Wednesday, 6 July 2011

SKRIP RAKYAT DENGAN YB ABDUL RAZAK KHASBULLAH

SKRIP RAKYAT DENGAN YANG BERHORMAT ABDUL RAZAK KHASBULLAH
PEMIMPIN KESAYANGAN RAKYAT


ZIARAH HAZIQ HIDAYAT KETUMBUHAN DI KEPALA PADA
4/7/2011 - 2.30 PETANG.
"Ziarah prihatin adik Haziq Hidayat Bin Mohamad Zamri,
8 tahun, ketumbuhan dan kepala semakin membesar.

ABDUL RAZAK KHASBULLAH :

Rawatan susulan di Hospital dan Haziq tidak boleh aktif
seperti kanak-kanak lain...cepat pening...Kad OKU telah
siap dan sedang diusahakan bantuan bulanan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah.

ZAWVIAH SEHUDI:

Insya-Allah adik Haziq akan menerima bantuan pelajar
miskin tidak lama lagi daripada Yayasan Bestari Kuala
Langat sedang diusahakan.


AZIZAN ABDUL AZIZ:

Salam Tuan.  Tahniah teruskan membantu rakyat...
Jangan kira fahaman politik. Hanya untuk rakyat.

RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih ARK kerana prihatin dengan masalah adik
Haziq Hidayat.

Terima kasih Yayasan Bestari Kuala Langat kerana memberi
bantuan kepada pelajar miskin.  Moga Allah sajalah yang
dapat membalas budi baik kalian.  Keprihatian pemimpin
sebeginilah yang dikehendaki rakyat!


RABEAH MOHD ALI:

SKRIP ADIK HAZIQ HIDAYAT, IBU  DAN YB ABDUL RAZAK KHASBULLAH


ADIK HAZIQ HIDAYAT;  Ibu... dengan bantuan ni...dapatlah rawat
sakit Haziq ye bu..." kata Haziq Hidayat kepada ibunya sambil
diperhatikan ARK dengan penuh terharu.

ABDUL RAZAK KHASBULLAH: Hidayat... sabar ye...nanti pakcik
bantu apa yang termampu ye ..."  kata ARK memberi sokongan
kepada adik Haziq Hidayat.

ADIK HAZIQ HIDAYAT: Iye ke pakcik? Adanya bantuan tu nanti
cepatlah sembuh sakit Hidayat...kan pakcik? Dah sihat nanti
Hidayat nak rajin pergi sekolah...belajar sampai pandai,
dah besar nanti boleh bantu emak Hidayat dan Hidayat nak
jadi macam pakcik suka bantu orang susah macam keluarga
Hidayat... tentu seronok hidup macam tu kan... pakcik?"

ABDUL RAZAK KHASBULLAH: Jangan risau ye puan...saya akan
bantu apa yang termampu ye...Insya-Allah Hidayat akan dapat
bantuan dari kerajaan dan Insya-Allah Hidayat cepat sembuh
saya doakan.

IBU HAZIQ HIDAYAT:  Bagaimana tingginya songkok YB ARK,
macam tu lah tingginya hajat anak saya YB," kata ibu
Hidayat penuh pengharapan.

ABDUL RAZAK KHASBULLAH: Jangan risau puan... Insya-Allah
bantuan akan sampai tak lama lagi...cuma sabar je sikit
hari lagi dapatlah bantuan tu...adik Hidayat pakcik janji
bagaimana tingginya songkok pakcik ni, ha macam tu lah
tingginya hajat pakcik nak memenuhi hajat Hidayat dan
emak ya...Puan jangan risau semuanya ditanggung beres...!


IBU HAZIQ HIDAYAT:  Baiklah saya tunggu bantuan anak saya tu.
Apapun saya ucapkan jutaan terima kasih kerana susah payah
YB ARK membantu anak saya ni, moga Allah saja yang dapat
membalasNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
4 Julai 2011
        

0 comments:

Post a Comment

 
;