Tuesday 8 November 2011

AL-QUR'AN PEMBELA DI ALAM BARZAH



AL-QUR'AN PEMBELA DI ALAM BARZAH


Pagi ini aku tercari-cari di mana tafsir Al-Quran yang selalu ada ruang tamu.

Zana mana tafsir Quran yang Encik Hadi bagi tu?

Encik Hadi adalah Majikan Zana. Dia hadiahkan Zana sebuah Tafsir Al-Qur'an
sempena Hari Lahir Zana Ke- 26 tahun." Zana hari-hari mesti baca Al-Qur'an ye walaupun 1 muka surat kerana dialah pembela kita nanti," pesan Encik Hadi. Moga Allah murahkan rezekinya melimpah ruah. Amin.

Ada di bilik hujung.

Kenapa dialihkan? Ibu suka Al-Qur'an berdekatan dengan ibu...
Dialah pembela kita
Dialah peneman kita di alam barzah
Dialah penerang kubur yang gelap gulita
Dialah yang menyelimuti kita di kala kita kedinginan di alam kubur

Berjauhan dengannya ...rugilah
Berdekatan dengannya seakan dia memanggil-manggil agar dia dibaca
dan dihayati dan diamalkan
Melihatnya motivasi untuk kita setiap hari

Ya Allah
Dengan adanya KalamMu yang suci
Penerang Segala Alam Semesta CiptaanMu
Justeru terangkanlah hatiku dengan keberkatan Al-Quran
Jadikanlah aku pencinta Al-Quran
Jadikanlah aku penghafal Al-Quran
Jadikanlah aku pengajar Al-Quran
Supaya aku dekat denganMu dan mereka juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Apa yang ibu doakan itu?

Supaya ibu menjadi pencinta Al-Qur'an
Al-Qur'an pembela ibu di alam barzah

Zana pun nak jadi pencinta Al-Qur'an
Kerana Al-Qur'an pembela zana di alam barzah

Ya Allah jadikanlah semua anak cucu-cicitku pecinta Al-Qur'an
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
8 November 2011
· · 12 hours ago


  • Datuk Jem and Ayahanda Chik like this.

    • Rabeah Mohd Ali Moga kita menjadi pencinta , pengamal, pelajar dan pengajar Al-Quran Amin Ya Rabbal A'Lamin
      2 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    8 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;