Kukarangkan pantun seorang gadis,
Pantun diberi tajuk Weerdaa Bey Gadis Ceria;
Apabila tersenyum bertambah manis,
Setiap hari hidupnya gembira tertawa ria.
Warna kegemarannya merah jambu,
Kalau tak percaya lihat pakaiannya;
Hingga teman-teman menggelarnya si merah jambu,
Katanya pink itu indah warna paling digemarinya.
Sahabat setianya bersama alam,
Alam teman bicaranya di kala sepi;
Dikagumi indahnya ciptaan Tuhan Semesta Alam,
Keindahan alam dihayati dan dihargai.
Di tepian pantai cerianya Weerdaa,
Bergaya sakan buat hati terhibur;
Dituip angin sepoi-sepoi bahasa,
Pada Allah dilafazkan Syukur.
Weerdaa Bey gadis ceria,
Apa masalah dikongsi bersama;
Apa kabar Weerdaa di sana,
Saya di sini rindukan kabar berita.
Indahnya suasana pantai memukau pandangan,
Luasnya pepasir saujana memandang;
Si Weerdaa gembira seolah berterbangan,
Keindahan panorama hingga lupa nak pulang.
Tika di puncak gunung Kinabalu Weerdaa terpegun,
Keindahan di situ buat hatinya terharu;
Teringat dia di kampung halaman,
Bermain ombak kecil airnya biru.
Taman bunga sumber inspirasi,
Gugusan bunga pink amat diminati;
Bila bergambar cantik sekali,
Mahu dikirim pada sahabat sejati.
Weerdaa Bey gadis remaja,
Di matamu ada pelangi;
Hidupmu sentiasa ria,
Seceria cintamu yang mewangi.
Kau merenung jauh masa depanmu,
Kuatkan azammu tanpa jemu;
Berusahalah selagi mampumu,
Kejayaanmu kejayaanku.
Kalau tak sudi nak ingat tak apalah,
Namun kamu sentiasa di hatiku;
Tengok gambarmu pun jadilah,
Senyumanmu begitu menawan hati.
Maafkanku kiranya ada yang tersalah,
Mana tahu ada bicaraku kecilkan hatimu;
Moga tak kuulangi bicara yang salah,
Kukagumi semangat senimu itu.
Gambar dikirim sudah dihayati,
Membuatkan hati terpaut pada alam;
Sukanya aku sahabatku mengerti,
Kerananya aku bersyair mengenai alam.
Sekian sahaja pantun Weerdaa Bey gadis ceria,
Kukarangkan pantun buat koleksi untukmu;
Tanda kasih sayang ikhlas untukmu Weerdaa,
Kuabadikan di blogku: sasterakuduniaku.
Karya: Rha NS
4 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment