
Inilah yang ibu tanggung akibat melalaikan
kasih sayang pada Piah anak yang terlalu baik!
Piah...
Ibu benar-benar rindukan Piah!
Barulah ibu faham perasaan Piah yang selama ini
ingin dimanja dan dibelai tapi ibu saja buat-buat
tak faham. Kejamnya ibu pada Piah!
Kasihan Piah tidak dapat mengecapi kasih sayang
dari ibu dan ayah.
Ibu dan ayah telah terima hukum karma.
Ibu dan ayah telah terima pembalasan dari Allah
akibat menzalimi anak sendiri.
Piah...
Ibu tahu Piah telah aman di Sana.
Memang patut Piah berada di Syurga
tempat yang penuh kasih sayang suci...
murni sesuci tempatNya balasan yang Allah
berikan kepada hamba yang dicintaiNya.
Piah...maafkan ibu...
Doakan agar Allah ampunkan dosa ibu yang lalai
memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Ya Allah ampunkan kesalahanku yang telah
kulakukan kepada anakku yang tidak berdosa.
Izinkan aku bertemu dengannya di SyurgaMu nanti.
Mahu kutebus segala kerinduan dan kasih sayang
yang sepatutnya kulakukan di masa hidupnya.
Ya Allah tolonglah perkenankan doa hambamu ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
9 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment