Rabeah Mohd Ali
BERHARI RAYA AIDILADHA DI RUMAH MAK UDA
Selepas solat Asar aku, bonda Fatimah, Zana dan Sari pembantu
rumah bonda Fatimah, pergi berhari Raya Aidiladha di rumah Mak Uda.
"Siapa itu Mak Uda Kak," Tanya Sari
"Adik kepada Nenek Fatimah," jawabku
Sampai di rumah Mak Uda jam 5.30 petang. Pada ketika itu Mak Uda
sedang melayan tetamunya yang merupakan jiran yang berdekatan.
Kami disambut penuh kekeluargaan dan dijamu dengan pelbagai juadah.
Mak Uda meluahkan apa yang ada di hatinya pada ku.
"Rupanya umur Mak Uda ni dah lapan puluh tahun."
"Umur bonda Fatimah berapa Mak Uda."
"84 tahun bezA dengan Mak Uda 4 tahun."
"Tak sangka dah lapan puluh tahun umur Mak Uda...pejam celik
pejam celik dah tua Mak Uda...rupanya"
"Semuanya akan tua Mak Uda."
"Tua...tua...macam ni pun anak marahkan Mak Uda....." Mak Uda
menahan sebak di dadanya..."Sampai Mak Uda katakan padanya...
kalau aku mati janganlah kau datang tengok...." Mak Uda terus
menangis deras.
"Apa puncanya sampai jadi macam tu Mak Uda?"
"Iyelah....ada ke dia kata Mak Uda ni jahat mulut..."
"Kenapa..."
"Begini ceritanya...cucu Mak Uda tu...masa nak bersalin...tapi tak bersalin-salin susah sangat nak bersalin sampailah hari kedua tika
nak masuk wad bedah....berkat doa Mak Uda....cucu Mak Udah selamat
bersalin tanpa pembedahan...syukur Alhamdulillah."
" Habis tu ...apa yang membuatkan Mak Uda kecil hati sangat ... "
"Ye... dahlah kutuk-kutuk cucu Mak Uda tu...masa mengandung lagi...entah
apa yang dia sakit hati dengan cucu Mak Uda pun tak tahu...sepatutnya tolonglah anak saudara tu...tapi bila Mak Uda lebihkan sikit dengan cucu Mak Uda tu...katanya tak sayangkan anak-anaknya...sampai kata Mak Uda mulut jahat," Mak Uda menangis kerana terlalu sedih."
"Sabarlah Mak Uda...doakan kan aje anak Mak Uda tu diberi hidayah. Doa
seorang ibu makbul Mak Uda."
Karya Rha NS
8 November 2011
· · 8 hours agoBERHARI RAYA AIDILADHA DI RUMAH MAK UDA

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
8 November 2011
0 comments:
Post a Comment