Terima kasih saudaraku,
Kerana terimaku sebagai sahabatmu;
Moga ilmumu dapat membantuku,
Memperkayakan ilmu kesusasteraan Melayuku.
Kemala nama yang dikenal peminat,
Ahmad Khamal Abdullah baru nak kenal;
Antara keduanya sama-sama minat,
Kerana keduanya sama terkenal.
Dua sahabat bertemu di alam maya,
Teringat kisah di waktu kecil;
Menjadi tim bola Anak Serigala,
Kini kedua-dua sahabat sama-sama terkenal.
Biar ombak datang membadai,
Kuteruskan juga perjuanganku ini;
Biar hati hancur berkecai,
Relaku mati di negaraku sendiri.
Salam kabar puisi buat saudara,
Sepi puisimu tiada kabar berita;
Moga dikau terus berkarya,
Karya inspirasimu yang terusik di sana.
Terima kasih atas kiriman lagu,
Kerana memahami apa mahuku;
Moga sejahtera hidupmu,
Menyebarkan lagu mengusik kalbu.
Jangan ditanya jika itu takdirnya,
Syukur apa yang dimiliki;
Segalanya ada hikmatnya,
Yang sudah tercatat di Azali.
Memanjangkan talisiraturrahim amalan terpuji,
Berbudi bahasa perhiasan diri;
Suka belanja murah rezeki,
Menjadi amalan orang yang baik hati.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran,
Kepada saudara Jaya Ramba Wulan;
Moga dikau sentiasa beroleh kejayaan,
Kukagumi bait katamu seindah bulan.
Teringatku di kampung halaman,
Port Dickson ku berlari di tepian pantai;
Duduk berkarya semalaman.
Sambil menghayati keindahan pantai.
Bila senja melabuhkan tirainya,
Indahnya Subhanallah memuji Kebesaran Tuhan;
Sememangnya Port Dickson indah pantainya,
Terkenal sejak zaman berzaman.
Terima kasih Shuhaimi yang budiman,
Kerana sudi perkenalkan tempat kelahiranku;
Mengingatkan kenangan kampung halaman,
Panoramanya indah rasa tak jemu.
Anak jelatik terkedek-kedek,
Patah sayap dipijak budak;
Isteri di rumah tak berbedak,
Hilang cantik terus dicampak.
Malang sungguh nasib diri,
Cinta sejati bukan milikku;
Ke manakan kubawa hati,
Dia pergi kerana dah jemu.
Kupujuk hati berkali-kali,
Tak mengapa kalau tak sudi;
Kunilai cinta di lain kali,
Biar yang datang cinta sejati.
Pasti datang cinta sejati,
Mengubat hati yang pedih luka;
Mengucap syukur cinta Illahi,
Mengurniakan cinta penyeri hati.
Kalau tak sudi tak mengapa,
Namun kau sentiasa di hatiku;
Tengok gambar pun jadilah,
Senyumanmu menawan hati.
Terima kasih Rosniza Nieza,
Kerana sudi bersahabat denganku;
Senangnya hati berkawan denganmu Niza,
Senyumanmu kupandang rasa tak jemu.
Terima kasih Azim Saleh,
Kerana sudi berkawan denganku;
Moga kamu menjadi hamba yang soleh,
Beramal soleh janganlah jemu.
Karya: Rha NS
5 Julai 2011
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment