KENANGAN TIKA MENGHADIRI KURSUS PENULISAN 16 TAHUN DAHULU
16 tahun dahulu tika bas yang membawa kami sebagai peserta kursus penulisan menuju ke Tanjung Sedeli Johor Darul Takzim, ku lihat ada kain rentang di tepi jalan berbunyi, 'SELAMAT DATANG PESERTA KURSUS PENULISAN SKRIP PERINGKAT KEBANGSAAN ASWARA KE JASON BAY TANJUNG SEDELI JOHOR DARUL TAKZIM.' hatiku begitu terharu bercampur gembira seolah-olah aku ni tetamu yang ditunggu-tunggu dan dihargai kedatangannya. Aku mulalah berangan...konon-kononnya aku sudah menjadi penulis berjaya...mulalah sepanjangan jalan tersenyum tak sudah.
"Kak Beah...napa tersenyum aje ni...." tanya Suraya yang duduk di sebelahku
"Su tengoklah tu...kita disambut meriah...macamlah kita ni dah menjadi penulis terkenalkan....hihihi"
"Ye lah kak....Su tak perasan pun...entah-entah kedatangan kita disambut dengan paluan kompang.....hihihi"
"Akak ingat akak aje seorang yang perasan...Su juga perasan rupanya...."
Kami berdua tergelak bagai nak putus urat perut hinggakan semua peserta menoleh ke arah kami.
Penceramah yang hadir semuanya hebat-hebat penyampaiannya. Kami peserta kursus belajar di bawah pohon rendang di tepian pantai. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Pabila petang aku dan Suraya pergi di tepian pantai bermain ombak sambil memerhatikan mentari melabuhkan tirainya. Amat indah dan mempesonakan.
Kursus selama tiga hari . Dapat banyak ilmu penulisan skrip yang ditimba. Aku berjaya juga menghasilkan skrip tapi dalam simpananku aje...ayahanda chik macam mana pula sudah berapa banyak disiarkan? Pasti banyak kan...
Penulis at Perkhidmatan Minda Kreatif | |
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI) 8 November 2011 |
0 comments:
Post a Comment