Tuesday 8 November 2011

KURSUS PENULISAN SKRIP PERINGKAT KEBANGSAAN ASWARA OGOS 1995


Ayahanda Chik added 5 new photos to the album Kursus Penulisan Skrip Peringkat Kebangsaan ASWARA Ogos 1995.
· · · 9 hours ago ·

  • 15 people like this.
  • 1 share
    • Ayahanda Chik Rabeah Mohd Ali.....harap dah boleh ingat momen2 indah di Jason Bay, Tanjung Sedili, Johor...16 tahun yang lalu.....
      8 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali
      ‎16 tahun dahulu tika bas yang membawa kami sebagai peserta kursus penulisan menuju ke Tangjung Sedeli Johor Darul Takzim, ku lihat ada kain rentang di tepi jalan berbunyi, 'SELAMAT DATANG PESERTA KURSUS PENULISAN SKRIP PERINGKAT KEBANGSAAN ASWARA KE JASON BAY TANJUNG SEDELI JOHOR DARUL TAKZIM.' hatiku begitu terharu bercampur gembira seolah-olah aku ni tetamu yang ditunggu-tunggu dan dihargai kedatangannya. Aku mulalah berangan...konon-kononnya aku sudah menjadi penulis berjaya...mulalah sepanjangan jalan tersenyum tak sudah.

      "Kak Beah...napa aje tersenyum...." tanya Suraya yang duduk di sebelahku

      "Su tengoklah tu...kita disambut meriah...macamlah kita ni dah menjadi penulis terkenalkan....hihihi"
      "Ye lah kak....Su tak perasan pun...entah-entah kedatangan kita disambut dengan paluan kompang.....hihihi"

      "Akak ingat akak aje seorang yang perasan...Su juga perasan rupanya...."
      Kami berdua tergelak bagai nak putus urat perut hinggakan semua peserta menoleh ke arah kami.

      Penceramah yang hadir semuanya hebat-hebat penyampaiannya. Kami peserta kursus belajar di bawah pohon rendang di tepi pantai. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

      Pabila petang aku dan Suraya pergi di tepian pantai bermain ombak sambil memerhatikan mentari melabuhkan tirainya. Amat indah dan mempesonakan.

      Kursus selama tiga hari . Dapat banyak ilmu penulisan skrip yang ditimba. Aku berjaya juga menghasilkan skrip tapi dalam simpananku aje...ayahanda chik macam mana pula sudah berapa banyak disiarkan? Pasti banyak kan...
      6 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik nanti posting artikel nie kat wall beah.....boleh kawan-kawan lain komen....
      6 hours ago · · 2

  • (PETIKAN DARIPADA WALL AYAHANDA CHIK)
    8 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;