Thursday, 7 July 2011

BERGAMBAR BERSAMA TYT DI ISTANA NEGERI SABAH

 DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN:


SEKEPING GAMBAR KENANGAN UNTUK DIABADIKAN,
KUNJUNGAN RESMI KEHORMAT KE ISTANA NEGERI
SABAH UNTUK MENEMUI TYT YANG DIPERTUA
NEGERI SABAH TUN DSP HJ JUHAR MAHIRUDDIN .
MEWAKILI SEMUA AHLI MAJLIS TERTINGGI DEWAN
PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA SABAH.
By: Dato' Seri Zaleey Jazz


RABEAH MOHD ALI:

Nampak gembira di wajah masing-masing,
Apabila bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
Menjadi kenangan untuk dikenang,
Dikenangkan juga  seluruh rakyat Sabah.

Tahniah Datuk dan semuanya,
Moga Sabah aman sentiasa;
Mempunyai pemimpin berhati waja,
Sabah aman dan sejahtera.

Tahniah Datuk dan juga rombongan,
Teruskan perjuangan mentadbir Sabah;
Rakyat Sabah memerlukan  pembelaan,
Membela nasib semua rakyat Sabah.

Terima kasih Datuk Jem,
Memberi sokongan pada Warisan Seni;
Sama-sama ucapkan tahniah dikirim,
Dikirimkan di alam maya tanda menghargai.

Di alam maya menyambungkan persahabatan,
Sahabat yang diingati disampaikan ucapan;
Sejambak kalungan tahniah ingin disampaikan,
Kepada para Datuk dan juga rombongan.

Ahli perniagaan Sabah berhati murni,
Bersama kerajaan membangunkan Sabah;
Tiada rasa pentingkan diri sendiri,
Keuntungan dinikmati bersama rakyat Sabah.

Bertuahnya rakyat Sabah mempunyai pemimpin,
Pemimpin berganding bahu dengan ahli perniagaan;
Saling bekerjasama demi pembangunan,
Negeri Sabah sentiasa dalam kecemerlangan.

Apa jua masalah dikongsi bersama,
Antara rakyat dan juga pemimpin;
Perdana Menteri sentiasa memberi kerjasama;
Agar Semenanjung dan Sabah sentiasa bergandingan.

Rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa tidak dilupakan,
Kerajaan Malaysia amat prihatin;
Susah senang sama ditempuhi dalam kesabaran,
Moga 1Malaysia hidup dalam keharmonian.

Kami Sayang Sabah Kami Sayang Malaysia,
Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga 1Malaysia  aman sejahtera,
Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.


Karya:  Rha NS
7 Julai 2011

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

0 comments:

Post a Comment

 
;