Monday, 4 July 2011

PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
Kumpulan Bersih Berhimpun  beramai-ramai,
Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

Beta yakin kepimpinan YAB Perdana Menteri,
Boleh menangani sebaik mungkin masalah ini ;
Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

Beta menyeru kepada pihak kerajaan,
Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,
Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
Tidak mengikut segala perasaan,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,
Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
Semua perkara dirunding demi keharmonian.

Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,
Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

Yang penting adalah sifat kesederhanaan,
Bertolak ansur demi kesejahteraan negara;
Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,
Daulat Tuanku! Ampun Tuanku;
Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.


Karya: Rha NS
4 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;