DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN:
Salam aqidah, saya agak terkejut tapi menerima
dengan redha juga kerana dalam diam saya di
permainkan oleh orang saya sendiri, kata dulang
paku tersepit kata orang dia sendiri yang buat,
mereka di depan saya manis seperti gula, di
belakang saya mereka memulakan operasi M16"
mereka berbaik dengan orang yang mereka caci,
depan saya mereka umpat habis-habisan, macam
mana tu perangai dia?
RABEAH MOHD ALI:
Memang susah hendak mencari sahabat sejati,
Yang ada berpura-pura memuji;
Di belakang kita mengumpat mengeji,
Itulah ada manusia di zaman kini.
Berbaik dengan kita kerana kelebihan yang ada,
Dipuji untuk mendapat perhatian;
Hilang kelebihan jauhlah dia,
Kerana sudah tiada memberi keuntungan.
Berhati-hati memilih kawan,
Kawan setia adalah anugerah;
Keburukan dibalas dengan kebaikan,
Niscaya hilang segala marah.
Jika hati rasa tidak tenteram,
Berterus terang jalan keluarnya;
Mana tahu tiada yang bermuram,
Kemesraan bersahabat terjalin semula.
Jika tiada juga perubahan,
Tanyalah hati tanyalah iman;
Jika berjauhan ada ketenangan,
Asalkan bertemu hulurkan salam persaudaraan.
Duhai sahabatku yang budiman,
Terkeduku mendengar pengakuan ikhlasmu itu;
Sifat memohon kemaafan satu amalan kebaikan,
Moga Allah membalas segala amalan kebaikanmu.
Rakyat di luar sana menunggumu sahabatku,
Menunggu ideamu bagaimana nasib mereka harus dibela;
Menanti masalah mereka diselesaikan tanpa jemu,
Justeru diharapkan pemimpin kesayangan datang membela.
Dalam meneruskan perjuangan memang penuh berliku,
Justeru anggaplah itu bukan penghalang buatmu;
Berjuanglah dengan penuh tabah sahabatku,
Moga di mana kau berada Allah memberkatimu.
Ku di sini sentiasa mendoakanmu,
Menjadi pemimpin kesayangan rakyat jelata;
Berjuang dan membela tanpa jemu,
Demi keamanan rakyat dan negara.
Moga kita semua tergolong daripada orang yang berjaya.
Berjaya di dunia
Berjaya di kubur
Berjaya di akhirat
Berjaya meniti shirat
Berjaya bertemu di Syurga Insya-Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
4 Julai 2011
.
(Disiarkan di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
4 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment