Wednesday, 9 November 2011

BERPUTIK SUDAH CINTA ANTARA DUA BENUA



Ayahanda Chik
Tinggi sungguh pohon kelapa,
Bergelak ketawa bersuka ria;
Selamat siang Ayahanda Chik menyapa,
Moga sahabatku sentiasa berbahagia.....

Bergelak ketawa bersuka ria,
Penat berjalan naiklah kereta;
Moga sahabatku sentiasa berbahagia,
Menjalin ukhwah sesama kita.....

Penat berjalan naiklah kereta,
Singgah sebentar di rumah mertua;
Menjalin ukhwah sesama kita,
Akan sejahteralah kita semua.....

Semilir angin menyapa ke muka,
Segar terasa tak akan dilupa;
Gelanggang pantun sudah dibuka,
Ayahanda Chik menunggu sahabat menyapa.....
· · · 4 hours ago ·

  • You, Bunga Seroja and 22 others like this.
    • Rahman Zaher A met siang ayahanda.
      untuk daerah surabaya dan skitar.na (indonesia)
      4 hours ago · · 3
    • Ayahanda Chik Rahman Zaher A ....senyuman manis di tepi bibir....terima kasih kerana hadir.....
      4 hours ago · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Ku di sini menyahut sapaan ayahanda,
      Ayahanda chik yang sentiasa sabar dan penyayang;
      Moga hidupmu sentiasa dilimpahi rahmatNya,
      Berkat hidup dalam berkasih sayang.
      2 hours ago · · 2
    • Bunga Seroja Salam sahabat tak dilupa, gelak tawa rianglah sudah.... Ayahanda sudah menyapa.. Bunga tertawa met siang juga.....hehehe
      2 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Bunga kehadiranmu sentiasa dinantikan,
      Kehidupanmu sentiasa berbunga-bunga cinta;
      Cinta menyintai sesama insan,
      Berputik sudah cinta antara dua benua.
      (Hihihihi)
      2 hours ago · · 3
    • Bunga Seroja Hehehe.....Bundaq Rabeah....dimana mana tak dilupa bila purnama telah tiba disitulah bunda berada memancarkan sinar senyum yang penuh ridha...serojapun senanglah sudah bertemu bunda yang baik hatinya....
      2 hours ago · · 2
    • Ayahanda Chik Pada teman yang sudi menyapa,
      Alhamdulillah pembuka bicara;
      Walau kita tak pernah berjumpa,
      Di laman fb Ayahanda Chik kita bersua.....
      about an hour ago · · 1
    • Ayahanda Chik Bonda Rabeah Mohd Ali cantik menawan,
      Bunga Seroja mekar bak purnama;
      Resam manusia hidup berkawan,
      Teman ketawa menangis bersama....
      about an hour ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Teman ketawa menangis bersama,
      Itu tandanya sahabat sejati,
      Budi yang baik diingat bersama.
      Ke mana pergi pasti diingati.
      56 minutes ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Duhai bunga serojaku,
      Kata-katamu berkias puitis;
      Bikin hatiku ingat padamu,
      Tak kulupa senyumanmu yang manis.
      53 minutes ago · · 1
    • Adjimocco DicograpyHitam'putih Inginjadilike'rsSejati Makasih jempolnya
      52 minutes ago · · 1


  • (PETIKAN DARIPADA WALL AYAHANDA CHIK)
    9 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;