Wednesday, 6 July 2011

MENGHARAPKAN KEREDAANNYA

HUJAH MUJAHIDDIN AL-HASSAN:

Subhanallah - Ustaz Asri Ibrahim

FAIRUS HAKIM:

Syukur Alhamdulillah, semenjak join RM100.00
jom lihat sebentar realiti: http://bit:ly/ktlavHH

RABEAH MOHD ALI:

Menyebarkan Kalam Allah tanpa jemu,
Akan masuk terus menerus ke akaun saham akhirat;
Seorang sahabat pula wang masuk terus ke akaunmu,
Mana satu pilihanmu akaun dunia atau saham akhirat.

HUJAH MUJAHIDDIN AL-HASSAN:

Rabbana atina fiddunnia hasanah wa fil akhirati
hasanatawwa qina azabannar...Amin.

RABEAH MOHD ALI:

Kedua saham diperlukan duhai kawan,
Kehidupan dunia memerlukan kewangan kukuh;
Rezeki melimpah ruah sempurna kehidupan,
Membuatkan keimanan bertambah teguh.

Keimanan teguh tanpa kemiskinan,
Hasil usaha dan keyakinan;
Saham dunia dan akhirat seiring sejalan,
Bahagia dunia akhirat itu dimahukan.

HUJAH MUJAHIDDIN AL-HASSAN:

Hendaklah Islam difahami Syumul,
Sepertimana kehendak Rasullullah;
Hidup sendiri atau bergaul;
Agar doa dapat dimakbul.
Bangunlah kita jadi gembala:
Agama suci pegangan kita;
Rancangan musuh mesti waspada;
Agar umat tetap berjaya.

RABEAH MOHD ALI:

Agar umat tetap berjaya,
Asalkan tiada dengki mendengki;
Tiada cium bau Syurga,
Akibat wujud dengki di hati.

Agama suci pegangan kita,
Dihayati dengan muhasabah diri;
Apalah ada banyaknya harta,
Hanya semata hiasan duniawi.

Islam Syumul itu yang dimahukan,
Berbaik sangka sesama rakan;
Bermuafakat bersama mencari keredhaan,
Pada Allah digantungkan harapan.

Kesabaran menempuh pelbagai dugaan,
Untuk melakukan segala kebaikan;
Syurga dunia bagi hamba keduniaan,
Kesulitan demi kesulitan untuk tiket ke Syurga.

Kehadiranmu sahabat penenang iman,
Dalam pemikiranmu hanya ada Allah dan RasulNya;
Moga kita semua terpilih menjadi orang beriman,
Mengharapkan keredhaanNya tak kira di mana berada.

Karya:  Rha NS
6 Julai 2011

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

0 comments:

Post a Comment

 
;