Wednesday, 6 July 2011

INGIN KUANYAM HALUSINASI MENJADI REALITI

MKR KHALIDI RAMLI:

Lestari gerincing menerjah situasi,
Merestu ombak melukis di laut gelora;
Terpatri runsing meresah halusinasi,
Bertemu berpasak merenjis dipaut mesra.


RABEAH MOHD ALI:

Ingin kuanyam halusinasi menjadi realiti,
Biarpun dibakar terik mentari;
Takkan undur walaupun seinci,
Demi kerana agama bangsa dan negara.


RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih Mkr Khalidi dan Norliza,
Kupintal persahabatan dengan jerami penuh ikhlas;
Biarpun ku tak tahu kalian entah di mana,
Sudi memahami yang tersirat tanpa harap dibalas.

Moga kita bertiga menjadi sahabat setia,
Di alam maya bertukar pandangan dan idea;
Apa pendapatmu kalian berdua,
Kunantikan jawapanmu duhai insan di sana.


NORLIZA MOHD:

Menjadi sahabat setia sudah terlaksana,
Bertukar pandangan dan idea untuk pengetahuan;
Kusambut salam persahabatan dariku untukmu di sana,
Bertambah saudara sesama Islam duhai kawan.


RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih duhai kawan di sana,
Kerana sudi menyambut persahabatan ini;
Moga kita sahabat sehati sejiwa,
Mendapat keredhaan Allah itu dikehendaki.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
27 Jun 2011
 

0 comments:

Post a Comment

 
;