Wednesday, 6 July 2011

BUDIMU LAKSANA BULAN

MKR KHALIDI RAMLI:

Kuala Terengganu. Tadi makan tengahari bersama
kawan sekelas masa belajar i.e. YB Ir Rosli Rosli
Othman.  Malam ini nak jumpa kawan serumah masa
mengaji i.e. Tuan Haji Nazmi Ghazali.

RABEAH MOHD ALI:

Memanjangkan talisiraturrahim amalan terpuji,
Berbudi bahasa perhiasan diri;
Suka belanja bertambahnya rezeki,
Menjadi amalan orang yang baik hati.

MKR KHALIDI RAMLI:

Assalamualaikum sahabatku yang baik hati di sana,
Moga kebaikan janganlah jemu;
Kerana besar ganjarannya di Sana,
Macam mana dah layari ke blogku.

Kalau sudah apa pendapatmu,
Kalau sibuk tak mengapa kutunggu;
Bukan mudah hendak mendapat ulasanmu,
Sentiasa sibuk dengan perjuanganmu.

Sabar itu separuh daripada iman,
Kupujuk hati sabar menunggu;
Perjuanganmu penuh kebaikan,
Moga Allah memberkati hidupmu.

Kalau tak sibuk nanti janganlah dilupakan,
Layari blog-blogku itu buat ulasan;
Ulasanmu amat kuharapkan,
Ulasan orang pandai yang Allah Kurniakan.

Kalau tak sudi nak buat ulasan tak mengapa,
Mungkin kesibukan masa tidak mengizinkan;
Kufaham keadaanmu itu duhai sahabat di sana,
Menabur jasa pada rakyat tak pernah kau lupa.

Kukagumi perjuanganmu,
Perjuanganmu tak pernah jemu;
Rakyat sayang padamu,
Mereka kenangi semua jasamu.

Hari-hari membuat kebaikan,
Membantu rakyat yang derita;
Budimu laksana bulan,
Sinarnya menyinari alam semesta.

Sifat riak bukan kamu orangnya,
Di mana saja merendah diri;
Bercakap besar bukan kamu orangnya,
Kerana kamu orang yang sedar diri.

Moga Allah sentiasa di sisimu,
Merahmatimu setiap masa;
Memberi hidayah kasih padamu,
Itulah balasan orang yang menghargai masa.

Sampai di sini pantun terhenti,
Di lain kali Insya-Allah berjumpa lagi;
Di alam maya perkenalkan diri,
Moga dirimu diriku Allah berkati.


(Insya-Allah pantun ini akan disiarkan
di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
 6 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;