Mat Kr
- You and 6 others like this.
Rabeah Mohd Ali Assamualaikum apa kabarmu di sana,
Lama tak dengar kabar berita;
Tentu sibuk dengan kerja,
Moga ceria selalu hendaknya.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Dah baca ke sang kuriang bahagian tiga,
Si Haslie Umar pencetus cerita;
Kalau kau baca tentu kelakar gila,
Baca jangan tak baca pasti kau suka.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Kalau tak nak baca tak apa,
Ku tahu Mat Kr selalu sibuk dengan kerja;
Kalau ada masa terluang sudilah baca,
Kalau tak ada masa nak buat macam mana.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Si Haslie Umar empunya cerita,
Bergelar Raja Di Rimba Nilam Puri;
Telah berlaku perebutan kuasa,
Makanya ditumpangkan anak pada Mat Kr rakan yang dipercayai.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Putera puterinya menjadi sahabat kepada Putera Sang Kuriang,
Diajar ilmu persilatan dan kepahlawanan diRaja;
Agar menjadi Raja yang gagah perkasa penuh kasih sayang,
Mempertahankan rakyat di Rimba Niagara dan Nilam Puri tercinta.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Dalam perebutan kuasa Raja Haslie Umar menang,
Datang ke Rimba Niagara menjemput putera dan puterinya;
Terhutang budi dengan Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang,
Kebaikan dibalas dengan kebaikan penyambung ikatan hati dan jiwa.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Puteri Raja Haslie Umar dikahwinkan dengan Putera Sang Kuriang,
Disambut besar-besaran penuh gilang gemilang;
Semua rakyat meraikan perkahwinan diRaja berhati girang,
Makanya ikatan Raja dan rakyat bertambahlah kasih sayang.
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Duhai Mat Kr....inilah cerita yang nenek nak cerita....
Nak tahu cerita selanjutnya tanyalah Tok Haslie Umar
(hihihi)
6 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Tersebutlah kisah syair istana,
Dikarang oleh Rabeah Mohd Ali;
Teater diarah oleh Mat Kr Yang bijaksana,
Dibantu oleh pengarah muda cikgu Hasli.
(Hehehe)
2 hours ago ·
Mat Kr kisah bermula di hutan belantara,
Raja Rimba menjadi teraju utama;
Rabeah & Haslie pencetus cerita,
menjadi bualan penglipurlara.
2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Sang Kuriang bermulanya cerita,
Dipelihara oleh bapa angkat penyayang;
Dididik penuh displin tak terkata,
Agar menjadi anak bijak dan cemerlang.
2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Comelnya putera & puterimu itu....siapakah gerangan namanya? Sudi ke mereka menjadi sahabat anak angkatku Sang Kuriang....hihihi ...dia ada di Rimba Niagara....tapi sudah ditabalkan menjadi Raja kini...hihihi
October 31 at 10:24pm · Like
Haslie Umar haha...puterinya....sang Syifa....yang besar tu...sang Amsyar...seorang lagi Sang Aqmar..sudi...kecil tapak nyiru stadium bukit jalil ku tadahkan.....rindu pada sang kuriang....
November 1 at 7:37pm · Like
Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi Sang Syifa, Sang Amsyar dan Sang Aqmar jadi sahabat Sang Kuriang mesti mereka bergurau senda dan gelak ketawa setiap hari...hihihi...Kalau Sang Syifa dah dewasa bolehlah menjadi suri Sang Kuriang....hihihi Kalau Sang Syifa suka ...tak perlulah Kuriang cari yang lain hihihi...tapi hendak ke Sang Syifa tinggal di Istana Rimba Niagara nanti...hihihi
November 1 at 9:11pm · Like
Rabeah Mohd Ali Khikhi nampaknya kena sambung Sang Kuriang Bahagian (Tiga) hihihii
November 1 at 9:13pm · Like
Haslie Umar biar mat kr jadi pengarahnya........dia on jer......mesti meletup
November 2 at 6:31am · Like
Rabeah Mohd Ali
Mana tahu dia on jer...yang ku tahu dia tu...sibuk dengan kerjanya...tak baik tau ganggu kerja dia...hihihi apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang aqmar...nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara ...See More
November 2 at 9:38am · Like
Haslie Umar Rabeah: hahaha.....mantap..memang mantap...cayalah....nanti mat kr jadi pengarah....
November 2 at 8:01pm · Like
Rabeah Mohd Ali Jadi...jangan tak jadi...sebab aku ini penuntut janji....hihihi
November 2 at 8:22pm · Like
Rabeah Mohd Ali
PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan Raja Ahmad Kamal. Raja Ahmad Kamal adalah sepupu kepada Raja Haslie Umar.
Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Yang tua bernama Putera Sang Amsyar. Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.
"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga
di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana... Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar kacir...."
Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah mententeramkan tangisan anakanda Puteri Aang Syifa.
"Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri Sang Syifa dengan tangisan pilu.
Ketika sampai di Istana Niaga...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri. Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.
Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama mempelajari ilmu persilatan mereka mahir dalam dan persilatan termasuk juga dengan Puteri Sang Syifa.
Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Umar Haslie dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.
Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan Raja Haslie Umar.
Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisur Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.
Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkahwin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.
Karya Rha NS
3 November 2011
November 3 at 10:33pm · Like
Rabeah Mohd Ali Apa pendapatmu duhai Raja Rimba Nilam Puri Haslie Umar tentang cerita Putera Sang Kuriang (Bahagian III) ini...ok tak... hihihi
November 3 at 10:35pm · Like
Haslie Umar terlebih ok wahai ratu rabeah semester alam....buat novel pun ok gak...
November 4 at 7:03am · Like
Rabeah Mohd Ali Iye ke Raja Haslie Umar Raja Rimba Nilam Puri Yang Gagah Perkasa Yang Mempunyai Putera & Puteri Berjiwa Pahlawan Rakyat Rimba Nilam Puri....silalah layari blog : sasterakuduniaku.blogspot.com
kerana telah kuabadikan cerita Putera Sang Kuriang Bahagian III
di blogku agar dapat dikongsi sama oleh pembaca alam maya yang kukasihi. Kudoakan kau sekeluarga bahagia dalam redhaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin
November 4 at 7:30am · Like
Write a comment...
2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang aqmar...nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara bersama sang kuriangku pasti ramai peminat menyerbu mereka mahu tandatangan...hihihi di zoo pula segala sang pun suka berkawan dengan mereka...aduh pasti gamat zoo hari itu dengan hiruk pikuk segala sang meraikan satu pesta kegembiraan kanak-kanak yang tak terhingga! Apa tidaknya yang berada di pentas 4 Sahabat mengadakan persembahan teater ,"PERSAHABATAN INDAH SANG KURIANG DENGAN SANG SYIFA, SANG AMSYAR DAN SANG AQMAR" Mereka berempat mengadakan persembahan yang begitu mantap hinggakan panggung bangsawan ZOO NEGARA...hiruk pikuk dengan tempukan paling gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada pengunjung zoo dan segala sang di zoo negara.
Kerana persembahan mereka begitu mantap dan tidak dapat dilupakan oleh semua yang menonton...KFC telah sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut. Amat meriah sekali.(hihihi)
2 hours ago ·
(PETIKAN DARIPADA WALL MAT KR)
9 November 2011
0 comments:
Post a Comment