Rabeah Mohd Ali
DUHAI HATI BELAJARLAH ERTI SYUKUR
Duhai hati kenapa kau tak seceria orang lain?
Macam mana aku nak ceria ...sahabatku
Orang di sekelilingku kaya raya aku miskin
Habis tu kau cemburulah ni?
Siapa tak cemburu....
Mereka tak perlu berusaha keras
Keturunan mereka pun sudah kaya raya
Kenapa engkau nak cemburu... mereka kuat usaha ...
Habis aku miskin sebab aku tak usaha ...itu maksud kau kan?
Usaha tangga kejayaan tapi kalau Allah tidak izinkan lagi
kau kena redha... ada hikmahnya
Mana tahu Allah hendak memberi kekayaan padamu setelah
kau telah bersedia untuk menjadi hambaNya
Jutawan dunia Jutawan Akhirat
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Itu yang kumahukan sahabatku
Tapi mesti diingat ye...
Biar kaya macam mana pun kau...kau tetap miskin
Kenapa...kau kata begitu ...duhai sahabatku?
Kau lahir ke dunia ini tanpa pakaian dan harta
Dan kau kembali kepadaNya pun cuma sehelai kain kapan!
Masya-Allah ...aku tak terfikir pun sampai ke situ
Terima kasih sahabat kerana mengingatkan aku pentingnya belajar erti syukur.
Karya Rha NS
11 November 2011
· · · 6 hours ago
- Athaya Nabila and 4 others like this.
(PETIKAN DARIPADA PENAWAR BAGI HATI)
11 November 2011
0 comments:
Post a Comment